05 September 2014

20 Facts About Me


Trend kot buat #20factsaboutme ni. Dekat instagram ada, dekat facebook ada, dekat blog pun ada.
So gus, let me tell you some facts about me.



  1. Sekarang aku berkerja di contractor company sebagai junior executive ( Quantity Surveyor). This is my first and only company i had submited my resume.
  2. Aku senang sangat terpengaruh dengan orang, lagi-lagi dengan direct selling. Kalau tak tahan diri, mesti rasa nak beli je apa yang orang offer. 
  3. Bila makan mesti comot. Makanan terkena tudung la, makanan terjatuh atas baju la, air tertumpah la. Acane la kahwin nanti nak makan berhadap T.T
  4. Pernah telan setengah papan panadol pada masa yang sama. Ni waktu zaman tak ada akal masa sekolah dulu. Konon frust bercinta la.
  5. Suka sangat cakap sorang, dari kecik sampai besar. Sekarang makin parah bila drive sorang-sorang. 
  6. Aku suka tengok perempuan cantik. Kalau tengah lepak ke, beratur nak ambik makanan ke-- kalau ternampak je orang cantik, mesti curi-curi pandang sampai orang tu hilang dari pandangan. 
  7. Senang sangat nangis. Kalau sakit hati, nangis. Kalau sedih, nangis. Rindu orang, nangis. Sayang sangat kat orang, nangis. Rasa tak mendapat perhatian, nangis. Haha
  8. Ex-boyfirend aku mostly dah kahwin. LOL. Tinggal sorang dua je masih single. -- macam ramai je boyfriend dulu.
  9. Selalu bersemangat nak kurus tapi selalu semangat tu setengah jalan je. Hangat-hangat taik ayam orang dulu kata. Minggu ni exercise bukan main, lepas tu hanya dalam ingatan.
  10. Masa bendera merah naik (i hope you know what i mean) aku sangat la beremosi orangnya. Semua benda jadi tak kena. Rasa nak marah orang, rasa nak nangis je kerjanya. Biasa lah, hormon tak stabil. I cant imagine how i'm when im pregnant. Kesian laki i nokkss.
  11. Sejak guna iphone ni, kalau ada orang yang aku tak suka/ annoying, aku akan terus block je number. Senang. No communcation, no heart broken.
  12. Take time untuk sesuaikan diri dengan orang. Mula-mula aku akan jadi pendiam/akward, lepas tu kau kenal la aku siapa.
  13. Susah nak kenal jenis-jenis kereta. Boleh kira dengan tangan je nama kereta yang aku tahu. 
  14. Tak pernah minum atau makan di Starbuck. Im not hard fan of coffee.
  15. Tak pernah naik kapal terbang. Pergi airport pun pernah sekali je masa sekolah rendah. Tapi lalu depan airport tu selalu la sebab office dekat dengan Airport Subang. 
  16. Aku jarang pakai makeup, kalau pakai pun masa aku tak boleh sembahyang. Leceh nak tanggal makeup kalau nak solat.
  17. Start bertudung dari darjah empat sebab malu potong rambut pendek macam lelaki. Bertudung ye, bukan berhijab. Berhijab in process.
  18. Aku tak ada jam. Last pakai masa ambil muet sem 2 (degree). Jam tu jatuh dan retak masa tu, terus aku tak pakai jam sampai sekarang.
  19. Tak suka barang kemas, i dont wear any accesories. 
  20. Aku pernah bercita-cita nak jadi orang terkenal satu hari nanti -- hahhahahahahhahahahaha.. 


26 August 2014

Sabar

Setiap orang ada kisah hidup masing-masing. Ada yang berbahagia hingga ke penghujung kehidupan, ada yang hidupnya tak habis-habis dengan konflik. Apa pun semua qada dan qadar kehidupan ditentukan oleh Allah SWT. Susah atau senang kehidupan kita adalah dugaan daripadaNya.


Aku ada kisah menarik nak kongsi.

----------------

Kamal mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Empat orang anak daripada perkongsian hidup dengan isteri pertama (Siti) manakala mempunyai seorang anak perempuan dengan isteri kedua (Alia). Mereka hidup bahagia walaupun berkongsi kasih sayang seorang suami dan bapa. Kamal seorang yang adil, berkerja keras mencari rezeki utuk keluarga dan sangat penyayang. Alia seorang pegawai di sebuah company swasta manakala Siti adalah seorang suri rumah sepenuh masa. 

Tetapi kehidupan mereka berubah semenjak Kamal mengalami kemalangan jalan raya. Kamal koma.

Keluarga Kamal sepakat untuk meletakkan hak penjagaan Kamal kepada Alia kerana Alia mempunyai pekerjaan yang tetap dan disenangi oleh adik-beradik Kamal. Malangnya nasib Siti, sudahlah tidak berkerja untuk menanggung anak-anak dan terpaksa berpisah dengan suami tercinta. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bertahun dipinggir oleh sanak saudara, bertahun juga berpisah kasihnya suami. Tabahnya seorang isteri yang digantung tidak bertali bertahun lamanya mendidik anak-anak dengan sepenuh kasih dan sayang. Dikata orang itu dan ini tetapi dipendam seorang diri. Lepas satu-satu sumber rezeki dicari untuk menjaga anak-anak yang diamanatkan. 

Alia pula menjaga suami bertahun lamanya. Menjaga orang sakit bukannya senang. Berjaga malam, memandikan Kamal yang terlantar, berhabis wang ringgit untuk kos perubatan. Untungnya Alia mengaut pahala menjaga seorang suami siang dan malam. Alia dipandang mulia oleh kaum keluarga kerana berkorban demi suami tercinta. Berkorban masa dan tenaga.

Setelah 3 tahun terlantar sakit, Kamal akhirnya menghadap Illahi. Mereka berkumpul sanak saudara. Siti anak beranak juga tidak ketinggalan menguruskan jenazah. Siti sedih bukan kepalang, setelah lama tidak berjumpa, hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa yang ada untuk melepas rindu. Puas ditatap tubuh Kamal buat kali terakhir sebelum dikebumikan. 

Allahyarham ada meninggalkan sedikit harta. Tanah sekangkang kera dan sedikit wang simpanan. Diberi seratus peratus kepada isteri yang taat menjaga Kamal semasa sakit dulu. Siti, tidak layak untuk harta tersebut, biar sesen pun. "Biarlah mereka, rezeki di langit dan dibumi ini milik Allah, pasti ada yang terpalit untuk kita" kata Siti. Memujuk hati supaya bersabar dengan dugaan yang Allah beri.

----------------

Sebenarnya kisah ini belum berakhir sebab aku pun tak tahu penghujung jalan cerita ini. Mungkin dengan kesabaran isteri pertama, anak-anaknya yang empat tu berjaya dan memberi kesenangan kepada ibunya atau mungkin seorang jutawan sudi mengahwini Siti. LOL. Tengok isteri kedua, dah dapat habuan dari kesabaran menjaga suami yang sakit tu tetapi rasanya macam tak adil pula tak bagi sama rata harta pusaka.

Tetapi Allah dah kata ---

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".[Al-Nahl 16:127]

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". [Yunus 10:109]

Tak payah nak pening-pening kepala dengan orang yang sakitkan hati kita, buat kita macam-macam sebab Allah itu Maha Adil. Kita hanya bersabar dan Allah akan membalas setiap perkara yang mereka lakukan. Kita hanya perlu mendekatkan diri dengan Allah dan banyak berdoa meminta pertolongan Allah kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Sabar tau :)



14 August 2014

Rezeki

Hari ini wall facebook penuh dengan ucapan-ucapan kesyukuran dan kegembiraan kerana dapat result yang memuaskan hati (mostly my fb's friends from UiTM, so today is the result day for degree student). Paling gembira mestilah student-student sem akhir sebab result kali ni menentukan masa depan mereka sama ada boleh grad on time ke tidak. I feel you.

Throwback cerita setahun yang lepas

Waktu tengah tunggu result keluar ni, aku dah start kerja. Perasaaan aku waktu tu rasanya kalah mamat-mamat yang tunggu nak diakadnikah kan. Bayangkan lah kalau aku tak lulus satu atau dua subjek, pointer aku tak lepas ke, thesis aku tak boleh pakai ke -- tak ke aku kena berhenti kerja, pastu sambung balik study. Tak malu ke? 

But Alhamdullilah i was pass with flying colour. Rasa bersyukur dan gembira tu memang tak boleh nak kata la kan walaupun bukanlah pemegang ijazah kelas pertama. Who cares? Yang penting aku dapat grad on time dan bergambar sakan dengan kawan-kawan masa graduation nanti. Tapi kalau dapat first class lagi bagus, tak payah bayar balik PTPTN.

Tetapi tanpa kita sedar perjalanan hidup kita baru je nak bermula sebenarnya. Antara cabaran-cabaran awal yang korang akan hadapi masa mula-mula ni; bagaimana kita handle diri dengan limpahan rezeki orang lain. You know what i mean right. Kita tahu rezeki kita ni ketentuan Allah, ada dilimpahkan dengan rezeki yang banyak tetapi ada juga yang tak bernasib baik. 

Ada yang habis belajar terus dapat kerja. Ada yang berbulan-bulan menganggur tunggu panggilan interview. Ada yang gaji tinggi. Ada yang gaji rendah. Ada yang dapat kerja best. Ada yang dapat kerja yang tak beberapa best. Ada yang suka kerja yang dia dapat. Ada yang rasa sehari je kerja rasa nak berhenti. Ada yang sambung master. Ada yang duduk rumah kuruskan badan hari-hari.

Macam mana kita nak hadap bila kawan kita ni cerita dia kerja dekat well known company tapi kita kerja company yang search google pun tak jumpa. Bila kawan kita ni gaji besar yang mana nak buat loan rumah automatik lulus tapi kita mungkin tak sampai separuh dari gaji kawan kita tu. Padahal sama je habis belajar, padahal pointer aku lagi tinggi dari dia, padahal assignment dia dulu pun tiru aku.

Jadi macam mana nak handle perasaan tak puas hati, stress dan sedih tu?

Pulang kepada Maha Pencipta. Dia yang memberi rezeki kepada kita. Allah want to see how grateful we are. Mungkin kawan kita tu lebih bahagian ini, kita lebih bahagian lain. Mungkin dia gaji besar, kerja besar tapi tak seronok dengan kerja. Tak ada masa, staff sombong, kerja banyak. Tapi kita yang kerja biasa-biasa ni mungkin dapat bos baik, colleagues yang best, banyak masa untuk diri sendiri. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang di beri. Nilai apa yang kita dapat lebih dari orang lain sebab rezeki bukan dinilai pada gaji dan pangkat sahaja.



12 August 2014

Kahwin

Bila korang dah habis belajar, korang akan mengalami situasi di mana orang di sekeliling akan bercakap mengenai pasangan hidup. Soalan-soalan lazim yang akan ditanya;

"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon ke belum?"
"Dah kerja ni tak lama dah ni kan"

Bertuah untuk sesiapa yang dah ada perancangan ke arah itu, yang hanya tunggu rombongan masuk meminang je dah. Dan jadi kurang senang kepada orang yang tak tahu lagi hala tuju kehidupan untuk berumah tangga --- bila, dimana, dengan siapa? 

Macam aku, masih berkawan dengan lelaki yang sama yang dulu-dulu selalu menjadi topik aku mengarut dalam blog ni. Masih bertahan. Kami berkawan terlalu lama (end of this year, we are celebrate our 6th anniversary as a cheerful couple) dan orang sibuk tanya bila nak menamatkan kehidupan penuh scandal kami ini. Unfortunately, i dont know when it will be happen and i guess i will marry him when my bestfriend's child can walk (my bff not married yet, see how long i must wait to be a bride). Tetapi kita tak tahu perancangan Allah untuk kehidupan kita, ajal maut jodoh rezeki semua kuasa Tuhan. Who know ill getting married soon. 


Satu hari tu aku ada berborak dengan kawan-kawan ofis, topiknya "kahwin". Salah seorang akan tamatkan zaman bujangnya September ini. Aku yang seronok sangat dengan topik ni totally change to be a busy body person,macam-macam tanya;

"Apa perasaan nak kahwin ni?"
"Lama dah ke kenal dengan tunang?" 
"Eh lamanya couple, kenapa baru sekarang nak kahwin. Kan dah lama kerja"

Ye. Soalan last tu macam high level busy body type punya orang tapi aku curious. Couple dari zaman belajar, dah kerja lama tapi kenapa sekarang baru nak kahwin? By the way, kawan aku tu lelaki dan umur linkungan 26 tahun.

Then he say something. 

"Perempuan ni, even umur 23 tahun tapi bila kawan-kawan dah start tunang, start kahwin. Mula rasa diri tu dah tua sangat, pastu ajak kahwin. Tunang aku dulu macam tu la. Tapi aku bagitahu je dia. Aku pun ada matlamat hidup aku, nak ada rumah, kereta, simpanan aku sendiri. Baru boleh kahwin." 

Ha. Satu tamparan hebat kena kat muka aku. 

Jadi, aku dah buat kesimpulan. Perempuan dengan fakta; 9 nafsu dan 1 akal. Lelaki dengan fakta; 9 akal dan 1 nafsu. Kita perempuan ni bertindak mengikut perasaan dan nafsu. Bila orang lain ada sesuatu, kita terdorong nak juga tanpa fikir panjang. Kita tengok kawan nak kahwin, kita pun nak kahwin. Kita tak fikir macam mana perasaan orang yang kita ajak kahwin tu. Ada duit ke tidak? Sedia ke tidak? Apa yang kita tahu, kita NAK. 

Lelaki. mengambil keputusan untuk bertanggungjawab sepenuhnya kepada seorang perempuan dari segi dosa pahala, makan pakai, perhatian kasih sayang, sakit pening badan dan segalanya bukan senang. Belum kahwin dah pening pasal hantaran perkahwinan yang tak masuk akal, belum tambah perkara-perkara yang tak terjangka dek akal akan jadi bila dah hidup sekali nanti. Dan semestinya mereka ingin beri yang terbaik kepada bakal teman sehidup semati bersama mereka. Biar menjadi "imam" yang betul-betul sempurna untuk pandu kehidupan dunia yang indah untuk mencapai kebahagian akhirat yang kekal abadi. Tak kira dari segi kepuasan zahir atau batin.

So, girls. Jangan bermasam muka kalau boyfriend korang macam tak berminat kalau cakap pasal kahwin. Maybe he is not ready yet to bear a lot of responsible. In sha Allah hari yang dinanti tu akan tiba. Prepare yourself to be a good wife and mother in the future.




04 August 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Alhamdullilah, selesai mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal yang mulia. Raya kali ini agak meriah. Ingatkan raya tahun ni dah boleh pakai sedondon dengan suami, rupanya belum sampai seru lagi. hehe

Tema tahun ini --- biru. Tengok dekat media sosial (cehh.. bm sangat) ramai yang bertemakan biru tahun ni. Artis-artis pun ramai pakai baju biru. Tak kisahlah biru cair ke, biru pekat ke, biru awan ke, janji biru. Tak ada benda nak cerita pun raya kali ni, rutin macam biasa. Bangun pagi, sembahyang raya, salam-salam, tangkap- tangkap gambar dan duduk kat dapur basuh pinggan sampai ke petang (typical anak dara sangat).

Ini keluarga kecil kami. Omputehnya Yusof's Family

Aki dengan cucu sulong dengan cucu bongsu
Ini aje lelaki dalam keluarga kecil ni. I need to add a man in this group.
Anak-anak dara Yusof Zin. 




Aris's Family. Semoga arwah abah tenang disana.






21 July 2014

One Year Experience

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bulan Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya-- kena perbanyakkan amalan sebab dah masuk 10 malam terakhir. Cari lailatul qadar, kejar pahala.

17 Julai 2014-- genap setahun aku jadi someone yang berkerjaya. Have a job tu kira berkerjaya la kan. Alhamdullilah, kiranya perjalanan hidup aku dimudahkan jugak. Seminggu lepas habis exam, aku dah start kerja dekat contractor company. Of course la dengan contractor sebab aku benci measurement, dan sebab tu aku tak join consultant. 

Seronok kerja?

Masa mula-mula kerja, susah jugak nak sesuaikan diri dengan suasana kerja. Have a lot of works to do, overtime sampai tengah malam. Tapi bila dah kerja lama sikit, semua makin ok sebab dah biasa kan. Yang paling best, setiap bulan dapat gaji $$$$. Kalau waktu belajar dulu, bila loan PTPTN masuk setiap sem. Puas la nak budget sampai habis sem. Tapi bila dah kerja ni, setiap bulan duit masuk. Tapi kena pandai manage supaya tak boros--- klik this link for manage your salary wisely.

Suasana kerja dengan belajar sangat lain. Betul la orang kata, apa kita belajar tak sama apa yang kita pratikkan masa kerja. Korang kena ada soft skill untuk handle something, contoh; how to communicate with strangger. LOL. Kawan kerja tak sama dengan kawan belajar tapi thanks god-- i get colleague yang best. 

Stress kerja-- harus la ada. Annoying dengan pihak yang mengambil kesempatan atas orang lain. Padahal dia makan gaji jugak. Bukan bos pun. Huhhh

Tapi kalau boleh, aku nak buat bisnes. Tunggu saving melimpah sikit, boleh start bisnes sikit-sikit.Boleh jadi bos dan kuli serentak. Kiranya income hasil dari titik peluh kita sendiri. Kita usaha lebih, dapat lebih. Kalau makan gaji ni, usaha lebih ke sikit ke, macam tu jugak incomenya. Lagipun, aku dah start boring dengan kerja aku. LOL.  

Aku kerja kosong jadi PA bos tak? Macam behh je.


01 July 2014

#bffjalanjalan

Tajuk entry based on hashtag gambar kami di instagram masa jalan-jalan ke Melaka.

Bulan lepas kami berempat; Anis, Fiqah, Maaitah dan Mardiah decide nak menenangkan fikiran di tengah-tengah bulan dimana jumlah duit gaji di paras bahaya. Mengenangkan Fiqah dan Mardiah cuti semester dan ni aje masa yang sesuai nak berjimba, aku korbankan duit simpanan perkahwinan kelak. Ok tipu je.

21 Jun 2014 --  Drive dari Shah Alam ke Melaka dengan budget RM 100 seorang untuk budget trip 2 hari 1 malam. Kira backpacking jugak la---pakai hentam je pergi. Gerak dari Shah Alam dalam pukul 9 pagi sampai Melaka dekat pukul 11 pagi. Terus cari hotel untuk check in.




Kitorang check in Al-Huda Hotel betul-betul dekat tengah bandar Melaka-- area Taming Sari. Kitorang ambil bilik deluxe kottt (aku lupa) tapi ada satu katil queen dan satu katil single macam gambar atas ni. Sebijik. Satu malam RM140 dan kitorang dapat check in pukul 12 tengah hari. Hotel ni quite good juga la. Puas hati. Lepas check in-- rehatkan badan untuk aktiviti lepas Zohor.

Lepas Zohor -- jalan-jalan satu bandar Melaka. 














permandangan Melaka dari atas Taming Sari. Bayaran untuk Taming Sari-- RM 10 sahaja dengan syarat tunjuk ic.
Lepas naik Taming Sari-- kami pergi cari coconut shake kat Pantai Klebang. Tak ada gambar sebab batery phone dah habis. Boleh lepak-lepak tepi pantai sambil mimum coconut shake kat Pantai Klebang tu.

