28 August 2017

Married Life

Sebelum kahwin, selalu dengar ayat "kau tak kahwin lagi, jadi tak kenal lagi pasangan kau macam mana, dah duduk sebumbung nanti baru la kau tau dia macam mana".

So far, 6 bulan menyemai cinta halal, aku agak setuju dengan kata-kata di atas tu tapi bagi aku tak banyak sangat perubahan yang mendadak. Dia masih sama macam aku kenal dulu. Cuma, bila dah duduk serumah tidur sebilik ni, banyaklah benda baru kita explore. Baru tau-- owh dia ni tidur berdengkur. Owh dia ni jenis susah gila nak bangun kalau kejut. Owh dia ni jenis tak makan berat waktu pagi. Benda-benda camtu je la. Perangai sama je,

Tak adalah macam sesetengah orang tu berubah terus perangai sebelum dan selepas kahwin. Sebelum kahwin bukan main lemah lembut, bila dah kahwin tiba-tiba je jadi panas baran. Sepatutnya lepas kahwin ni la kita berubah menjadi lebih baik untuk sama-sama berpimpin tangan ke jannah. Kalau dulu jenis solat tak cukup, jadi lepas kahwin ni la sama-sama mengingati pasal solat, lebih indah solat berjemaah bersama-sama.

Dalam perkahwinan biasalah kalau ada tergigit lidah tu. Tak semuanya indah, terselit jugak pahit tu sekali sekala. Yang penting kena banyakkan bersabar dan bertoleransi. Kalau yang suka merajuk tu tak payah lah lama-lama, buat rugi masa je. Kalau ada yang tak puas hati, terus terang je apa yang kita tak puas tu. Kadang-kadang perempuan ni suka kalau cakap tu berlapik-lapik, masalahnya lelaki ni tak akan faham. Jadi baiklah straight to the point je. Kalau nak mintak tolong ke, nak sesuatu ke, cakap je terus terang. Dia faham dan kita pun tak sakit hati.

Masih jauh lagi perjalanan yang akan kami tempuhi bersama. Baru setengah tahun menjalani hidup berumah tangga ni. Lepas ni ada ahli baru pulak. Status berubah, tanggungjawab pun makin besar. Yang penting kita letak Allah tu nombor satu dalam apa-apa yang kita lakukan sebab segala perkara terjadi atas kehendakNya. Semoga keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawadah dan waramah.





No comments: