13 December 2018

Bagus ke Penapis Air Cuckoo?

Hye guys. Skip cerita, hari tu janji nak update pasal anak tapi dah selalu sangat update dekat Facebook dan Instagram. Tengok sana je la update dia membesar dengan jayanya. #proudmom

Ok kali ni nak cerita mengenai penapis air pulak. Wajib ada dalam blog, sebab kalau orang google In sha Allah jumpa entry ni. Orang kan suka baca cerita, so marilah sistur bercerita. Memandangkan bulan ini secara officially aku menjadi agent Cuckoo, so nak promote la sikit. Jadi kenapa cuckoo? Apa kelebihan cuckoo ni?  Kat sini sistur menjawab segala persoalan okay.




Rasanya ramai je aware tentang "kebersihan" air paip di Malaysia ni. Kalau zaman dulu, kebersihan air tu kita boleh bezakan melalui warna air. Jadi kita lebih aware air tu bersih ke tidak, selamat ke tidak nak minum. Tetapi zaman sekarang, air yang keluar dari paip air kat rumah tu bersih jernih je tetapi selamat ke minum? Jadi marilah beli satu penapis air kat rumah. Bukan sahaja kita nak tapis kekotoran dalam air tu tetapi benda yang kita tak nampak pun kita nak tapis sekali. 

Jadi kenapa Cuckoo? Kenapa bukan brand lain?

Siapa yang kenal Anis Adila mesti tahu yang dia akan jual benda yang best je kan. Jadi aku rasa Cuckoo adalah salah satu penapis air yang best dan terpilih menjadi penapis air di rumah aku. Alang-alang tu register agent terus, bukan keluar modal pun.

Untuk makluman korang, kebanyakan penapis air sebelum ini menggunakan Reverse Osmosis untuk menapis air. Dia akan tapi segala kekotoran, bakteria, bahan tercemar dan mineral yang baik juga. Jadi, bila kita minum tu just minum je la untuk hilang dahaga. Khasiat semua nan hado.

Berbeza dengan Cuckoo sebab dia menggunakan teknologi NANO, dimana ia akan menghasilkan air mineral yang beralkali rendah (pH 7.3-7.9). Cuckoo follow standart WHO yang menyatakan pH air ideal yang diminum setiapa hari ialah antara 6.5 sehingga 9.


Tak cukup dengan ni, Cuckoo advance lagi dengan penggunaan tangki yang diperbuat daripada stainless steel. Lepas tu, heating coil untuk panaskan air tu terletak di bawah tangki. Jadi risiko untuk berkarat tu dapat dielakkan. Kebanyakan penapis air yang lain, heating coil terletak dalam tank plastik. Over the time, tangki tu akan berkarat macam mana kita tengok water heater kat rumah kita tu.


Tak cukup dengan element best kat atas, Cuckoo tawarkan lagi kepada customer dengan harga yang menarik. Kurang daripada RM 100/month, korang boleh dapatkan penapis air yang canggih ni. Sebenarnya bayaran bulanan ni bergantung kepada customer. Kalau nak bayar tempoh yang sekejap, bayar lebih sikit bulan-bulan. Kalau memang ada duit lebih, taknak ada komitmen bulanan, beli je cash terus. Harga untuk servis pun tak ada la mahal mana.


Di sini aku sertakan sekali jenis-jenis penapis air yang ada dalam Cuckoo ni berserta harga yang ditawarkan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang mana-mana produk, boleh direct whatsapp sistur okay. In sha Allah akan dilayan dengan sebaiknya. By the way untuk promosi bulan pertama aku jadi agent Cuckoo ni, aku nak bagi FREE GIFT TUPPERWARE BOTTLE untuk 10 customer terawal. Nanti boleh isi air Cuckoo dalam tu bawa bekal ke office.


(tekan je, nanti akan terus direct bawa ke link Whatsapp)

No comments: