18 September 2015

Perkahwinan Impian #khemah #pelamin

Assalammualaikum 

Hari ini post mari berangan bersama-sama Anis Adila Aris. Perkahwinan ni bukanlah benda yang senang, at least kena ambil masa setahun untuk prepare segala keperluan untuk bergelar raja sehari. Bab persediaan diri menempuh alam perkahwinan tu kita cerita lain kali. Hari ini kita cerita pasal kerja kahwin aje. Makeup, baju pengantin, khemah, hantaran, doorgift -- semua aku nak list kat sini. Nanti nak kahwin, suruh aje wedding planner baca je blog ni. *mampu ke nyah oi nak upah wedding planner*

Tapi ini angan-angan mak jenin je la. Jadi atau tidak tu atas qada' dan qadar. ahks

Untuk aku, aku nak majlis nikah/wedding yang simple but nice. Kalau boleh nak buat macam English Style. Kalau boleh majlis nikah then terus majlis meraikan pengantin. Tak perlu kot nak buat dua session, hari ni majlis nikah esok pulak majlis bersanding. Aku nak dalam majlis insan-insan rapat dalam hidup aku je ada -- keluarga, saudara mara dan kawan-kawan sahaja. Aku rasa kalau bab nak bagitahu orang yang kita dah kahwin, media sosial sekarang dah main peranan penting. Tak ajak datang kenduri pun, orang tahu. Huhuhu.

Memandangkan aku nak ada nilai sentimental value tu, aku rasa nak buat majlis kat rumah je. Sebab kat rumah tu la kita membesar dari lahir sampai dah besar panjang gatai nak kahwin ni. Macam rumah aku, rumah kat kampung je. Jadi macam tak ada masalah nak pasang 10 buah khemah pun.. 


Cantik kan camni. Ya Allah, kena kumpul duit sendiri banyak-banyak kalau nak buat camni. Kalau boleh nak buat siang juga tapi nak juga ada lampu-lampu tu. Boleh tak? Kerusi tu classicnya. Tak nak kerusi plastik. Kalau 100 orang je jemputan, mampu lagi nak sewa kerusi camni. Kalau 1000 jemputan? Mampu? Sebab tu nak jemput yang terapat aje... *chiavari chair namanya*

Ok, kalau dah macam private event macam ni, para tetamu mesti dah ada masa majlis. Jadi focus of event mestilah majlis akad nikah. Jadi tempat akad nikah tu mestilah jadi point of attention. Hah, padan muka kau bakal suami, gelabah tak kena akad nikah depan semua orang. Tapi benda ni kena fikir balik, either nak buat pelamin dalam rumah atau dekat khemah.




Gambar ni dicuri di pinterest rasanya. Tengok pelamin simple je tapi Ya Allah cantiknya. Nampak ekslusif dan luas. Boleh habis semua kaum kerabat naik pelamin nak tangkap gambar. Karpet tu main peranan penting. Majlis akad nikah boleh buat depan pelamin, aku duduk atas kerusi tu... hahahaha

Siapa duduk area Temerloh, aku ada jumpa butik yang boleh buat pelamin kau nampak grand. Rumah kampung pun boleh jadi rumah bandar. Boleh tengok facebook Hanis Huzaini Bridal . Serius tengok sebelum selepas lain sangat. Jadi rasanya dah tau siapa yang bakal buat pelamin aku nanti. 

Ini pun pelamin hasil Hanis Huzaini Bridal. Gambar curi dari fb..hehe
Ok cukup hari ni kita berangan perkahwinan impian pasal khemah dan pelamin je. Esok lusa, kita berangan benda lain pulak. Perkahwinan impian korang camne pulak? 

1 comment:

Filzah Azzahra said...

cantikya pelamin-pelamin ini..