10 June 2015

USS Singapore #partibujang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sebelum aku terlupa pasal kisah aku ke Universal Studio Singapore ni, baik aku update laju-laju. Btw, kami ke USS ni bertujuan nak hang out sesama sebelum masing-masing menamatkan zaman bujang, boleh kira #partibujang untuk Zakiah dan Eja yang akan kahwin tahun ni (Zakiah baru je kahwin bulan lepas).

There you go.



Kami berempat bertolak ke Johor Bahru hari Khamis, 9 April 2015. Gerak lepas kerja, malam baru sampai Johor. Kami check in hotel, ambil satu bilik yang boleh muat 4 orang untuk dua malam. Malam Jumaat dan malam Sabtu. Kami share RM 60 sorang untuk duit hotel. 

Pagi esoknya awal-awal pagi lepas Subuh, kitorang gerak ke Tune Hotel JB untuk naik bas ke USS Singapore. Sebelum tu singgah MCD untuk breakfast dan beli bekal terus untuk makan kat USS. Btw, kami ke USS ambil pakej dengan agent, bas pergi balik Johor-USS dan tiket masuk berharga RM175.

Masa di Tune Hotel JB tunggu bas nak ke USS
Permandangan USS bila mula-mula masuk
Ambil studio guide untuk memudahkan korang mark studio apa yang ada dalam USS ni.
Nanti rugi je bayar mahal-mahal tapi tak masuk.
Studio pertama yang kami masuk ialah Transformer sebab Midah dan Zakiah cakap yang tu paling best. Ingatkan pergi hari Jumaat tak ramai orang, rupanya dekat sejam kitorang beratur nak naik ride kat Transformer tu. Best jugak la, even kita tahu yang kerusi tu je yang bergoyang-goyang, tapi sebab 6D dia macam real, sakit jugak la anak tekak menjerit.


Lepas ni aku cerita sambil tengok gambar. Korang bukan baca sangat pun kalau aku tulis panjang-panjang. *Padahal dah lupa nama studio-studio yang aku masuk*

Roller Coaster yang ni tak buka, aku pun tak sure kenapa.
Tapi orang kata pernah terjadi some tragedy kat sini.
Nak hilangkan peluh masuk jap tengok Sesame Street. Bukan setiap masa show ni ada, dia ada masa-masa tertentu.
So, kena alert.
Rasanya studio ni nama dia Water Theme kot, aku pun dah lupa. Dia pun macam Sesame Street juga sebab ada masa-masa show dia. Korang tak payah beratur panjang, boleh terus je masuk then pilih seat. Tapi nak ingatkan kalau korang duduk depan memang basah kuyup la jawabnya. Sebelum show start, pelakon-pelakon dia dah start main air. Pancut sana, pancut sini. Tu belum kira, dia curah satu baldi kat penonton. Tapi semua sporting la.

Ini boleh kira action show sebab ada tembak menembak, bom, mercun segala bagai ada. Pelakon terjun dari platform yang tinggi tu pun releks je. Yang tak boleh bla, entah dari mana tiba-tiba kapal terbang jatuh kat air. Habis show, kitorang sempat tangkap gambar dengan pelakon-pelakon show ni.


Tu la kapal terbang aku cakap tadi
Yang bertudung tu pelakon tambahan ;P
Castle Shrek & Fiona


Ride di Jurassic Park ni macam naik boat kat Sunway Lagoon tu. Boat tu akan menyusuri sepanjang sungai. Digalakkan untuk prepare baju hujan sebab korang mesti basah punya. Kalau tak pakai, lenjun atau kurang lenjun based on luck korang. Macam aku tak ada baju hujan, tapi pandai-pandai cari seat duduk kat tengah sebab taknak basah tapi tu la, ingatkan kering sampai ke sudah, akhinya basah di tengah sungai. Tapi bila dah jalan-jalan ke park lain, cepat je baju korang kering.








Jumpa artis, ajak bergambar kejap.

Berapa Dollar Singapore aku habis masuk dalam ni? Jawapannya tak ada langsung. Aku tak tukar pun duit Malaysia ke Singapore, sebab Midah bawak banyak duit Dollar Singapore, ikutkan nak pinjam je la kalau nak guna. Tapi aku bertahan tak belanja langsung kat sini. Makanan aku dah bekal siap-siap 2 bungkus burger MCD tu, air pulak aku bawak botol mineral. Bila dah habis, boleh refill kat water cooler. Jangan risau, makanan boleh je bawa masuk dalam USS ni, tak adalah dia check beg macam nak masuk Sunway Lagoon tu.

Surau untuk solat ada disediakan tapi kecik sangat, telekung bawa la sebab tak disediakan. Tapi kalau dah bagus pakai baju tutup aurat tu, boleh je bawa solat kan. Aku spend time dekat sini dari awal pagi studio ni buka sampai la petang dalam pukul 6 baru keluar.

Bagi aku, tak ada la syok sangat, maybe sebab letih kena beratur panjang kot. Aku dengar Genting Highland tengah renovate nak buat studio macam USS. Aku cadangkan korang tunggu je la Genting Highland tu siap. hehehe

ok, sekian saja cerita trip kali ini. Cium sikit sebab baca sampai habis :*

1 comment:

Anonymous said...

assalamualikum. hi. tumpang tanya. pakai agent mana eh?