20 May 2014

Konvokesyen UiTM 79 - Sarjana Muda Ukur Bahan

Memandangkan aku tak pernah cerita secara official dalam blog mengenai satu-satunya majlis konvokesyen aku--maka inilah ceritanya. Walaupun majlis ni dah berlalu setengah tahun yang dulu.

Istiadat Konvokesyen 79 UiTM - 13 November 2013


Hari itu aku sarung baju kurung moden warna oren gelap yang dijahit sendiri oleh mak aku. Cantik. Cubaan pertama mak aku jahit baju kurung moden. Khas untuk anak sulung dia di hari yang istimewa yang dibayang sejak aku lahir. Mungkin.



Hari ini dimana setiap penat lelah susah payah aku dibayar dengan segulung ijazah. Berkorban hampir lima tahun untuk mendapatkan satu pengiktirafan untuk memudahkan kehidupan aku satu hari nanti. Kalau dikira, hari ini salah satu hari istimewa dalam hidup aku. Mungkin tak seistimewa hari pernikahan aku nanti yang entah bila jadinya.

Majlis konvokesyen untuk Sarjana Muda Ukur Bahan berlangsung pagi. Lepas Subuh dah kena siap-siap laju pecut ke UiTM Shah Alam. Sampai sana, jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tangkap gambar sikit-sikit, pakai jubah, beratur, masuk dewan. Dalam dewan paling ahzab, tunggu nama sorang-sorang dipanggil. Kalau sikit tak apa, ini bukan main ramai. Nasib baik pangkal nama aku  "A", tak ada la berdebar nak naik pentas tu meragut jiwa raga.

Kelas pertama ke? Aku pelajar biasa-biasa aje, terletak antara pandai dan bodoh. Pandai tidak, bodoh pun tidak. Berbaloi la dengan usaha aku yang malam nak periksa, baru aku buka buku. Mampu la sijil aku tu untuk minta kerja di syarikat yang tak menilai pekerja melalui markah periksa semata.

Habis majlis. Keluar dewan cari ahli keluarga. Mula-mula aku jumpa Nurudin dengan adik-adik aku. Lepas tu baru mak aku. Mak aku menghilangkan diri mencari bunga katanya tapi tak jumpa. Tak apa, bakal menantu dah bagi. Cukup la satu, tak payah banyak sebab bunga akan layu. Kasih sayang yang tak akan layu. Cehhh. Lepas tu pergi studio, hulur sekeping duit biru untuk gambar kenang-kenangan. Untuk gambar wajib gantug dalam rumah membuktikan "anak aku lulusan universiti".








4 comments:

Cik Umie Artoqiemie said...

waaahh.. gembiranya tengok.
bila la dapat pakai jubah tu hukhuk

najihahfara said...

x sabar nak tunggu turn diri sendiri hehe

zarulfarhana said...

tahniah

Miss.A said...

tahniah :D