13 January 2015

Throwback 2014

Assalammualaikum.

Walaupun nak masuk tengah bulan Januari 2015 dah, rasanya tak salah nak ucap Happy New Year kat semua pembaca akuqute.blogspot.com ni. Ada ke baca ni? Sekejap je masa berlalu, dah masuk tahun baru. Bila kerja ni, masa tu kejap je berlalu. Bangun, kerja, tidur--dah hujung minggu. 

Bila tengok balik list azam tahun lepas, ada satu je tercapai. Poor me. Tak apa, yang tak tercapai kita forward ke tahun ini. So, salah satu azam yang asyik bawa dari tahun ke tahun ialah rajin-rajin update blog. LOL. Bukannya tak ada masa, bukannya tak ada benda nak update,  banyak sangat nak cerita kat blog ni tapiii malas tu la. Ya Allah, buangkanlah sifat malas dalam diri aku ini Ya Allah.

Tahun 2014 rasanya boleh dikategori sebagai tahun air mata. Kes MH370, MH17, kemarau berpanjangan dan bencana banjir di Pantai Timur sebagai penutup 2014 adalah peristiwa-peristiwa penting yang terjadi di negara kita.

Bagi kami sekeluarga, 10 Mei 2014 mencatat pemergian arwah abah ke rahmatullah. Pergi abah memberi gelaran anak yatim kepada kami adik beradik. Aku ada update cerita di sini. Selain dari ini, tiada cerita yang menarik terjadi dekat diri aku. 

Tapi. Im happy for my friends yang lepas sorang-sorang dipinang orang. Semua kawan-kawan rapat pulak tu. Nanti aku update pasal diorang bertunang walaupun dah terlambat. Biar lambat janji ada. hehe. Kawan-kawan yang dah kahwin pun ada. Tahniah..tahniah. 

Ok for next entry, In sha Allah pasal kawan-kawan tunang dan banjir teruk di Pantai Timur. Stay tune :)