13 March 2015

Trip to Banda Aceh (Part 2)

Hye awak.. jom sambung cerita jalan-jalan ke Banda Aceh hari tu.

20 Februari 2015 - Jumaat

Pagi Jumaat, hari ketiga kami di Banda Aceh, kami ke Makam Syiah Kuala. Syiah tu bukan ajaran syiah yang sesat tu tapi Shaikh, sebab kat sana sebutan dia lain. Makam ini terletak berhampiran pantai dan terjejas semasa peristiwa Tsunami 2004. Kawasan kampung di sekitar makam ini rosak musnah kerana bencana tersebut tetapi Makam Syiah Kuala ni tidak mengalami kerosakan yang teruk dan masih kekal seperti sedia kala.

Pakcik ini adalah penjaga kawasan makam tersebut dan menerangkan kisah makam tersebut
Di dalam kawasan berpagar hijau itu adalah Makan Syiah Kuala. Makamnya tidak terjejas walaupun bangunan yang menutupi makam ini rosak teruk
Terdapat makam-makam lain yang terdiri daripada anak-anak murid Syiah dan ahli keluarga
Pantai di hadapan kawasan Makam Syiah Kuala

Selepas melawat makan, kami ke Muzium Rumah Aceh. Sama je macam rumah-rumah tradisional kat Melaka. Jadi tak banyak sangat tangkap gambar sebab benda yang sama je yang boleh jumpa kat Malaysia. Ok next. 

Sebelum berhenti rehat sebab abang-abang dan pakcik-pakcik nak solat Jumaat, kami singgah di Muzium Tsunami. Tapi waktu kami pergi ni banyak bahagian yang tengah renovate, so macam tak best sangat. Contoh macam laluan tsunami tu, kita boleh rasakan macam mana keadaan semasa tsunami berlaku.



Semasa kejadian tsunami, helikopter ni diletakkan di kawasan pejabat polis, air tsunami yang mengakibatkan helikopter ini rosak teruk.
Antara salah satu bahagian di dalam muzium, di sini terdapat nama-nama mangsa korban Tsunami dan di atas sekali adalah kalimah Allah.
Bendera-bendera negara yang membantu pendamaian di Banda Aceh
Replika bangunan Muzium Aceh. Bangunan ini direka mempunyai ciri-ciri keselamatan jika berlaku lagi peristiwa Tsunami. Ia boleh dijadikan tempat perlindungan untuk mangsa-mangsa Tsunami.
21 Februari 2015 - Sabtu


Hari terakhir kami di Banda Aceh sempat pergi dua tempat aje iaitu Gunongan Putri Pahang. Sultan Iskandar Muda (Sultan Aceh) telah berkahwin dengan Puteri yang berasal dari Pahang, Malaysia. Maybe orang Pahang ni cantik-cantik kot, sampai ke Pahang cari calon isteri. hehe. Kerana terlalu sayangkan Putri Pahang ni, Sultan telah membina Gunongan iaitu replika gunung-gunung di Pahang untuk membuatkan Putri Pahang gembira. 


Selepas itu, kami ke Masjid Rahmatullah. Masjid ini juga salah satu masjid yang masih gah berdiri walaupun digulung ombak tsunami setinggi paras gubah masjid. Masjid ini terletak berhampiran kawasan pantai. Sebahagian kawasan dalam masjid yang rosak memang sengaja tidak dibaiki untuk dijadikan kenangan dan tatapan para pelancong.












Ok ini sahaja kawasan-kawasan yang sempat kami lawati. Banyak pengajaran yang aku dapat dari Trip to Banda Aceh ni. Malah terdapat seribu satu hikmah daripada peristiwa tsunami ni. 




1 comment:

syakirah izwanie said...

Ya Allah teruk jugak heli tu rosak. hancur. such a nice photo u got there :)