17 January 2018

Pengalaman Bersalin #ceaser

Malam baru berkesempatan nak update blog sebab tunggu laki balik sebab pinjam laptop dia. Nak update guna phone tak ada feel pula nak menaip. Ok jom sabung cerita semalam. 

Lepas dah buat pendaftaran dekat PAC HOSHAS tu, nurse minta aku baring kat katil. Husband kena tunggu kat luar sebab tak boleh masuk. Masa tu aku perasan ada seorang je doktor lelaki kat situ, muda lak tu. Maka sis pun macam redha je la kalau doktor lelaki yang akan cek bukaan tapi nasib baik bukan. Bila dah baring kat katil tu, nurse pasangkan alat untuk cek CTG tu kat perut. Lama juga pasang benda alah tu, puas la baring terlentang sambil melayan contraction yang makin lama makin kuat. Rasa sakit perut nak terberak pun ada juga tapi boleh still boleh tahan lagi masa tu.

Aku ni pula macam dah tak sabar nak doktor cek bukaan. Dengar je doktor cek patient lain, ada yang bukaan dah besar boleh terus masuk labour room. Jadi aku mengharapkan perkara yang sama juga la. Dalam setengah jam terbaring, barulah datang seorang doktor perempuan cina untuk cek bukaan. MashaAllah sakitnya la kena seluk, dengan sakit contraction lagi. Lepas tu doktor tu cakap "eh, dah besar la bukaan ni, awak dah sakit lama ke?" aku tanya doktor berapa cm dan doktor cakap dah 4cm. Aku dah excited sebab bukaan dah agak besar, maknanya hari ni jugalah aku bersalin. Whatsapp Nurudin cakap bukaan dah 4cm. Lepas tu doktor suruh pindah katil untuk scan baby.

Masa scan, doktor cakap baby tak sampai pun 3kg, baby pun dah masuk laluan. Lepas tu doktor cakap nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan bukaan. Dalam 10.30 pagi, doktor pecahkan air ketuban, nasib baik kali ni tak sakit pun. Tiba-tiba doktor cakap "alamak, baby dah beraklah dalam perut, banyak pula tu. Kalau macam ni, puan kena emergancy ceaser untuk selamatkan baby sebab takut baby termakan najis. Kalau nak tunggu bersalin normal ambil masa dalam 6 jam (doktor agak 1cm bukaan 1 jam), jantung baby pun dah tak cantik ni". Jadi aku setuju aje lah untuk menyelamatkan baby. Doktor cakap operation ni sekejap je, mungkin ambil masa dalam 10-20 minit je.

Bila aku dah bagi persetujuan untuk ceaser tu, terus ada nurse datang siapkan aku. Tukar baju untuk operation dan pakaikan salur kencing. Lepas tu ada doktor datang untuk terangkan mengenai operation dan risiko-risiko yang bakal terjadi, dan dia minta aku sign. Masa ni skala kesakitan contraction aku 6 daripada 10. Bila datang je contraction tu, pegang jugalah besi katil tu. Dah siap semua, aku pun dibawa ke operation theatre. Masa tu lah aku jumpa Nurudin dan mama aku pun dah ada sekali. Minta maaf semua dekat Nurudin, takut juga la apa-apa jadikan. By the way, aku dibius separuh badan je, memandangkan aku dah makan berat pagi tu.

Masa sampai dalam bilik pembedahan tu, semua dah bersiap sedia dah tunggu. Contraction pun makin sakit masa tu. Sekali lagi ada doktor lain terangkan aku pasal nak bius kat tulang belakang dan minta aku sign. Doktor suruh aku duduk sambil peluk bantal sebab dia nak bius spinal kat tulang belakang. Aku masa ni keras je takut bergerak masa doktor bius benda alah tu. Sebab kalau salah cucuk, ada risiko lain. Lepas tu aku baring, tiba-tiba rasa kebas je kaki dan terus tak rasa apa-apa. Masa tu leganya la weh sebab dah tak rasa sakit contraction. Mata aku kena tutup dengan kain jarang masa tu, jadi tak bolehlah nak tengok pantulan kat cermin lampu. Masa ni aku fikir, bila doktor nak start operate aku ni. Tiba-tiba aku rasa senak dan terdengarlah suara baby menangis, masa ni tepat pukul 11.15 pagi. Laa dah operate rupanya. Maybe rasa senak tu masa doktor nak keluarkan baby. Rasanya ada la keluar air mata sikit kot sebab terharu dan tak sangka dah jadi emak.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba nurse datang buka kain yang tutup mata aku tu untuk tunjuk baby. Nurse suruh tengok jantina baby dan yass she is a girl (sama masa nampak waktu scan). Nurse suruh kiss pipi baby, masa tu terus macam jatuh cinta pandang pertama kat anak sendiri. Comelnya la dengan tembamnya. Lepas nurse bawa lari baby tu, dia dah tak tutup mata aku. Jadi aku nampaklah doktor jahit luka dan seluk untuk keluarkan darah beku dari pantulan cermin lampu tu. 

Lepas dah siap semua, aku dibawa ke satu area tempat menunggu sebelum di bawa ke wad biasa. Kat sini aku diletakkan bawah warmer dan nurse minta aku gerakkan kaki. Masa ni tiba-tiba aku rasa gatal gila kat muka, dengan kat hidung ada tiub oksigen tu lagilah buat aku rimas. Rupa-rupanya ni adalah salah satu kesan daripada ubat bius tu. Bila aku dah boleh gerakkan kaki sikit, barulah aku dibawa ke wad biasa dalam pukul 1 petang.

Jadi masa tu lah baru jumpa balik Nurudin dengan mama. Waktu ni punyalah lemah, dengan tak boleh angkat kepalanya. Muntah sampai dua kali. Muntah kali pertama tu masa tu aku sorang, tak sempat nak ambil plastik apa, habis muntah kena baju dan tudung. Kena lah tunggu Nurudin datang malam tu walaupun bukan waktu melawat untuk uruskan aku. Rasanya kali pertama dalam hidup rasa tak berdaya sangat. Nurudin la bawakan aku ke bilik air, bersihkan badan semua. Lepas tu sekali lagi muntah dalam bilik air dan lepas tu dah rasa better sikit. Dah siap semua, Nurudin balik sebab tak boleh ada peneman kat wad.

Tengok orang lain semua ada baby kat sebelah tapi aku tak ada. Baby kena duduk di NICU (neonatal intensive care unit) untuk rawatan rapi sebab dah termakan najis. Jadi bolehlah aku tidur nyenyak malam tu tanpa gangguan #badmom. Ok next entry, kita cerita pasal baby pula ye. Ni kita belanja sikit gambar baby masa hari pertama dia tengok dunia.





No comments: