16 January 2018

Pengalaman Bersalin #contraction

Alhamdullilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 25 November 2017. Hari ni dah 53 hari bergelar ibu, baru berkesempatan nak update blog pasal pengalaman bersalin ni. 

Ikutkan tarikh due ialah 21 November, aku pula masa mengandung target mesti bersalin awal sebelum tarikh due ni. Memandangkan aku nak bersalin kat hospital Temerloh, maka dah minta cuti awal seminggu dari tarikh due untuk mengelakkan terberanak tengah jalan masa nak balik kampung. 

Kenapa nak bersalin di Temerloh?  --- Sebab senang nanti, family kedua-dua belah aku dan suami pun memang kat sana. Jadi malas nak menyusahkan sesiapa untuk datang ke Shah Alam dan takut kalau terjadi apa-apa, senang nak berulang-alik ke hospital, lagipun rumah dengan hospital pun dekat. Seperti dijangka, perkara yang tidak diingini tu memang terjadi pun, nasiblah memang aku bersalin kat Temerloh.

Berbalik cerita bersalin, aku ikutkan start cuti 14 November (Isnin) tetapi masa 10 November (Jumaat) tu, aku sakit pinggang gila pagi tu sampai tak larat nak pergi kerja, jadi aku minta EL. Ingatkan nak beranak dah rupa-rupanya saja buat gimik. Keesokannya barulah aku balik ke Temerloh. Duduklah aku kat Temerloh tu menghitung hari, tunggu je kalau ada apa-apa tanda. Laki aku kerja seperti biasa, hujung minggu je balik Temerloh. Aku pula selagi tak beranak, selagi tu la melantak segala keinginan yang kononnya tak boleh makan dah lepas bersalin. Selain tu, sibuklah baca pengalaman orang bersalin dan mencuba pelbagai cara nak cepat bersalin. Kiranya betul-betul menghabiskan masa baca page fb Info Ibu Hamil tu.

Aku ni tertanya-tanya macam mana lah sakit perut nak beranak ni, tak sabar sangat ni nak beranak sampai sakit perut nak berak pun aku ingat nak beranak #over. Konon target bersalin awal, dah sampai tarikh due pun masih tak ada apa-apa tanda, sakit pun tak. Cuma perut dah rasa berat sangat ke bawah. Cuma aku perasan dalam dua hari sebelum aku bersalin, kaki aku yang sembab tu dah normal macam biasa. 

Hari Jumaat, 24 November tu aku kena ambil surat serah diri kat klinik. Ikutkan aku kena serah diri hari Ahad. Hari Jumaat tu sebenarnya aku macam dah rasa lain macam, sakit pun sikit je. Aku ada tanya nurse kat klinik tu, boleh cek bukaan ke kat sini tapi nurse tu cakap better aku pergi hospital terus. Memandangkan tak ada rasa sakit sangat pun dan sakit tu datang sekejap je lepas tu hilang macam tu je, tanda-tanda nak bersalin pun tak ada, maka aku batalkan niat tu dan balik rumah seperti biasa. Ikutkan Nurudin balik Temerloh keesokannya sebab dia kerja separuh hari Sabtu tu tapi aku suruh balik malam ni juga, aku suruh dia cakap kat bos yang kena hantar aku ke hospital esok, padahal hari Ahad #tipusunat.

Pagi Sabtu tu, 25 November lepas solat subuh, tiba-tiba aku rasa macam sakit senggugut tu tapi tak sakit sangat. Aku macam 'ok, today is the day', kebetulan pula tarikh ni tepat 9 bulan aku kahwin. Aku cakap kat mak dengan wan aku yang aku dah start sakit. Mak aku macam rileks je tapi wan aku dah gelabah marah-marah suruh pergi hospital cepat. Pagi tu aku breakfast dulu, lepas tu mandi semua bersiap nak pergi hospital. Aku ada install app contractions tu nak tengok kekerapan sakit tu, aku tengok dah macam 10 minit sekali tetapi masih sakit biasa-biasa je.



Sampai kat hospital dalam pukul 9 pagi, ikutkan boleh je Nurudin turunkan aku dulu kat depan dewan bersalin tu tapi aku rasa macam leceh je nak tunggu dia park kereta semua nanti. Jadi kami park kereta dan berjalan bersama-sama ke wad bersalin dengan harapan boleh cepatkan bukaan. Jadi sampai kat situ, terus buat pendaftaran bagai dan kena baring untuk cek CTG (denyutan jantung baby) dan bukaan.

Rasa macam panjang sangat entry ni, kita sambung next entry okay.

No comments: