16 May 2014

Aku Anak Yatim

Tanggal 10.05.2014, lebih kurang 8.45 malam.

"Abah dah takde". Cukup ayat ini buat diri aku kosong. Buat aku termangu. Kenapa tiba-tiba tanpa sebarang tanda?

Pertama kali aku hadap perpisahan yang kekal dengan orang yang paling aku dekat. Mana tak dekat, namanya kekal di pangkal nama aku. Aku usung nama itu sepanjang hidup aku. Kini, aku hanya usung nama, orangnya jauh dimata. Tak apa, aku letak jauh dalam hati. Tak ada sapa boleh curi.

Hampir empat tahun, abah diduga dengan hebat sekali. Nikmat kesihatan yang Allah pinjam, Dia tarik sikit-sikit. Akhirnya sabtu lepas, sampai sini sahaja Allah pinjamkan seorang bapa buat kami adik beradik.

Buat kali terakhir, aku usap wajah tua itu. Aku cium dahi pipi, masih aku rasa sejuk kulit abah. Mata abah katup rapat lenanya buat selamanya. Alhamdulliah, segala pengurusan jenazah abah berjalan lancar. 



Abah.

In sha Allah. Namamu sentiasa dalam doaku. Semoga usaha kecil ini membantu perjalananmu ke alam kekal abadi. 

Mungkin anis tidak sempat membalas budimu dengan kebahagiaan dunia tapi akan anis cuba memberi kebahagiaan akhirat kelak.

Satu hari nanti anis pula akan menjejak langkahmu. Menemui Dia yang Maha Menguasai langit dan bumi. Kita sama-sama pegang erat menuju taman-taman syurga.

Al-fatihah.
Md Aris binti Minah



6 comments:

Umie Artoqiemie said...

salam takziah dari umie.
al-fatihah untuk abah anis ...

najihahfara said...

anis, kak ngah sayang, be strong ok.
bawa abah kat syurga dengan jadi anak yang solehah. jaga mak ko baik-baik. adik-adik.

takziah. Al fatihah. :(

deqnamalu said...

innalillahiwainailahi rojiun...

T.T

sy ingat saya di uji dgn hebat sbb esok ada exam, tapi rupanya ada org lain diuji lebih hebat.

Amin..moga arwah ayah ditempatkan bersama org2 yg soleh..

be strong. even kita tak kenal, I cried reading this.

Nesha Zin said...

Anis, takziah. Harap awak kuat dan tabah, jangan putus mendoakan ayah.

cik hani said...

saalm takziah..

semoga rohnya di cucuri rahmat..

tabah sis.
semoga jodohmu kelak seorang lelaki yang seperti ayahmu ini. menjadi ayah terbaik kepada anak-anakmu kelak.

Miss Surina said...

sorry anis, su baru tahu. tabah ye, banyak2 doa untuk abah