01 July 2014

#bffjalanjalan

Tajuk entry based on hashtag gambar kami di instagram masa jalan-jalan ke Melaka.

Bulan lepas kami berempat; Anis, Fiqah, Maaitah dan Mardiah decide nak menenangkan fikiran di tengah-tengah bulan dimana jumlah duit gaji di paras bahaya. Mengenangkan Fiqah dan Mardiah cuti semester dan ni aje masa yang sesuai nak berjimba, aku korbankan duit simpanan perkahwinan kelak. Ok tipu je.

21 Jun 2014 --  Drive dari Shah Alam ke Melaka dengan budget RM 100 seorang untuk budget trip 2 hari 1 malam. Kira backpacking jugak la---pakai hentam je pergi. Gerak dari Shah Alam dalam pukul 9 pagi sampai Melaka dekat pukul 11 pagi. Terus cari hotel untuk check in.




Kitorang check in Al-Huda Hotel betul-betul dekat tengah bandar Melaka-- area Taming Sari. Kitorang ambil bilik deluxe kottt (aku lupa) tapi ada satu katil queen dan satu katil single macam gambar atas ni. Sebijik. Satu malam RM140 dan kitorang dapat check in pukul 12 tengah hari. Hotel ni quite good juga la. Puas hati. Lepas check in-- rehatkan badan untuk aktiviti lepas Zohor.

Lepas Zohor -- jalan-jalan satu bandar Melaka. 














permandangan Melaka dari atas Taming Sari. Bayaran untuk Taming Sari-- RM 10 sahaja dengan syarat tunjuk ic.
Lepas naik Taming Sari-- kami pergi cari coconut shake kat Pantai Klebang. Tak ada gambar sebab batery phone dah habis. Boleh lepak-lepak tepi pantai sambil mimum coconut shake kat Pantai Klebang tu.

Malam--lepas solat kami ke Umbai nak cari ikan bakar. Kat Umbai tu banyak gerai-gerai makanan tapi kami pergi ke Ikan Bakar Parasmeswara. Orang ramai kat sini dan servis boleh tahan laju. Kat sini cara dia nak order-- cari meja, beratur pilih lauk dan masakan apa (macam-macam pilihan seafood) dan duduk senyap-senyap kat meja tunggu makanan sampai. Kat sini harga pun berpatutan. Kami melantak empat orang hanya RM120-- including nasi dan air.

sayur goreng kailan. kerabu mangga. sotong goreng tepung. butter prawn. ikan pari bakar


Keesokan harinya kami siap-siap nak balik. 22 Jun-- hari Ahad yang penuh mencabar. Pagi-pagi dah kena saman parking, melayang RM10 (sepatutnya RM30 tetapi bayar hari yang sama dapat diskaun. Untuk peringatan kawan-kawan; kupon parking di Melaka harus diletakkan setiap hari waktu pejabat. Lepas tu pergi Muzium Samudera-- Fiqah pulak hilang kasut sebab nak masuk muzium ni kena tanggal kasut.



Sekian sahaja #bffjalanjalan. Harap lepas ni ramai lagi ikut kalau ada plan jalan-jalan. Baru syok.


No comments: