29 December 2015

Throwback 2015

2015 semakin hampir menutup tirainya.

Jadi apa yang terjadi sepanjang 2015 ni? So far, dalam kehidupan aku sendiri, tak banyak yang berubah. Masih bujang, masih bekerja di tempat yang sama, masih Anis yang sama. Tapi orang-orang sekeliling banyak lah yang berubah, lagi-lagi status diorang. Dulu bujang, sekarang dah berdua. Ada juga dah nak masuk bertiga. 

We start early year until now. Kerana malas update blog, kita summarykan semua cerita setahun dalam satu post je.

In February, first time naik flight dan pergi oversea. Yang ni aku ada update kat blog -- Trip to Banda Aceh Part 1 & Trip to Banda Aceh Part 2. Great moments berada di tempat orang, walaupun Indonesia je pun tapi ok la dari takde. 



Bila April tiba....

Sekali lagi merantau ke negara orang, tapinya dekat ajoo.. Naik bas je pergi, duit pun aku tak tukar. Universal Studio Singapore pilihan aku dan 3 orang lagi bff UiTM untuk hashtag partibujang. Memandangkan dua orang dalam geng bakal menamatkan zaman bujang mereka. Cerita ni pun aku ada update dekat sini -- USS Singapore #partibujang.


Selain pergi USS, kitorang selalu je plan untuk lepas sama-sama. Birthday pun still celebrate sama-sama. Tahun ni tema dia suprise. Zakiah je tak di'suprise'kan sebab dah kena tahun lepas.Bulan Mackitorang ada picnic kat Taman Layang-Layang Kepong. Masing-masing bawa makanan sendiri.

Eja Anis Midah Zakiah

Tahun ni juga aku dah start terjebak dengan modelling sikit-sikit. Dua kali feature dalam majalah Dara & Nur. Ada juga masuk pencarian model muslimah by Hayat Hijab. Alhamdullilah, top listed dan dapat sponsor tudung. Jadi model tudung muslimah untuk produk Medina Maliqa. Outdoor photoshoot dengan photographer. Semua benda ni luar dari bidang aku. Tapi nicelah, mencuba sesuatu yang baru. Ni aku payung gambar sikit.




Tahun ni juga, beranikan diri buat produk sendiri -- Ilanur Style. Ingatkan senang buat produk sendiri, tapi dah buat baru tau macam mana. Dari segi marketing kena power. Tu pun krikk krikk je, lagi senang jual barang orang. In sha Allah, kalau aku rajin nanti, aku buat produk lain pulak. Kena banyak lagi belajar nak buka bisnes sendiri, lain sangat dari kita dropship produk orang. Tunggu la kalau aku dah jadi surirumah nanti, baru boleh fokus bisnes. Sekarang main-main je, buat duit lebih bayar GST.


Ok yang ni most important part. Kawan-kawan aku dah kahwin!!!

Lepas sorang-sorang menamatkan zaman bujang. Paling gila masa akhir bulan 5, tiga sekali kawan rapat kahwin. Nasib baik tak bertindih. Jumaat malam, Zakiah nikah. Sabtu pagi, Kak Nadia (ofismate) nikah, tengah hari terus pergi kenduri bersanding Zakiah, malam tu Maaitah (bf kat Temerloh) nikah pulak. Alhamdullilah dapat attend semua dengan jayanya. Selain diorang, Eja pun dah kahwin bulan lepas. Kawan-kawan satu batch UiTM, satu batch sekolah pun dah ramai kawin. 








Jadi inilah throwback 2015 aku. Banyak pergi kenduri orang, kenduri sendiri tak nampak bayang lagi. Bak kata Neelofa, no rush to get married. Haha. So far 2015 berjalan dengan lancar dan tiada kisah air mata seperti tahun lepas (abah meninggal). Harap tahun depan akan bagi lebih banyak kebahagiaan buat diri aku dan semua orang yang aku kenal. Dipanjangkan umur supaya boleh update entry throwback 2016 pulak dan dipanjangkan umur insan-insan tersayang untuk menceriakan tahun 2016 aku. In sha Allah.

See you next year :) XOXO

18 September 2015

Perkahwinan Impian #khemah #pelamin

Assalammualaikum 

Hari ini post mari berangan bersama-sama Anis Adila Aris. Perkahwinan ni bukanlah benda yang senang, at least kena ambil masa setahun untuk prepare segala keperluan untuk bergelar raja sehari. Bab persediaan diri menempuh alam perkahwinan tu kita cerita lain kali. Hari ini kita cerita pasal kerja kahwin aje. Makeup, baju pengantin, khemah, hantaran, doorgift -- semua aku nak list kat sini. Nanti nak kahwin, suruh aje wedding planner baca je blog ni. *mampu ke nyah oi nak upah wedding planner*

Tapi ini angan-angan mak jenin je la. Jadi atau tidak tu atas qada' dan qadar. ahks

Untuk aku, aku nak majlis nikah/wedding yang simple but nice. Kalau boleh nak buat macam English Style. Kalau boleh majlis nikah then terus majlis meraikan pengantin. Tak perlu kot nak buat dua session, hari ni majlis nikah esok pulak majlis bersanding. Aku nak dalam majlis insan-insan rapat dalam hidup aku je ada -- keluarga, saudara mara dan kawan-kawan sahaja. Aku rasa kalau bab nak bagitahu orang yang kita dah kahwin, media sosial sekarang dah main peranan penting. Tak ajak datang kenduri pun, orang tahu. Huhuhu.

Memandangkan aku nak ada nilai sentimental value tu, aku rasa nak buat majlis kat rumah je. Sebab kat rumah tu la kita membesar dari lahir sampai dah besar panjang gatai nak kahwin ni. Macam rumah aku, rumah kat kampung je. Jadi macam tak ada masalah nak pasang 10 buah khemah pun.. 


Cantik kan camni. Ya Allah, kena kumpul duit sendiri banyak-banyak kalau nak buat camni. Kalau boleh nak buat siang juga tapi nak juga ada lampu-lampu tu. Boleh tak? Kerusi tu classicnya. Tak nak kerusi plastik. Kalau 100 orang je jemputan, mampu lagi nak sewa kerusi camni. Kalau 1000 jemputan? Mampu? Sebab tu nak jemput yang terapat aje... *chiavari chair namanya*

Ok, kalau dah macam private event macam ni, para tetamu mesti dah ada masa majlis. Jadi focus of event mestilah majlis akad nikah. Jadi tempat akad nikah tu mestilah jadi point of attention. Hah, padan muka kau bakal suami, gelabah tak kena akad nikah depan semua orang. Tapi benda ni kena fikir balik, either nak buat pelamin dalam rumah atau dekat khemah.




Gambar ni dicuri di pinterest rasanya. Tengok pelamin simple je tapi Ya Allah cantiknya. Nampak ekslusif dan luas. Boleh habis semua kaum kerabat naik pelamin nak tangkap gambar. Karpet tu main peranan penting. Majlis akad nikah boleh buat depan pelamin, aku duduk atas kerusi tu... hahahaha

Siapa duduk area Temerloh, aku ada jumpa butik yang boleh buat pelamin kau nampak grand. Rumah kampung pun boleh jadi rumah bandar. Boleh tengok facebook Hanis Huzaini Bridal . Serius tengok sebelum selepas lain sangat. Jadi rasanya dah tau siapa yang bakal buat pelamin aku nanti. 

Ini pun pelamin hasil Hanis Huzaini Bridal. Gambar curi dari fb..hehe
Ok cukup hari ni kita berangan perkahwinan impian pasal khemah dan pelamin je. Esok lusa, kita berangan benda lain pulak. Perkahwinan impian korang camne pulak? 

31 July 2015

Apa itu CMD?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni aku nak cerita pasal CMD yang aku duk promote dalam blog ni. Tak kenal maka tak cinta. Jadi meh la kita mengenali dengan lebih mendalam APA ITU CMD?



Air kedua terbaik selepas air zam-zam
Air zam-zam ada 99 mineral, CMD pula mempunyai 72 kandungan mineral. Kedua-duanya bersifat Alkali. CMD 1001 khasiat dan sudah bertapak lebih 19 tahun dengan beribu-ribu testimoni.

MACAMMANA PROSES CMD DI KATAKAN BERKESAN? 
CMD adalah Tititisan air dari Mata Air Great Salk Lake. Tasik ni berada 1000KM jauh dari bandar. Tiada pencemaran, di kelilingi gunung. Air hanya masuk tapi tidak mengalir keluar. Begitu hebat ciptaan Allah. Air dari Tasik Utah inilah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak dan disejat secara solar dan ditapis dan di pasteur secara semulajadi.


KENAPA PERLU AMBIL CMD?
10 Sebab Pentingnya CMD Kepada Anda
1. LENGKAP
Terdiri dari makro-mineral (magnesium,kalsium,potassium,klorida,sulfur) dan mikro mineralnya adalah (kromium, iodin, mangan, selenium dan zink). Ini menjadikan CMD supplemen mineral yang lengkap.
2. IONIK
Ionik bererti bercas positif dan negatif. CMD dititis dalam air akan memecah menjadi bentuk terkecil iaitu ionik memudahkan ia diserap oleh tubuh.
3. BERSIH/SUCI
CMD diekstrak dari Tasik Great Salt Lake, Utah, USA. Kadar garam tasik itu begitu tinggi sehingga tiada kehidupan bakteria. Berbataskan gurun sehingga tidak berpenduduk (bebas pencemaran).
4. ALAMI (NATURAL)
CMD bukan hasil buatan makmal. Ia semata-mata air tasik yang telah dibuang 99.5% garamnya. (Tiada tambahan pewarna,pengawet,perasa tiruan). 100% alami.
5. SEIMBANG
Lengkap dan seimbang. Ini penting kerana mineral dengan lainnya dapat menarik atau menolak dan menciptakan suatu keseimbangan dinamik, membantu pengankutan makanan dan arahan pusat saraf badan.
6. PEKAT
55 kali lebih pekat kandungannya daripada kandungan mineral air laut. Kepekatannya begitu tinggi, dibandingkan dengan produk supplemen mineral lain.
7. MEMUDAHKAN
Mudah digunakan – hanya dititiskan dalam makanan/minuman/masakan anda (Dewasa 30-40 titis sehari, kanak-kanak 1 titis setiap 2kg berat badan).
8. MULTI FUNGSI
CMD bermulti fungsi dalam meningkatkan kesihatan badan :
Meningkatkan daya tahan daripada infeksi kuman/virus
Meningkatkan transmisi impuls saraf yang lancar
Memangkinkan pembentukan sel baru
Meningkatkan metabolisme badan
Meningkatkan tenaga dan kevitalan
Memelihara kulit dan rambut
Menguatkan gigi dan rangka badan
9. HARGA WAJAR
Anda boleh perolehi dengan harganya yang wajar yang memungkinkan segala lapisan masyarakat mengamalkannya.
10. TERBUKTI
Beribu testimoni dari benua Amerika hingga Asia 
membuktikan CMD membantu kesihatan kita.

KENAPA TIDAK BERKESAN?
Seringkali kita dengar keluhan demi keluhan mengatakan bahawa makanan tambahan yang diambil tak memberi sebarang kesan positif seperti testimoni2 yang dipamerkan.
Rugi je beli.. Langsung tak berkesan.Menyesal ambil dulu. Tak nampak perubahan. Ambil banyak-banyak pun, macam tu jugak. Beli mahal2 tapi tak jalan. Tu semua antara keluhan yg sering kita dengar.
Meh sini saya kongsikan salah satu sebab kenapa supplements yang di ambil tidak berkesan.
Sebab: Tak suka minum air putih!
Anda tidak suka mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari? Tabiat ini adalah kerana, anda lebih sukakan minuman yang berwarna dan berperisa.
Tahukah anda ?
Air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan ia boleh menyebabkan kegemukan.
Air juga berfungsi membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selagi toksik ada di dalam badan, supplement memang susah nak menyerap ke seluruh badan, jika boleh pun lambat.
*Saranan ~ Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan supplement dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3Liter sehari.
**Nota ~ Air yang terbaik untuk air minuman ialah air alkali sebab itu air zamzam juga bersifat alkali. Tapi mampukah anda membeli air zamzam setiap hari? Kebanyakkan air zamzam di pasaran juga tidak asli. Kini, anda boleh hasilkan air beralkali dengan mudah di mana sahaja. Bagaimana? --- air putih + CMD = air berakali
........................................................................
BELI 1 BOTOL PERCUMA 1 BOTOL
Dah kenal apa CMD tu, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan CMD yang ORIGINAL!!! Aku pun jual, whatsapp 014531 8906 untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai CMD. Aku akan guard cara penggunaan sampai puas hati macam aku guard customer adha skincare jugak :) Nanti aku share testimoni aku sendiri pulak okay :)


27 July 2015

Masalah & Produk CMD

Hari ini aku nak share produk baik punya (sambil buat thumbs up) untuk korang semua.

Korang ada masalah susah nak buang air besar?
Korang ada masalah berat naik tak turun-turun?
Korang ada masalah badan dah nak sama macam tong drum?
Korang ada masalah period pain?
Korang ada masalah bla..bla..bla

Last sekali korang boleh isi sendiri masalah yang korang hidap. Yang ada aku mention masalah tu, semua masalah dari diri sendiri, jadi marilah baca aku nak bercerita pasal masalah dan PENYELESAIAN masalah aku.

Kalau dulu nak buang air besar tu punya la azab. Seminggu ada la sekali dua. Kau bayangkan, segala macam benda yang kita makan tu tersimpan lama dalam perut kita ni, jadi tu la penyebab toksik penuh dalam badan. Badan jadi lemah, perut buncit, berat naik tak turun-turun, macam-macam penyakit singgah tanpa segan silu. 

Lagi satu masalah, period pain. Kalau dah hinggap, nak berdiri pun tak larat. Kalau boleh tahan dengan minyak angin ok lagi, tapi kalau dah sakit sangat, kena juga telan panadol. 

TAPI

Tu dulu, sekarang boleh cakap hari-hari aku buat saham kat toilet (melabur). Pagi je, perut dah tak sedap mintak buang segala isi perut. Perut kempis, hati riang, badab pun sihat. Baju pun dah boleh pakai size M, kalau nak pakai S senteng pulak baju aku nanti. 

Period pain macam segan nak singgah. Kalau ada rasa sakit manja tu je, boleh lagi nak jalan-jalan shopping.  Period pulak elok teratur ikut waktu, tak lambat tak cepat.

Jadi apa yang aku makan? CDM ni la yang aku telan hari-hari.



Senang dengan satu produk ni boleh elok satu badan. Aku drop juga CMD dalam shampoo, rambut tak gugur sangat dan kelemumur pun tak ada. Ajaib betul produk ni. Dah la senang je nak guna, titis je dalam air atau makanan lepas tu minum/makan macam biasa. Jimat pun jimat, satu botol boleh tahan berbulan-bulan.

Aku kan selalu jual produk yang aku pakai then aku sendiri rasa bagus. Jadi, kalau korang nak order meh la wasap aku ; 0145318906. Sekarang ada promosi tau, beli satu percuma 1 botol 30ml. 



10 June 2015

USS Singapore #partibujang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sebelum aku terlupa pasal kisah aku ke Universal Studio Singapore ni, baik aku update laju-laju. Btw, kami ke USS ni bertujuan nak hang out sesama sebelum masing-masing menamatkan zaman bujang, boleh kira #partibujang untuk Zakiah dan Eja yang akan kahwin tahun ni (Zakiah baru je kahwin bulan lepas).

There you go.



Kami berempat bertolak ke Johor Bahru hari Khamis, 9 April 2015. Gerak lepas kerja, malam baru sampai Johor. Kami check in hotel, ambil satu bilik yang boleh muat 4 orang untuk dua malam. Malam Jumaat dan malam Sabtu. Kami share RM 60 sorang untuk duit hotel. 

Pagi esoknya awal-awal pagi lepas Subuh, kitorang gerak ke Tune Hotel JB untuk naik bas ke USS Singapore. Sebelum tu singgah MCD untuk breakfast dan beli bekal terus untuk makan kat USS. Btw, kami ke USS ambil pakej dengan agent, bas pergi balik Johor-USS dan tiket masuk berharga RM175.

Masa di Tune Hotel JB tunggu bas nak ke USS
Permandangan USS bila mula-mula masuk
Ambil studio guide untuk memudahkan korang mark studio apa yang ada dalam USS ni.
Nanti rugi je bayar mahal-mahal tapi tak masuk.
Studio pertama yang kami masuk ialah Transformer sebab Midah dan Zakiah cakap yang tu paling best. Ingatkan pergi hari Jumaat tak ramai orang, rupanya dekat sejam kitorang beratur nak naik ride kat Transformer tu. Best jugak la, even kita tahu yang kerusi tu je yang bergoyang-goyang, tapi sebab 6D dia macam real, sakit jugak la anak tekak menjerit.


Lepas ni aku cerita sambil tengok gambar. Korang bukan baca sangat pun kalau aku tulis panjang-panjang. *Padahal dah lupa nama studio-studio yang aku masuk*

Roller Coaster yang ni tak buka, aku pun tak sure kenapa.
Tapi orang kata pernah terjadi some tragedy kat sini.
Nak hilangkan peluh masuk jap tengok Sesame Street. Bukan setiap masa show ni ada, dia ada masa-masa tertentu.
So, kena alert.
Rasanya studio ni nama dia Water Theme kot, aku pun dah lupa. Dia pun macam Sesame Street juga sebab ada masa-masa show dia. Korang tak payah beratur panjang, boleh terus je masuk then pilih seat. Tapi nak ingatkan kalau korang duduk depan memang basah kuyup la jawabnya. Sebelum show start, pelakon-pelakon dia dah start main air. Pancut sana, pancut sini. Tu belum kira, dia curah satu baldi kat penonton. Tapi semua sporting la.

Ini boleh kira action show sebab ada tembak menembak, bom, mercun segala bagai ada. Pelakon terjun dari platform yang tinggi tu pun releks je. Yang tak boleh bla, entah dari mana tiba-tiba kapal terbang jatuh kat air. Habis show, kitorang sempat tangkap gambar dengan pelakon-pelakon show ni.


Tu la kapal terbang aku cakap tadi
Yang bertudung tu pelakon tambahan ;P
Castle Shrek & Fiona


Ride di Jurassic Park ni macam naik boat kat Sunway Lagoon tu. Boat tu akan menyusuri sepanjang sungai. Digalakkan untuk prepare baju hujan sebab korang mesti basah punya. Kalau tak pakai, lenjun atau kurang lenjun based on luck korang. Macam aku tak ada baju hujan, tapi pandai-pandai cari seat duduk kat tengah sebab taknak basah tapi tu la, ingatkan kering sampai ke sudah, akhinya basah di tengah sungai. Tapi bila dah jalan-jalan ke park lain, cepat je baju korang kering.








Jumpa artis, ajak bergambar kejap.

Berapa Dollar Singapore aku habis masuk dalam ni? Jawapannya tak ada langsung. Aku tak tukar pun duit Malaysia ke Singapore, sebab Midah bawak banyak duit Dollar Singapore, ikutkan nak pinjam je la kalau nak guna. Tapi aku bertahan tak belanja langsung kat sini. Makanan aku dah bekal siap-siap 2 bungkus burger MCD tu, air pulak aku bawak botol mineral. Bila dah habis, boleh refill kat water cooler. Jangan risau, makanan boleh je bawa masuk dalam USS ni, tak adalah dia check beg macam nak masuk Sunway Lagoon tu.

Surau untuk solat ada disediakan tapi kecik sangat, telekung bawa la sebab tak disediakan. Tapi kalau dah bagus pakai baju tutup aurat tu, boleh je bawa solat kan. Aku spend time dekat sini dari awal pagi studio ni buka sampai la petang dalam pukul 6 baru keluar.

Bagi aku, tak ada la syok sangat, maybe sebab letih kena beratur panjang kot. Aku dengar Genting Highland tengah renovate nak buat studio macam USS. Aku cadangkan korang tunggu je la Genting Highland tu siap. hehehe

ok, sekian saja cerita trip kali ini. Cium sikit sebab baca sampai habis :*

21 May 2015

Ilanur Style , Stylish Muslimah Attire Style


Hampir sebulan Ilanur Style ditubuhkan, sudah diwar-warkan di sosial media macam Facebook dan Instagram tetapi terlupa nak promote kat blog. Padahal blog ni boleh kira top medium nak promosi segala benda. Tu la, lupa yang diri sendiri ada blog.



Jadi mari kita cerita sikit mengenai Ilanur Style. Ilanur Style adalah online shop yang ditubuhkan oleh aku dan Nurudin Nazrin untuk mendapatkan kepuasan dalam pemakaian kerana sangat susah untuk mendapatkan pakaian yang selesa dipakai. In sha Allah, semua pakaian yang dikeluarkan oleh Ilanur Style adalah custom made yang direka hasil idea kami berdua. Ilanur Style berkonsepkan Muslimah Attire yang selesa dan sesuai dipakai pada bila-bila masa.



Produk pertama yang dikeluarkan oleh Ilanur Style ialah Basic Pant yang mempunyai 5 warna yang menarik. Direka dengan ukuran "free size" dimana boleh dipakai oleh wanita-wanita yang bersaiz kecil mahupun besar, lebih-lebih lagi diberi keutamaan kepada si tinggi lampai. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain yang sangat berkualiti. 




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Basic Pants by Ilanur Style, boleh kunjungi kami di Ilanur Style Facebook Page dan Instagram Ilanur Style (klik tulisan untuk direct ke link tersebut). Berita baik untuk sesiapa yang ingin mendapatkan Basic Pants yang tiggal di Shah Alam, Sungai Buluh dan Temerloh, cash on delivery (COD) disediakan untuk anda.

Selamat mencuci mata :)

24 March 2015

Senyuman Menawan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Tarikan kecantikan sesorang tu subjektif kepada si pemandang, ada yang suka tengok mata, hidung, mulut, bentuk badan, rambut dan lain-lain lagi. Macam aku, kalau aku jumpa dengan orang, tarikan aku akan fokus kepada gigi. Bagi aku gigi yang cantik tersusun membuatkan orang tersebut menarik. Ada yang muka biasa-biasa saja, tapi gigi cantik tersusun buat orang tu jadi manis sangat. Ada juga yang muka cantik, hidung mancung macam orang putih, mata bulat macam anak patung, tapi bila bercakap gigi berlapis-lapis.

Maybe kita boleh je nak sorok gigi kita yang tak cantik tu bila tangkap gambar (senyum tutup mulut) tapi bila bercakap dengan orang, nak sorok macam mana? Macam aku, lebih suka senyum tanpa menayangkan gigi semasa tangkap gambar, lagi-lagi kalau selfie. Kalau senyum nampak gigi tu macam something wrong je.



Gigi aku yang atas tu ada gap kat tengah-tengah, feeling-feeling macam model Victoria Secret la tapi nan hadonye. Kalau senyum nampak gigi, aku akan selit lidah celah gigi yang jarang tu supaya tak nampak gap antara dua gigi tengah tu. Yang gigi bawah pulak agak terabur tapi nasib baik tak menonjol sangat sebab bahagian bawah kan. Kalau senyum beria macam gambar kat atas ni baru nampak. 

Pernah dulu pergi casting muslimah model untuk Majalah Dara, lepas tu photographer suruh wajib senyum nampak gigi. Tapi kita ni dah confident yang senyum tutup mulut lagi cantik, jadinya bila kena nampak gigi ni, macam kekok la sikit. Sebab tu la sampai sekarang tak ada Majalah Dara tu panggil sebab memang dah tau gambar mesti tak cantik punya. huhu

Teringin juga nak pakai braces tapi macam leceh je. Lebih sanggup gigi berterabur dari rasa tak selesa bila pakai braces. Dah la nanti senyum, nanti nampak macam gigi kotor padahal tu besi braces tu. Tapi sekarang dah ada teknologi baru iaitu iaitu Invisalign



Invisalign lebih selesa kerana boleh cabut kalau waktu nak makan dan berus gigi, tak perlu nak appoinment dengan doktor setiap bulan dan yang paling penting invisible. Orang tak perasan pun kita pakai braces, tau-tau gigi dah cantik. Kalau ada duit lebih, boleh la buat treatment ni. 

Untunglah kalau boleh menang Contest Make Your Dream Smile A Reality dianjurkan oleh Nuffnang. Boleh dapat treatment Invisalign secara PERCUMA :)