05 March 2019

Trip to Taiwan - Part 3 #salamTaiwan

Marilah kita sambung kepada part yang terakhir Trip to Taiwan ni. Hari ni hari terakhir kami jalan-jalan ikut tourist guide. Cuasa tak begitu baik, hujan renyai je sepanjang hari. Berhenti pun sekejap-sekejap. Agak berangin dan sejuk.

19 November 2018 - Isnin

Untuk hari keempat ni, kami memulakan perjalanan ke Yehliu Geopark. Di sini terdapat banyak batu-batu yang terbentuk pelbagai rupa akibat hakisan laut. Paling terkenal batu Queen's head. Tapi kami tak tangkap pun dengan batu tu sebab ramai sangat beratur. Jadi, kami tangkap gambar Princess's head je.

Princess's Head





Dah habis pusing tangkap gambar semua, kami terus dibawa ke Jiufen Old Street. Di sini adalah deretan kedai-kedai yang terletak atas bukit. Permandangan memang superb. Kat sini kalau non muslim, sedaplah jalan-jalan cari makan. Kami mampu tengok jelah. Ikutkan boleh je nak try vegetarian food tapi laki sis tak berani pula. Maka makan jelah nasi beriani Kembara Pack tu.





Lepas dah habis membeli belah, kami terus ke Shifen Old Street pula. Di sini popular dengan rail kereta api yang terdapat di antara kedai dan sky lantern. Sky lantern ni macam tanglung besar, kita tulis wish kita dan terbangkan ke langit supaya hajat tercapai. Memang datang sini semata-mata untuk sky lantern ni.




Aktiviti hari tu habis agak awal.Lepas balik hotel, kami keluar balik jalan-jalan bandar Taiwan untuk malam yang terakhir. Kami cari restoran halal untuk makan malam dan tengok Taipei 101, menara yang tertinggi di Taiwan.


20 November 2018 - Selasa

Hari terakhir kami di Taiwan. Flight kami ke Kuala Lumpur waktu petang, jadi pagi tu sempat kami ke National Chiang Kai-shek Memorial Hall untuk bergambar. Alang-alang dah sampai Taiwan, kenalah jejak sini.




Jadi tamatlah percutian kami ke sini. 8000 TWD yang kami bawa semua habis digunakan untuk duit naik MRT, makan dan beli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan. Kos untuk tourist guide dan hotel, kami tak tahu. Bukan selalu dapat cuti free macam ni. Semoga ada lagi rezeki nak berjalan tempat orang tahun ni.

No comments: