29 December 2015

Throwback 2015

2015 semakin hampir menutup tirainya.

Jadi apa yang terjadi sepanjang 2015 ni? So far, dalam kehidupan aku sendiri, tak banyak yang berubah. Masih bujang, masih bekerja di tempat yang sama, masih Anis yang sama. Tapi orang-orang sekeliling banyak lah yang berubah, lagi-lagi status diorang. Dulu bujang, sekarang dah berdua. Ada juga dah nak masuk bertiga. 

We start early year until now. Kerana malas update blog, kita summarykan semua cerita setahun dalam satu post je.

In February, first time naik flight dan pergi oversea. Yang ni aku ada update kat blog -- Trip to Banda Aceh Part 1 & Trip to Banda Aceh Part 2. Great moments berada di tempat orang, walaupun Indonesia je pun tapi ok la dari takde. 



Bila April tiba....

Sekali lagi merantau ke negara orang, tapinya dekat ajoo.. Naik bas je pergi, duit pun aku tak tukar. Universal Studio Singapore pilihan aku dan 3 orang lagi bff UiTM untuk hashtag partibujang. Memandangkan dua orang dalam geng bakal menamatkan zaman bujang mereka. Cerita ni pun aku ada update dekat sini -- USS Singapore #partibujang.


Selain pergi USS, kitorang selalu je plan untuk lepas sama-sama. Birthday pun still celebrate sama-sama. Tahun ni tema dia suprise. Zakiah je tak di'suprise'kan sebab dah kena tahun lepas.Bulan Mackitorang ada picnic kat Taman Layang-Layang Kepong. Masing-masing bawa makanan sendiri.

Eja Anis Midah Zakiah

Tahun ni juga aku dah start terjebak dengan modelling sikit-sikit. Dua kali feature dalam majalah Dara & Nur. Ada juga masuk pencarian model muslimah by Hayat Hijab. Alhamdullilah, top listed dan dapat sponsor tudung. Jadi model tudung muslimah untuk produk Medina Maliqa. Outdoor photoshoot dengan photographer. Semua benda ni luar dari bidang aku. Tapi nicelah, mencuba sesuatu yang baru. Ni aku payung gambar sikit.




Tahun ni juga, beranikan diri buat produk sendiri -- Ilanur Style. Ingatkan senang buat produk sendiri, tapi dah buat baru tau macam mana. Dari segi marketing kena power. Tu pun krikk krikk je, lagi senang jual barang orang. In sha Allah, kalau aku rajin nanti, aku buat produk lain pulak. Kena banyak lagi belajar nak buka bisnes sendiri, lain sangat dari kita dropship produk orang. Tunggu la kalau aku dah jadi surirumah nanti, baru boleh fokus bisnes. Sekarang main-main je, buat duit lebih bayar GST.


Ok yang ni most important part. Kawan-kawan aku dah kahwin!!!

Lepas sorang-sorang menamatkan zaman bujang. Paling gila masa akhir bulan 5, tiga sekali kawan rapat kahwin. Nasib baik tak bertindih. Jumaat malam, Zakiah nikah. Sabtu pagi, Kak Nadia (ofismate) nikah, tengah hari terus pergi kenduri bersanding Zakiah, malam tu Maaitah (bf kat Temerloh) nikah pulak. Alhamdullilah dapat attend semua dengan jayanya. Selain diorang, Eja pun dah kahwin bulan lepas. Kawan-kawan satu batch UiTM, satu batch sekolah pun dah ramai kawin. 








Jadi inilah throwback 2015 aku. Banyak pergi kenduri orang, kenduri sendiri tak nampak bayang lagi. Bak kata Neelofa, no rush to get married. Haha. So far 2015 berjalan dengan lancar dan tiada kisah air mata seperti tahun lepas (abah meninggal). Harap tahun depan akan bagi lebih banyak kebahagiaan buat diri aku dan semua orang yang aku kenal. Dipanjangkan umur supaya boleh update entry throwback 2016 pulak dan dipanjangkan umur insan-insan tersayang untuk menceriakan tahun 2016 aku. In sha Allah.

See you next year :) XOXO