Malam--lepas solat kami ke Umbai nak cari ikan bakar. Kat Umbai tu banyak gerai-gerai makanan tapi kami pergi ke Ikan Bakar Parasmeswara. Orang ramai kat sini dan servis boleh tahan laju. Kat sini cara dia nak order-- cari meja, beratur pilih lauk dan masakan apa (macam-macam pilihan seafood) dan duduk senyap-senyap kat meja tunggu makanan sampai. Kat sini harga pun berpatutan. Kami melantak empat orang hanya RM120-- including nasi dan air.

sayur goreng kailan. kerabu mangga. sotong goreng tepung. butter prawn. ikan pari bakar


Keesokan harinya kami siap-siap nak balik. 22 Jun-- hari Ahad yang penuh mencabar. Pagi-pagi dah kena saman parking, melayang RM10 (sepatutnya RM30 tetapi bayar hari yang sama dapat diskaun. Untuk peringatan kawan-kawan; kupon parking di Melaka harus diletakkan setiap hari waktu pejabat. Lepas tu pergi Muzium Samudera-- Fiqah pulak hilang kasut sebab nak masuk muzium ni kena tanggal kasut.



Sekian sahaja #bffjalanjalan. Harap lepas ni ramai lagi ikut kalau ada plan jalan-jalan. Baru syok.


20 May 2014

Konvokesyen UiTM 79 - Sarjana Muda Ukur Bahan

Memandangkan aku tak pernah cerita secara official dalam blog mengenai satu-satunya majlis konvokesyen aku--maka inilah ceritanya. Walaupun majlis ni dah berlalu setengah tahun yang dulu.

Istiadat Konvokesyen 79 UiTM - 13 November 2013


Hari itu aku sarung baju kurung moden warna oren gelap yang dijahit sendiri oleh mak aku. Cantik. Cubaan pertama mak aku jahit baju kurung moden. Khas untuk anak sulung dia di hari yang istimewa yang dibayang sejak aku lahir. Mungkin.



Hari ini dimana setiap penat lelah susah payah aku dibayar dengan segulung ijazah. Berkorban hampir lima tahun untuk mendapatkan satu pengiktirafan untuk memudahkan kehidupan aku satu hari nanti. Kalau dikira, hari ini salah satu hari istimewa dalam hidup aku. Mungkin tak seistimewa hari pernikahan aku nanti yang entah bila jadinya.

Majlis konvokesyen untuk Sarjana Muda Ukur Bahan berlangsung pagi. Lepas Subuh dah kena siap-siap laju pecut ke UiTM Shah Alam. Sampai sana, jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tangkap gambar sikit-sikit, pakai jubah, beratur, masuk dewan. Dalam dewan paling ahzab, tunggu nama sorang-sorang dipanggil. Kalau sikit tak apa, ini bukan main ramai. Nasib baik pangkal nama aku  "A", tak ada la berdebar nak naik pentas tu meragut jiwa raga.

Kelas pertama ke? Aku pelajar biasa-biasa aje, terletak antara pandai dan bodoh. Pandai tidak, bodoh pun tidak. Berbaloi la dengan usaha aku yang malam nak periksa, baru aku buka buku. Mampu la sijil aku tu untuk minta kerja di syarikat yang tak menilai pekerja melalui markah periksa semata.

Habis majlis. Keluar dewan cari ahli keluarga. Mula-mula aku jumpa Nurudin dengan adik-adik aku. Lepas tu baru mak aku. Mak aku menghilangkan diri mencari bunga katanya tapi tak jumpa. Tak apa, bakal menantu dah bagi. Cukup la satu, tak payah banyak sebab bunga akan layu. Kasih sayang yang tak akan layu. Cehhh. Lepas tu pergi studio, hulur sekeping duit biru untuk gambar kenang-kenangan. Untuk gambar wajib gantug dalam rumah membuktikan "anak aku lulusan universiti".








19 May 2014

Rumah Baru

Malam tadi punggah barang masuk rumah sewa baru. Dekat sikit dengan ofis, ada la dalam 10 minit perjalanan. Boleh aku bangun lambat sikit pergi kerja.

Tapi.

Duduk rumah baru tu. Bilik kecik. Paling damn sekali-- line internet lembab gila. Nak bukak instagram pun, loading bukan main lama. Makin lambat la aku balik rumah lepas ni. Sama ada lepak ofis sampai lebam atau keluar merayau dengan kawan (kawan la sangat)

Memandangkan dah 10 bulan aku duduk dengan makcik aku. Makan aje kejanya. Berat badan pun tak beragak nak naik. Jadi bila dah duduk bujang ni, tekad nak ringankan isi bumi. Sebelum raya at least nak turun 10 kg. Tolong la bekerjasama wahai badan.

Nanti aku dah kemas bilik. Biar kemas sikit lagi. Aku tangkap gambar--masuk kat sini.

Psstt : k la bye. Berlambak lagi kerja nak buat ni.

16 May 2014

Penamat Yang Baik

"We cannot change the past to rewrite a better beginning but we can work for the future and strive for a better ending" by Yasir Qadhi.

Ayat ni bagai memujuk hati kecil aku yang aku ada waktu lagi untuk ubah masa depan aku sekaligus pengakhiran hidup aku dengan lebih baik.

Mungkin aku tak boleh nak putar masa, ubah masa silam aku supaya tiada langsung kenangan pahit dalam hidup aku. Itu mustahil. Zaman ranap aku dulu tetap ranap begitu. Masih kekal dalam ingatan aku, masih aku bawa kisah silam itu.

Tapi aku usaha supaya aku yang sekarang dan masa depan tidak akan sama dengan aku yang dulu. Setiap hari aku baiki diri, aku cuba jadi yang terbaik dari aku yang semalam. Aku cuba dari segala aspek. Hubungan aku dengan tuhan, hubungan aku sesama makhluk. Betapa aku usaha untuk mendapat tempat yang terbaik disisiNya. 

Tapi iman seorang manusia biasa, ada pasang surutnya. Kalau semalam aku tekad begini, esok aku lakukan begitu. Mungkin ini godaan syaitan yang nak aku sesat sama-sama, supaya disiksa di neraka sama-sama.

Kadang-kadang kalau ada yang maki hina aku. Ikutkan hati hendak aku balas dengan carut dan caci maki. Biar sama-sama sakit hati. Tapi Allah bagi hikmah sabar dengan pahala yang berganda. Aku pilih pahala sabar dari dosa memaki. Tapi aku tak dapat agak sabar aku dengan orang mulut lahanat sampai mana. 

Yang penting, Yang Maha Mengetahui itu tahu aku usaha untuk hidup senang pada hari yang kekal nanti. Biarlah kau kata "tunjuk baik konon" sebab kau bukanlah sesiapa---akan diadili sama macam aku juga satu hari nanti.

Psst : sekarang aku selalu rasa berdebar lain macam. 

Aku Anak Yatim

Tanggal 10.05.2014, lebih kurang 8.45 malam.

"Abah dah takde". Cukup ayat ini buat diri aku kosong. Buat aku termangu. Kenapa tiba-tiba tanpa sebarang tanda?

Pertama kali aku hadap perpisahan yang kekal dengan orang yang paling aku dekat. Mana tak dekat, namanya kekal di pangkal nama aku. Aku usung nama itu sepanjang hidup aku. Kini, aku hanya usung nama, orangnya jauh dimata. Tak apa, aku letak jauh dalam hati. Tak ada sapa boleh curi.

Hampir empat tahun, abah diduga dengan hebat sekali. Nikmat kesihatan yang Allah pinjam, Dia tarik sikit-sikit. Akhirnya sabtu lepas, sampai sini sahaja Allah pinjamkan seorang bapa buat kami adik beradik.

Buat kali terakhir, aku usap wajah tua itu. Aku cium dahi pipi, masih aku rasa sejuk kulit abah. Mata abah katup rapat lenanya buat selamanya. Alhamdulliah, segala pengurusan jenazah abah berjalan lancar. 



Abah.

In sha Allah. Namamu sentiasa dalam doaku. Semoga usaha kecil ini membantu perjalananmu ke alam kekal abadi. 

Mungkin anis tidak sempat membalas budimu dengan kebahagiaan dunia tapi akan anis cuba memberi kebahagiaan akhirat kelak.

Satu hari nanti anis pula akan menjejak langkahmu. Menemui Dia yang Maha Menguasai langit dan bumi. Kita sama-sama pegang erat menuju taman-taman syurga.

Al-fatihah.
Md Aris binti Minah



10 May 2014

Jatuh Cinta

"Kau suka aku?"

Apa gila orang ni. Hari pertama berbalas mesej dah test power.

"Aku suka. Tapi suka biasa aje. Macam kawan-kawan. Kenapa? Kau suka aku?" Saja aku nak duga.

Dia balas "aku suka kau dari dulu lagi"

Tak akan pernah aku duga. Mesej macam ini mampu paut hati aku. Orangnya tidak la kacak mana. Badan kurus, muka lubang-lubang.

Kadang-kadang rasa hati boleh butakan mata. Tak perlu kau kacak macam Izzue Islam, cukup je kau ikhlas berkata-kata.

Perempuan ni kalau bukan pandang harta benda, senang aje kau nak tawan. Bonus kalau kau ada rupa. Kau bagi kata-kata manis, buat perangai baik-baik, ambik berat sikit-sikit. Tak lama lagi boleh buat jatuh cinta. 

Hati budi penting bai. Paras rupa boleh ditukar ganti. Kau tukar rambut sikit, simpan janggut sikit, exercise banyak sikit, pakai baju mahal sikit, minyak wangi lebih sikit -- muka pecah mana pun boleh jadi lawa. 

Apa guna sedap di mata tapi sakit dijiwa. Muka kacak tak menjamin pun hidup bahagia. Tapi kalau baik budi bicara, halus tutur bahasa, In Sha Allah lapang hati bahagia.

# Selalunya yang jambu-jambu ni stok cuci mata. Pandang boleh, rapat jangan.

09 May 2014

Awet Muda -- Bagaimana?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Siapa taknak -- umur makin lanjut tapi jasad tak dimamah usia.
Maybe kalau korang still muda remaja bergetah ni tak ada la nak fikir lagi pasal awet muda ni.
Cuba umur tu dah linkungan 30an, 40an.-- mana tak risau kalau jeragat dah naik, kedut dah mula nampak,badan dah kendur sana sini.

Jaga badan, jaga muka ni macam tanam pokok. Bukan bila dah layu, baru nak letak baja.
Sebab tu apa-apa kita kena start dari awal. Umur awal 20an amat la sesuai nak start jaga badan ni sebab dah ada duit sikit. Jaga badan ni bukan untuk laki je (dah berkahwin) tapi untuk kepuasan diri sendiri jugak.
Tak ke kalau pandang cermin tu, sedap sikit mata memandang diri sendiri kalau badan cantik, muka cantik.

Orang yang dekat dengan aku dan aku rasa dia "awet muda" -- mak aku.

Ni mak aku. lahir 1964, jadi tahun ni genap 50 tahun. Kira boleh sambut jubli emas dah tahun ni. Mak aku tudung oren tau, jangan cakap tudung kuning lak "-.-
Dalam bayangan aku kalau umur 50 tahun ni, mesti badan besar-besar sikit, kulit muka kusam dan ada masalah jeragat, garis-garis halus harus ada tapi bila aku tengok mak aku ni, tak sama dengan bayangan aku. Maka terus aku isytiharkan sah la mak aku ni awet muda-- pandangan aku la. Kalau kau nak cakap tak pun, tak ada masalah. Pandangan orang tu kan subjektif.

Apa yang aku perhati kat mak aku ni start dari aku dah ada akal boleh fikir -- mak aku rajin makan supplement/makanan tambahan. Waktu dulu-dulu masa tak banyak lagi produk kecantikan ni, mak aku makan jamu. Lepas tu dah badan lekat bau jamu, tukar makan benda lain sampai la sekarang. Kiranya tak pernah penat la nak makan macam-macam nak buat badan cantik, muka cantik.


Kat rumah tu dengan produk d'herbs terlajak larisnya, minyak zaitun, kopi kacip fatimah, rumpai lautnya-- semua mak aku telan. Belum cerita pasal penjagaan luaran lagi. Tapi paling aku respect, boleh je istiqamah makan semua tu. Macam aku-- dah nama anak mak aku kan. Jadi, terpengaruh jugak la makan benda-benda macam ni TAPI langsung tak istiqamah. Esok makan, hari ni tak makan. Lepas tu bila dah sebulan, tak ada kesan kat badan nak salahkan produk padahal diri sendiri yang makan ikut dannn.

Sekarang produk kecantikan/kesihatan ni kira dah berlambak kat pasaran, cakap je nak jenis apa -- herba, pil, nak masak sendiri, senang telan, tampal kat badan, murah, mahal. Macam-macam ada. Tinggal nak hulur duit aje dan makan. Tapi kalau dah nak bukak mulut nak makan pun malas, tak dapek den nak nolongnye.

Jadi kawan-kawan, mari la mula jaga badan dari sekarang supaya zaman makcik makcik kita nanti, orang tak sampai hati nak panggil makcik.

06 May 2014

Satu Hari

Satu hari dulu
Aku kau diangkat sahabat
Tapi hari ini
Kau tabur kata kesat

Tidakkah kau terfikir
Jika tak ada satu hari itu
Pasti kau tidak jumpa pasangan hidup kau
Kau tidak miliki dia yang halal untuk kau

Ingin sangat
Satu hari nanti
Aku hulur tangan ucap kata bahagia doa untuk kau
Bukan caci maki yang selalu kau beri

Dendam hati aku bawa jauh pergi
Sebab aku taknak menderita diri
Kau jika mengerti
Aku mahu baik-baik satu hari nanti

Kau yang aku kasihi
Mohon maaf ampuni diri
Takut sukar jejak di akhirat nanti

14 April 2014

be positive

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

menginjak zaman tua ni. banyak betul cabaran, ujian dan dugaan hidup.
problem datang dan pergi. huh
problem kerja. problem family. problem kawan.
such thing yang kadang-kadang buat kita give up.
macam nak berhenti kerja. lari dari rumah. stop contact kawan.
kiranya macam lari dari masalah.
tapi sampai bila? --- sampai mati?

tapi.
kalau semua masalah kita cuba positifkan.
problem tu datang singgah sekejap aje, lepas tu bla.
sebab kita tahu-- setiap perkara ada hikmahnya.
mungkin mula-mula tu rasa nak mencarut bagai.
tapi bila keep thingking. selami sikit-- kenapa jadi macam ni? macam mana nak settle ni?
semua boleh jadi ok.

contoh situasi : ditinggalkan oleh boyfriend.girlfriend.

siapa tak sedih kena tinggal. diberi kasih sayang yang melimpah ruah pastu ditinggalkan/dipermainkan.
mulanya memang rasa macam nak bunuh diri, kiranya hidup ni dah tak ada gunanya lagi. perghh

tapi cuba kita fikir -- Allah menjadikan sesuatu pasti ada sebab.
maybe boyfriend/girlfriend tu memang tak layak untuk kita. someone yang berpuluh kali bagus dicipta untuk kita. elak diri kita dari maksiat yang lara. buat diri kita dekat dengan Allah.

dari satu kejadian yang buruk tu, kita boleh create macam-macam alasan yang baik atas perkara yang terjadi.
pucuk pangkalnya dari Illahi. sebab semua yang jadi atas keizinan Allah.

ok bye.

