06 March 2015

Trip to Banda Aceh (Part 1)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Entry lepas ada cakap kan nak update pasal tunang dan banjir tetapi malangnya penulis blog ni amat la kesuntukan masa nak update blog. Memandangkan benda tu dah lama sangat berlalu, kita lupakan je la ye. Kita buka buku entry baru dengan cerita baru ok.

Bulan lepas, dengan izin Allah buat pertama kalinya aku dapat terbang ke Banda Aceh, Indonesia. Pergi masa Cuti Raya Cina, menginap disana 4 hari 3 malam. Aku join rombongan Sekolah Sri Seremban. Ahli rombongan yang join lebih kurang 24 orang terdiri daripada jawatan tertinggi sekolah (boleh bawa keluarga tetapi kosnya ditanggung sendiri). Memandangkan aku ni tak pernah naik kapal terbang dan teringin sangat, maka join la juga. Mokde aku bawa Sarah (anak sulung mokde aku) sekali.

Kami gerak dari KLIA 2, 18 Februari dalam pukul 1 petang. Naik flight Air Asia direct terus ke Banda Aceh, masa perjalanan lebih kurang 1 jam lebih dari Malaysia. Kami sampai sana dalam pukul 2 petang masa tempatan. Di sana masa lambat sejam dari waktu Malaysia.

18 Februari 2015 - Rabu

Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dengan selamat. Sampai-sampai terus on wifi, nasib baik airport ada free wifi dan terus bagitahu family dah selamat sampai Banda Aceh. Airport dia kecil je, so tak perlu berjalan jauh nak check out.


Dalam perjalanan dari airport ke hotel, kami singgah salah satu destinasi pertama kami di Banda Aceh iaitu Kuburan Masal. Kuburan Masal ini adalah kubur besar yang menempatkan mangsa-mangsa Tsunami 2004. Mangsa-mangsa tsunami yang terkorban telah dikuburkan sekali dalam satu lubang yang besar.



Berdasarkan gambar di atas, tanah yang ditumbuhi rumput hijau tu la kubur mangsa-mangsa Tsunami. Kalau tak silap hampir 40,000 mangsa Tsunami dikebumikan di sini.

Selepas itu, kami singgah di restoran untuk makan tengah hari dan terus direct ke Hotel Sulthan, penempatan kami sepanjang di Banda Aceh. Sampai saja, kami diberi minum oleh pihak hotel. Beg-beg kami pun dibawa naik ke bilik oleh pekerja hotel, Kiranya servis kat sini sangat tittop. Aku stay satu bilik dengan Sarah. 



Korang boleh tengok macam mana keadaan bilik di sebalik muka aku yang penuh satu screen. Single bed ada dua, so tak ada masalah perebutan ruang semasa tidur ok.

Selepas dah solat jamak Zohor Asar, siap-siap nak melawat Dayah Al-Furqan Serambi Malaysia. Di sini adalah tempat untuk anak-anak kampung di situ belajar agama. Pak Bakri, pengasas pondok ini memberi perkhidamtan percuma sahaja kepada pelajar-pelajar yang belajar disini. 

Kenapa Serambi Malaysia? -- sebab tempat ini didirikan hasil sumbangan oleh organisasi dari Malaysia. Jadi dari sumbangan tersebutlah pengasas tersebut membiayai pembelajaran pelajar-pelajar di sini. Aku berminat dengan pepatah yang diberikan oleh Pak Bakri tersebut "Jika kita menanam padi, pasti rumput akan tumbuh sekali. Tapi kita menanam rumput, sampai bila-bila pun padi tidak akan tumbuh". Maksudnya jika mengejar kebahagiaan akhirat, pasti kebahagiaan dunia datang bersama tetapi jika kita hanya mengejar kebahagiaan duniawi, kebahagian akhirat tidak akan kunjung tiba.



Setelah pulang dari Dayah Al-Furqan ni, kami singgah di Masjid Raya Baturrahman untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Semasa kejadian tsunami, suatu keajaiban telah berlaku di masjid ini. Air tsunami hanya mengalir diluar masjid sahaja dan tidak memasuki kedalam masjid. Masjid ini dijadikan tempat berlindung mangsa Tsunami. Di sini aku letak sekali gambar Masjid Batturahman semasa peristiwa Tsunami 2014 (sumber google)




    
Cantik kan seni bina dalam masjid. Masjid ni la menjadi saksi kedasyatan bencana Tsunami di Banda Aceh.
   
19 Februari 2015  - Khamis 


Hari kedua di Banda Aceh, kami mulakan lawatan kami di Boat Di Atas Rumah. Bot besar ni tersangkut di atas sebuah rumah semasa peristiwa Tsunami dan menyelamatkan 59 penduduk kampung yang berlindung di rumah tersebut. 

Ibu Abasiah adalah pemilik rumah tersebut telah mengajak orang-orang kampung yang lari ketakutan kerana air tsunami mulai naik untuk berlindung di rumah beliau kerana rumahnya tinggi (dua tingkat). Semasa peristiwa tersebut, air tsunami naik hampir paras bumbung rumah. Tiba-tiba bot ni datang melawan arus tsunami dan tersangkut di rumah ini. Mangsa-mangsa yang berada di rumah tersebut terus memanjat menaiki bot ini.

Semasa di atas bot, mangsa-mangsa kelaparan kerana tiada sumber makanan. Tiba-tiba ada setandan buah kelapa hanyut berdekatan dengan bot. Buah kelapa tersebut la mereka ambil untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Terdapat beberapa lagi kisah pelik yang berlaku semasa peristiwa Tsunami tersebut.

Hikmah dari peristiwa ini, Ibu Abasiah memperoleh berlipat ganda kebaikan hasil pertolongan dia terhadap orang tempatan. Bukan sahaja terselamat daripada bencana tsunami, tetapi diberi rezeki yang melimpah ruah selepas peristiwa tersebut. 


klik untuk zoom dan baca 


Pakcik tu la yang cerita kisah bot ni
Selepas melawat bot sangkut ni, kami pergi tengok PLTD Apung, kapal besar tersangkut di tengah-tengah kampung. Kapal membawa janakuasa elektrik seberat 2600 tan di bawa oleh air tsunami sejauh 5km ke Kampung Punge Blang Cut. Bayangkan betapa derasnya dan kuatnya air tsunami boleh hanyutkan kapat seberat ni.

Mungkin ada lagi mayat mangsa Tsunnami di bawah kapal ini

Permandangan dari atas kapal
Ini lah Nina orang tempatan yang menerangkan mengenai kapal ini. Beliu juga adalah salah seorang mangsa Tsunami. Semasa peristwa tersebut, beliau berumur 18 tahun. Rumahnya berdekatan dengan kapal ini.

Besi yang bengkok tersebut hasil pelanggaran kapal dengan sebarang binaan semasa dihanyutkan ke sini.
Malam tu kami makan kat warung tepi jalan. Kerang rebus dia besar gila, dah macam tiram besar dia.
Sambungan cerita untuk hari ketiga dan keempat di Banda Aceh di Part 2 ye. Panjang sangat dah entry ni. Stay tuned :D


No comments: