26 August 2014

Sabar

Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada yang berbahagia hingga ke penghujung kehidupan, ada yang hidupnya tak habis-habis dengan konflik. Apa pun semua qada dan qadar kehidupan ditentukan oleh Allah SWT. Susah atau senang kehidupan kita adalah dugaan daripadaNya.


Aku ada kisah menarik nak kongsi.

----------------

Kamal mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Empat orang anak daripada perkongsian hidup dengan isteri pertama (Siti) manakala mempunyai seorang anak perempuan dengan isteri kedua (Alia). Mereka hidup bahagia walaupun berkongsi kasih sayang seorang suami dan bapa. Kamal seorang yang adil, berkerja keras mencari rezeki utuk keluarga dan sangat penyayang. Alia seorang pegawai di sebuah company swasta manakala Siti adalah seorang suri rumah sepenuh masa. 

Tetapi kehidupan mereka berubah semenjak Kamal mengalami kemalangan jalan raya. Kamal koma.

Keluarga Kamal sepakat untuk meletakkan hak penjagaan Kamal kepada Alia kerana Alia mempunyai pekerjaan yang tetap dan disenangi oleh adik-beradik Kamal. Malangnya nasib Siti, sudahlah tidak berkerja untuk menanggung anak-anak dan terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bertahun dipinggir oleh sanak saudara, bertahun juga berpisah kasihnya suami. Tabahnya seorang isteri yang digantung tidak bertali bertahun lamanya mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih dan sayang. Dikata orang itu dan ini tetapi dipendam seorang diri. Lepas satu-satu sumber rezeki dicari untuk menjaga anak-anak yang diamanatkan. 

Alia pula menjaga suami bertahun lamanya. Menjaga orang sakit bukannya senang. Berjaga malam, memandikan Kamal yang terlantar, berhabis wang ringgit untuk kos perubatan. Untungnya Alia mengaut pahala menjaga seorang suami siang dan malam. Alia dipandang mulia oleh kaum keluarga kerana berkorban demi suami tercinta. Berkorban masa dan tenaga.

Setelah 3 tahun terlantar sakit, Kamal akhirnya menghadap Illahi. Mereka berkumpul sanak saudara. Siti anak beranak juga tidak ketinggalan menguruskan jenazah. Siti sedih bukan kepalang, setelah lama tidak berjumpa, hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa yang ada untuk melepas rindu. Puas ditatap tubuh Kamal buat kali terakhir sebelum dikebumikan. 

Allahyarham ada meninggalkan sedikit harta. Tanah sekangkang kera dan sedikit wang simpanan. Diberi seratus peratus kepada isteri yang taat menjaga Kamal semasa sakit dulu. Siti, tidak layak untuk harta tersebut, biar sesen pun. "Biarlah mereka, rezeki di langit dan dibumi ini milik Allah, pasti ada yang terpalit untuk kita" kata Siti. Memujuk hati supaya bersabar dengan dugaan yang Allah beri.

----------------

Sebenarnya kisah ini belum berakhir sebab aku pun tak tahu penghujung jalan cerita ini. Mungkin dengan kesabaran isteri pertama, anak-anaknya yang empat tu berjaya dan memberi kesenangan kepada ibunya atau mungkin seorang jutawan sudi mengahwini Siti. LOL. Tengok isteri kedua, dah dapat habuan dari kesabaran menjaga suami yang sakit tu tetapi rasanya macam tak adil pula tak bagi sama rata harta pusaka.

Tetapi Allah dah kata ---

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".[Al-Nahl 16:127]

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". [Yunus 10:109]

Tak payah nak pening-pening kepala dengan orang yang sakitkan hati kita, buat kita macam-macam sebab Allah itu Maha Adil. Kita hanya bersabar dan Allah akan membalas setiap perkara yang mereka lakukan. Kita hanya perlu mendekatkan diri dengan Allah dan banyak berdoa meminta pertolongan Allah kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Sabar tau :)



2 comments:

Cik Asma BLuppy said...

semoga ALLAH menbalas jasa kedua2 isteri.
btw, nak tanya tutorial widget bergambar bawah header tu, sudi share? terima kasih.

najihahfara said...

senang je. Senyum & sabar hadap orang macam tu sbb dia bagi kita pahala. Sabar ok syg