09 May 2014

Awet Muda -- Bagaimana?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Siapa taknak -- umur makin lanjut tapi jasad tak dimamah usia.
Maybe kalau korang still muda remaja bergetah ni tak ada la nak fikir lagi pasal awet muda ni.
Cuba umur tu dah linkungan 30an, 40an.-- mana tak risau kalau jeragat dah naik, kedut dah mula nampak,badan dah kendur sana sini.

Jaga badan, jaga muka ni macam tanam pokok. Bukan bila dah layu, baru nak letak baja.
Sebab tu apa-apa kita kena start dari awal. Umur awal 20an amat la sesuai nak start jaga badan ni sebab dah ada duit sikit. Jaga badan ni bukan untuk laki je (dah berkahwin) tapi untuk kepuasan diri sendiri jugak.
Tak ke kalau pandang cermin tu, sedap sikit mata memandang diri sendiri kalau badan cantik, muka cantik.

Orang yang dekat dengan aku dan aku rasa dia "awet muda" -- mak aku.

Ni mak aku. lahir 1964, jadi tahun ni genap 50 tahun. Kira boleh sambut jubli emas dah tahun ni. Mak aku tudung oren tau, jangan cakap tudung kuning lak "-.-
Dalam bayangan aku kalau umur 50 tahun ni, mesti badan besar-besar sikit, kulit muka kusam dan ada masalah jeragat, garis-garis halus harus ada tapi bila aku tengok mak aku ni, tak sama dengan bayangan aku. Maka terus aku isytiharkan sah la mak aku ni awet muda-- pandangan aku la. Kalau kau nak cakap tak pun, tak ada masalah. Pandangan orang tu kan subjektif.

Apa yang aku perhati kat mak aku ni start dari aku dah ada akal boleh fikir -- mak aku rajin makan supplement/makanan tambahan. Waktu dulu-dulu masa tak banyak lagi produk kecantikan ni, mak aku makan jamu. Lepas tu dah badan lekat bau jamu, tukar makan benda lain sampai la sekarang. Kiranya tak pernah penat la nak makan macam-macam nak buat badan cantik, muka cantik.


Kat rumah tu dengan produk d'herbs terlajak larisnya, minyak zaitun, kopi kacip fatimah, rumpai lautnya-- semua mak aku telan. Belum cerita pasal penjagaan luaran lagi. Tapi paling aku respect, boleh je istiqamah makan semua tu. Macam aku-- dah nama anak mak aku kan. Jadi, terpengaruh jugak la makan benda-benda macam ni TAPI langsung tak istiqamah. Esok makan, hari ni tak makan. Lepas tu bila dah sebulan, tak ada kesan kat badan nak salahkan produk padahal diri sendiri yang makan ikut dannn.

Sekarang produk kecantikan/kesihatan ni kira dah berlambak kat pasaran, cakap je nak jenis apa -- herba, pil, nak masak sendiri, senang telan, tampal kat badan, murah, mahal. Macam-macam ada. Tinggal nak hulur duit aje dan makan. Tapi kalau dah nak bukak mulut nak makan pun malas, tak dapek den nak nolongnye.

Jadi kawan-kawan, mari la mula jaga badan dari sekarang supaya zaman makcik makcik kita nanti, orang tak sampai hati nak panggil makcik.

5 comments:

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Pergh serius mak nampak sebaya kamu yanggg :) Awet muda gitu, betul la kan nak kena jaga dari awal..

najihahfara said...

mak anis sentiasa menawan. anaknya juga hehe

Imran nyambek said...

peh.awet sangat tu.wow

Siti Zuriah said...

Haha...sekali pandang macam adik beradik, rupa-rupanya mak dan anak...nak kena mula jaga badan dah nie

Siti Zuriah said...

Wauuu...sekali pandang macam adik beradik, rupa-rupanya mak dgn anak..nampaknya, nk kena mula menjaga dah nie