09 August 2017

Pregnancy Journey #bleeding

Seperti dijanjikan entry lepas, kali ni nak cerita saat cemas yang terjadi kat aku iaitu bleeding during pregnancy. Semasa awal pregnancy, aku masih ada rasa sengal-sengal perut macam rasa nak period tu. Selain tu, kadang-kadang ada spotting sedikit. Mula macam cuak, bila tanya orang sekeliling dan pakcik google; itu adalah normal. Jadi aku pun chill la seperti biasa.

Sampai la kandungan aku dah masuk 12 minggu dan pada hari yang sama iaitu 11 May 2017, aku ada appoinment check up dengan klinik panel untuk scan baby 3 bulan. Pagi tu aku kerja seperti biasa, rasa macam malas je nak pergi klinik hari tu sebab agak busy. Maybe nak tunda ke hari esok je pergi klinik. Then, lepas lunch aku pergi tandas untuk melepaskan hajat dan masa tu lah aku sedar banyak gila darah kat seluar dalam. Dia macam darah period yang datang awal tanpa diduga dan kita tak pakai pad hari tu. Kalau korang perempuan, dapat la bayangkan. 

Waktu ni aku dah gelabah macam apa entah, dalam kepala dah fikir yang bukan-bukan dah. Tapi aku pelik, aku tak rasa sakit pun dah tak ada pun darah ni bocor kat baju. Aku pun snap gambar seluar dalam tu (tak senonoh kan tapi better la daripada direct tunjuk seluar dalam yang penuh darah tu kat orang) dan orang first aku bagitahu of course la husband yang tercinta. Aku call dan cerita apa jadi kat aku. Dalam masa yang sama, aku tunjuk gambar tu dekat akak ofis yang aku rapat dan minta pendapat dia --- what the hell is that! Nurudin suruh aku pergi klinik untuk sahkan apa-apa.

Nasib baik la klinik panel tu belakang ofis je, aku pun jalan kaki je pergi sorang-sorang sebab memang tak rasa sakit apa pun. Sambil tu keep update dengan Nurudin, dia tak dapat teman sebab dia tengah kerja. Siap minta maaf lagi dengan dia kalau jadi apa-apa. Drama sangat. Tengah tunggu doktor panggil tu, siap nak google lagi cara berpantang jika gugur.




Bila jumpa doktor, aku pun sekali lagi tunjuk gambar darah tu. Then doktor suruh baring, dia nak scan perut. Alhamdullilah, baby tak ada apa-apa. Baby siap lompat-lompat lagi dalam perut macam video scan Yusuf Iskandar tu (kalau korang selalu baca gossip artis, mesti tahu punya) cuma aku tak sempat nak rakam je sebab sorang-sorang kan. Heart beat baby pun okay.

Then doktor request untuk cek bawah untuk tahu punca bleeding tu. Tak pasal-pasal dah kena seluk walaupun tak sampai masa nak beranak lagi. Doktor sahkan pintu rahim ada radang sedikit macam melecet tu. Lepas tu doktor cakap "saya buat papsmear test terus ye". Aku pun dengan lurusnya membenarkan tanpa bertanya apa-apa. Akibatnya melayang RM 300 untuk papsmear test tu sahaja. Kalau buat dekat klinik kerajaan, paling banyak pun seringgit kena bayar. Dahlah company tak cover untuk papsmear test tu. Tapi Alhamdullilah result test tu pun okay, tak ada tanda-tanda kanser atau penyakit lain. 

Lepas jumpa doktor tu, still ada bleeding dalam 3,4 hari, maybe akibat dokor cek hari tu. Doktor pun ada bagi antibiotik untuk dimasukkan ikut bawah untuk radang tu. So far, lepas tu semua dah kembali seperti biasa. No more bleeding, baby pun setakat ni growing up well in my tummy. Mummy dia pun boleh tahan juga membesar dengan jayanya lepas masuk 2nd trimester.

Sekarang lagi sebulan dah nak masuk 3rd trimester. Aku mohon pembaca-pembaca blog ni sudilah mendoakan keselamatan dan kesihatan aku dan kandungan ini. Harapnya semua berjalan lancar sehinggalah hari bersalin nanti. 

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.” (HR. Muslim no. 4912)


No comments: