18 August 2017

Cameron Highland #babymoon

Semenjak kahwin, kami tak sempat lagi nak bercuti kemana-mana. Ikutkan hari tu nak honeymoon ke Langkawi, dah tempah tiket flight dengan hotel, tapi tak ada rezeki nak pergi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Baru-baru ni tiba-tiba rasa nak berjalan tapi nak pergi yang dekat-dekat je memandangkan kekangan masa dan wang. Jadi aku decides nak pergi Cameron Highland je memandangkan aku tak pernah jejak kaki pun ke sana. 

Kami pergi masa weekend, semalaman je kat sana. Pergi Sabtu petang, Ahad petang dah balik semula ke Shah Alam. Dari Shah Alam, kami gerak dalam pukul 3 petang, kami decide ikut Pahang, akan lalu tol Gombak-Bentong-Raub-Sg.Koyan. Jalan pun ok je tapi bila dah keluar tol Bentong tu ada la kadang-kadang slow sebab kena ikut belakang lori. Jimat pun jimat sebab bayar tol sikit je. Perjalanan ambik masa 4 jam lebih, kami sampai dalam pukul 8 sebab ada berhenti solat. Sebelum pergi, aku dah booked siap-siap Hotel Jasmine kat booking.com. Plan bercuti last minute, jadi booked hotel pun last minute. Dapatlah harga bilik RM199 semalaman. 

Sampai pun dah malam, lepas check in pergi makan dulu kat restoran bawah hotel. Hotel Jasmine ni dekat pekan Brinchang. Jadi dekat dengan restoran dan kedai-kedai. Lepas makan, kami nak pergi pasar malam tapi tak jumpa pula. Aku tak sure yang pasar malam tu dah tukar kat tempat lain atau tak buka masa aku pergi.

Keesokan paginya dalam pukul 8 pagi, kami dah check out. Kiranya lepas berjalan, terus nak gerak balik Shah Alam. Kitorang breakfast roti canai dulu dekat restoran berdekatan hotel, barulah pergi ke tempat wajib pergi kalau ke Cameron Highland.

Big Red Strawberry Farm

Tempat ni terletak dekat pekan Brinchang tu je, sebab tu kami decide pergi sini dulu. Kami tak tahu yang boleh parking kat atas, jadi kami parking je kat bawah dekat signboard tempat ni. Gigihlah iolss berjalan naik bukit, semput-semput mendaki dengan bawa perutnya lagi.


Masa kami pergi, tak boleh petik buah strawberry. Maybe buah baru nak berputik kot. Jadi just jalan-jalan je tengok kebun strawberry dan salad, lepas tu makan dekat kafe yang ada kat situ. Sebelah farm ni ada Cactus Valley, terdapat macam-macam jenis kaktus kat situ.







Sepanjang jalan antara kebun salad dan strawberry tu ada banyak pokok-pokok bunga ditanam kat tepi jalan. Macam-macam jenis pokok bunga ada kat sini. Masa perjalanan nak turun kat kereta tu, kami singgah la kejap tempat kaktus tu. Kat sini ada jual macam-macam jenis kaktus.



BOH Tea Centre Sungei Palas

Kalau ke Cameron Highland, tak sahlah kalau tak ke ladang teh. Tempat ini destinasi kedua kami. Jarak nak ke sini tak adalah jauh sangat dari Strawberry Farm tu tapi sebabkan jem banyak kereta, adalah dalam 30 minit juga nak sampai ke sini. Nak sampai ke Ladang Teh BOH Sungai Palas ni akan lalu jalan yang berliku-liku dan agak sempit bila kereta berselisih. 



Sampai kat sini sekali lagi kena mendaki, kali ni mendaki tangga pula untuk ke kafe untuk perkena teh sambil menikmati pemandangan ladang teh yang terbentang luas. Harga makanan kat kafe ni agak pricey la. Nak beli makanan pun kena beratur panjang jadi better sorang cop tempat, sorang beratur beli makanan. Hot spot mestilah dekat anjung terbuka tu, so kena tunggu orang bla dan terus duduk.




Dah turun nak balik tu gigihlah kami berjalan kat ladang bawah ni nak tangkap gambar. Sanggup tu meredah celah-celah rimbunan pokok teh, nasib baiklah tak ada ular ke apa. Tapi tak cantik sangat gambar, macam tangkap gambar dalam semak je. Bila dah gerak balik tu, nampak kereta banyak berhenti tepi jalan dan permandangan kat situ sangatlah cantik nak photoshoot. Nah sis payung sikit.



Aku stress betul dengan gambar kat atas ni. Gambar cantik dah tapi lense pulak kotor. Masa Nurudin ambil gambar ni, aku dah perasan macam ada kesan jari kat lense tapi aku tak terluah lak nak tegur. Nurudin pulak pakai ambik je, tak tengok pun gambar tu jadi ke tidak. Aku perasan pun bila dah on the way turun ke Lavendar Farm.

Lavendar Farm

Rasanya farm ni baru lagi buka dan masuk kat sini kena bayar RM 8 sorang. Kat sini pun macam krik krik je. Nak buat tempat photoshoot ok lah kot tapi rasa macam tak berbaloi je bayar masuk kat dalam ni. Banyak pokok-pokok bunga je kat sini. Lavendar Farm ni  pun terletak dah jauh sikit ke bawah, maka sini adalah destinasi terakhir kami sebelum balik ke Shah Alam. Segan nak masuk gambar sendiri yang kembang semangkuk. Jadi tatap gambar bunga je la ye kat sini.







Bagi aku trip ke Cameron Highland ni agak membosankan. Kalau orang tanya nak pergi lagi tak, aku akan jawab cukuplah sekali kot. Cuaca kat sana pun tak adalah sejuk sangat, biasa-biasa je. Nasib baiklah pergi semalaman je, kalau 2,3 hari boleh mati kutu aku kat atas tu. 

Balik tu kami ikut Simpang Pulai, keputusan yang kurang tepat. Dah lah kena bayar tol mahal, highway jem pulak. Gerak dari Cameron pukul 4 petang, dekat pukul 11 malam baru sampai rumah. Jadi ini sahajalah cerita babymoon kami.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." 
(Al Mulk:15) 

No comments: