20 May 2014

Konvokesyen UiTM 79 - Sarjana Muda Ukur Bahan

Memandangkan aku tak pernah cerita secara official dalam blog mengenai satu-satunya majlis konvokesyen aku--maka inilah ceritanya. Walaupun majlis ni dah berlalu setengah tahun yang dulu.

Istiadat Konvokesyen 79 UiTM - 13 November 2013


Hari itu aku sarung baju kurung moden warna oren gelap yang dijahit sendiri oleh mak aku. Cantik. Cubaan pertama mak aku jahit baju kurung moden. Khas untuk anak sulung dia di hari yang istimewa yang dibayang sejak aku lahir. Mungkin.



Hari ini dimana setiap penat lelah susah payah aku dibayar dengan segulung ijazah. Berkorban hampir lima tahun untuk mendapatkan satu pengiktirafan untuk memudahkan kehidupan aku satu hari nanti. Kalau dikira, hari ini salah satu hari istimewa dalam hidup aku. Mungkin tak seistimewa hari pernikahan aku nanti yang entah bila jadinya.

Majlis konvokesyen untuk Sarjana Muda Ukur Bahan berlangsung pagi. Lepas Subuh dah kena siap-siap laju pecut ke UiTM Shah Alam. Sampai sana, jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tangkap gambar sikit-sikit, pakai jubah, beratur, masuk dewan. Dalam dewan paling ahzab, tunggu nama sorang-sorang dipanggil. Kalau sikit tak apa, ini bukan main ramai. Nasib baik pangkal nama aku  "A", tak ada la berdebar nak naik pentas tu meragut jiwa raga.

Kelas pertama ke? Aku pelajar biasa-biasa aje, terletak antara pandai dan bodoh. Pandai tidak, bodoh pun tidak. Berbaloi la dengan usaha aku yang malam nak periksa, baru aku buka buku. Mampu la sijil aku tu untuk minta kerja di syarikat yang tak menilai pekerja melalui markah periksa semata.

Habis majlis. Keluar dewan cari ahli keluarga. Mula-mula aku jumpa Nurudin dengan adik-adik aku. Lepas tu baru mak aku. Mak aku menghilangkan diri mencari bunga katanya tapi tak jumpa. Tak apa, bakal menantu dah bagi. Cukup la satu, tak payah banyak sebab bunga akan layu. Kasih sayang yang tak akan layu. Cehhh. Lepas tu pergi studio, hulur sekeping duit biru untuk gambar kenang-kenangan. Untuk gambar wajib gantug dalam rumah membuktikan "anak aku lulusan universiti".








19 May 2014

Rumah Baru

Malam tadi punggah barang masuk rumah sewa baru. Dekat sikit dengan ofis, ada la dalam 10 minit perjalanan. Boleh aku bangun lambat sikit pergi kerja.

Tapi.

Duduk rumah baru tu. Bilik kecik. Paling damn sekali-- line internet lembab gila. Nak bukak instagram pun, loading bukan main lama. Makin lambat la aku balik rumah lepas ni. Sama ada lepak ofis sampai lebam atau keluar merayau dengan kawan (kawan la sangat)

Memandangkan dah 10 bulan aku duduk dengan makcik aku. Makan aje kejanya. Berat badan pun tak beragak nak naik. Jadi bila dah duduk bujang ni, tekad nak ringankan isi bumi. Sebelum raya at least nak turun 10 kg. Tolong la bekerjasama wahai badan.

Nanti aku dah kemas bilik. Biar kemas sikit lagi. Aku tangkap gambar--masuk kat sini.

Psstt : k la bye. Berlambak lagi kerja nak buat ni.

16 May 2014

Penamat Yang Baik

"We cannot change the past to rewrite a better beginning but we can work for the future and strive for a better ending" by Yasir Qadhi.

Ayat ni bagai memujuk hati kecil aku yang aku ada waktu lagi untuk ubah masa depan aku sekaligus pengakhiran hidup aku dengan lebih baik.

Mungkin aku tak boleh nak putar masa, ubah masa silam aku supaya tiada langsung kenangan pahit dalam hidup aku. Itu mustahil. Zaman ranap aku dulu tetap ranap begitu. Masih kekal dalam ingatan aku, masih aku bawa kisah silam itu.

Tapi aku usaha supaya aku yang sekarang dan masa depan tidak akan sama dengan aku yang dulu. Setiap hari aku baiki diri, aku cuba jadi yang terbaik dari aku yang semalam. Aku cuba dari segala aspek. Hubungan aku dengan tuhan, hubungan aku sesama makhluk. Betapa aku usaha untuk mendapat tempat yang terbaik disisiNya. 

Tapi iman seorang manusia biasa, ada pasang surutnya. Kalau semalam aku tekad begini, esok aku lakukan begitu. Mungkin ini godaan syaitan yang nak aku sesat sama-sama, supaya disiksa di neraka sama-sama.

Kadang-kadang kalau ada yang maki hina aku. Ikutkan hati hendak aku balas dengan carut dan caci maki. Biar sama-sama sakit hati. Tapi Allah bagi hikmah sabar dengan pahala yang berganda. Aku pilih pahala sabar dari dosa memaki. Tapi aku tak dapat agak sabar aku dengan orang mulut lahanat sampai mana. 

Yang penting, Yang Maha Mengetahui itu tahu aku usaha untuk hidup senang pada hari yang kekal nanti. Biarlah kau kata "tunjuk baik konon" sebab kau bukanlah sesiapa---akan diadili sama macam aku juga satu hari nanti.

Psst : sekarang aku selalu rasa berdebar lain macam. 

Aku Anak Yatim

Tanggal 10.05.2014, lebih kurang 8.45 malam.

"Abah dah takde". Cukup ayat ini buat diri aku kosong. Buat aku termangu. Kenapa tiba-tiba tanpa sebarang tanda?

Pertama kali aku hadap perpisahan yang kekal dengan orang yang paling aku dekat. Mana tak dekat, namanya kekal di pangkal nama aku. Aku usung nama itu sepanjang hidup aku. Kini, aku hanya usung nama, orangnya jauh dimata. Tak apa, aku letak jauh dalam hati. Tak ada sapa boleh curi.

Hampir empat tahun, abah diduga dengan hebat sekali. Nikmat kesihatan yang Allah pinjam, Dia tarik sikit-sikit. Akhirnya sabtu lepas, sampai sini sahaja Allah pinjamkan seorang bapa buat kami adik beradik.

Buat kali terakhir, aku usap wajah tua itu. Aku cium dahi pipi, masih aku rasa sejuk kulit abah. Mata abah katup rapat lenanya buat selamanya. Alhamdulliah, segala pengurusan jenazah abah berjalan lancar. 



Abah.

In sha Allah. Namamu sentiasa dalam doaku. Semoga usaha kecil ini membantu perjalananmu ke alam kekal abadi. 

Mungkin anis tidak sempat membalas budimu dengan kebahagiaan dunia tapi akan anis cuba memberi kebahagiaan akhirat kelak.

Satu hari nanti anis pula akan menjejak langkahmu. Menemui Dia yang Maha Menguasai langit dan bumi. Kita sama-sama pegang erat menuju taman-taman syurga.

Al-fatihah.
Md Aris binti Minah



10 May 2014

Jatuh Cinta

"Kau suka aku?"

Apa gila orang ni. Hari pertama berbalas mesej dah test power.

"Aku suka. Tapi suka biasa aje. Macam kawan-kawan. Kenapa? Kau suka aku?" Saja aku nak duga.

Dia balas "aku suka kau dari dulu lagi"

Tak akan pernah aku duga. Mesej macam ini mampu paut hati aku. Orangnya tidak la kacak mana. Badan kurus, muka lubang-lubang.

Kadang-kadang rasa hati boleh butakan mata. Tak perlu kau kacak macam Izzue Islam, cukup je kau ikhlas berkata-kata.

Perempuan ni kalau bukan pandang harta benda, senang aje kau nak tawan. Bonus kalau kau ada rupa. Kau bagi kata-kata manis, buat perangai baik-baik, ambik berat sikit-sikit. Tak lama lagi boleh buat jatuh cinta. 

Hati budi penting bai. Paras rupa boleh ditukar ganti. Kau tukar rambut sikit, simpan janggut sikit, exercise banyak sikit, pakai baju mahal sikit, minyak wangi lebih sikit -- muka pecah mana pun boleh jadi lawa. 

Apa guna sedap di mata tapi sakit dijiwa. Muka kacak tak menjamin pun hidup bahagia. Tapi kalau baik budi bicara, halus tutur bahasa, In Sha Allah lapang hati bahagia.

# Selalunya yang jambu-jambu ni stok cuci mata. Pandang boleh, rapat jangan.

09 May 2014

Awet Muda -- Bagaimana?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Siapa taknak -- umur makin lanjut tapi jasad tak dimamah usia.
Maybe kalau korang still muda remaja bergetah ni tak ada la nak fikir lagi pasal awet muda ni.
Cuba umur tu dah linkungan 30an, 40an.-- mana tak risau kalau jeragat dah naik, kedut dah mula nampak,badan dah kendur sana sini.

Jaga badan, jaga muka ni macam tanam pokok. Bukan bila dah layu, baru nak letak baja.
Sebab tu apa-apa kita kena start dari awal. Umur awal 20an amat la sesuai nak start jaga badan ni sebab dah ada duit sikit. Jaga badan ni bukan untuk laki je (dah berkahwin) tapi untuk kepuasan diri sendiri jugak.
Tak ke kalau pandang cermin tu, sedap sikit mata memandang diri sendiri kalau badan cantik, muka cantik.

Orang yang dekat dengan aku dan aku rasa dia "awet muda" -- mak aku.

Ni mak aku. lahir 1964, jadi tahun ni genap 50 tahun. Kira boleh sambut jubli emas dah tahun ni. Mak aku tudung oren tau, jangan cakap tudung kuning lak "-.-
Dalam bayangan aku kalau umur 50 tahun ni, mesti badan besar-besar sikit, kulit muka kusam dan ada masalah jeragat, garis-garis halus harus ada tapi bila aku tengok mak aku ni, tak sama dengan bayangan aku. Maka terus aku isytiharkan sah la mak aku ni awet muda-- pandangan aku la. Kalau kau nak cakap tak pun, tak ada masalah. Pandangan orang tu kan subjektif.

Apa yang aku perhati kat mak aku ni start dari aku dah ada akal boleh fikir -- mak aku rajin makan supplement/makanan tambahan. Waktu dulu-dulu masa tak banyak lagi produk kecantikan ni, mak aku makan jamu. Lepas tu dah badan lekat bau jamu, tukar makan benda lain sampai la sekarang. Kiranya tak pernah penat la nak makan macam-macam nak buat badan cantik, muka cantik.


Kat rumah tu dengan produk d'herbs terlajak larisnya, minyak zaitun, kopi kacip fatimah, rumpai lautnya-- semua mak aku telan. Belum cerita pasal penjagaan luaran lagi. Tapi paling aku respect, boleh je istiqamah makan semua tu. Macam aku-- dah nama anak mak aku kan. Jadi, terpengaruh jugak la makan benda-benda macam ni TAPI langsung tak istiqamah. Esok makan, hari ni tak makan. Lepas tu bila dah sebulan, tak ada kesan kat badan nak salahkan produk padahal diri sendiri yang makan ikut dannn.

Sekarang produk kecantikan/kesihatan ni kira dah berlambak kat pasaran, cakap je nak jenis apa -- herba, pil, nak masak sendiri, senang telan, tampal kat badan, murah, mahal. Macam-macam ada. Tinggal nak hulur duit aje dan makan. Tapi kalau dah nak bukak mulut nak makan pun malas, tak dapek den nak nolongnye.

Jadi kawan-kawan, mari la mula jaga badan dari sekarang supaya zaman makcik makcik kita nanti, orang tak sampai hati nak panggil makcik.

06 May 2014

Satu Hari

Satu hari dulu
Aku kau diangkat sahabat
Tapi hari ini
Kau tabur kata kesat

Tidakkah kau terfikir
Jika tak ada satu hari itu
Pasti kau tidak jumpa pasangan hidup kau
Kau tidak miliki dia yang halal untuk kau

Ingin sangat
Satu hari nanti
Aku hulur tangan ucap kata bahagia doa untuk kau
Bukan caci maki yang selalu kau beri

Dendam hati aku bawa jauh pergi
Sebab aku taknak menderita diri
Kau jika mengerti
Aku mahu baik-baik satu hari nanti

Kau yang aku kasihi
Mohon maaf ampuni diri
Takut sukar jejak di akhirat nanti