------------------

Naik Berat Badan. Turun Berat Badan.
Free Coach
contact me - 0145318906

03 April 2014

Weight Loss Challenge

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hye babe. Nampaknya makin aktif anis adila aris blogging :)
kenapa---pageviews beratus sehari. Maknanya someonessss reading my blog. huh *im happy girl*

Semenjak kerja ni, berat badan naik macam di pam-pam.
Sebelum ni dah gemuk, sekarang lagi gemuk.
Orang ada cakap "anis ni tak ada la gemuk sangat, berisi sikit aje".
Maybe ketiggian aku sangat la membantu aku tak nampak "bulat" sangat.
Cuba bayang tinggi aku 150cm dengan berat badan sekarang--im a kungfu panda.

Dulu. Ada dua masalah dalam diri aku.
Kulit muka dan berat badan.
Kulit muka dah sette dengan a-DHA Skincare
kalau tengok instagram aku, boleh nampak mostly gambar selfie aje bersepah.
Sebab kalau tangkap gambar satu badan-- terus gambar jadi tak cantik.

user and seller of adha skincare.
So, dah macam-macam cara aku cuba untuk turunkan berat badan.
Macam-macam produk aku makan.
Macam-macam losyen aku sapu.
Exercise pun sudah tapi bila badan sakit-sakit (biasa la kalau tak biasa exercise kan, badan mesti sakit-sakit sikit) pastu aku cakap "pity my body kena sakit-sakit" terus stop. Tambah pulak aku memang tak ada masa nak exercise sebab kerja.
Diet je aku tak cuba -- sebab im food lover. Craving tengok makanan. One of reason im a fat today -.-'

Jadi, aku ada beli ebook from kevin zahri "how to loss 5kg in 5 weeks".
kat ebook tu ada cerita everything about healthy dan tak ada cara lain untuk kurus kecuali diet yang sihat & exercise. Jadi papepun tetap kena diet (diet bukan bermaksud tak makan tapi makan healthy food)
Dalam ebook tu ada ajar la macam mana nak kira pembakaran kalori sehari diri kita, berapa kalori patut kita ambil dan banyak lagi la.

Apa aku dapat formula untuk kurus-- kalori kita ambil mesti kurang dari kalori yang kita bakar.

Contoh; Badan aku perlu 1800 kalori untuk provide energy. Jadi aku kena makan makanan tak lebih dari 1800 kalori. Kalau lebih contoh 2000 kalori, maknanya 200 kalori tersimpan dengan selamatnya dalam badan yang dinamakan sebagai lemak. Cuba imagine setiap hari kita terlebih ambik kalori, wow semakin bertambah lemak dalam badan kita ni.

fakta : 8000 kalori bersamaan 1 kg. Tambah 8000 kalori dalam badan, tambah 1kg berat badan.

Jadi? Acane nak kurus ni-- eat less calories. Kalau badan aku nak 1800 kalori je untuk buat aku bergerak.  Jadi aku tak boleh ambik lebih dari 1800 kalori. Kalau aku just ambik 1500 kalori, secara automatik dia akan ambik 300 lebihan kalori dalam badan aku, means dia akan bakar lemak kita. weeeeee

Tapi nak dapatkan makanan yang seimbang tapi less kalori. Gila payah.
Kena makan sayur-sayur, buah, lauk pauk yang tak ada minyak. Dah la aku ni jenis tak makan sayur.

Dengan tekad nak kurus sebelum raya. Aku jumpa satu produk nutrisi ni yang ada semua kelengkapan yang diperlukan dalam badan kita dengan kalori 180 sahaja iaitu Shake Formula 1 Herbalife. Secawan shake waktu pagi pun boleh buat aku kenyang sampai lunch.
Kalau dulu sarapan je bantai nasi goreng, nasi lemak-- yang kalori dia lebih kurang 600 kalori. Dengan herbalife aku boleh jimat lebih kurang 400 kalori.

herbalife bukan ubat untuk lost weight atau gain weight tapi pemakanan yang baik.
Special about herbalife -- aku bukan sahaja dapat barang herbalife tetapi servis secara percuma oleh coach yang akan guard aku untuk capai matlamat yang aku nak iaitu turun berat badan. Bonus selain turun berat badan, dapat juga badan yang sihat sebab makan makanan yang sihat. yay!

aku beli herbalife dari Iqa, so secara automatiknya dia adalah coach aku :)
Thank you herbalife and my coach, iqa yang buat aku dah start hidup aku dengan sihat. Bayangkan sebelum ni nak habis 1.6 liter air pun ambil masa dua hari tapi sekarang aku boleh minum dua botol (1.6 liter) dalam masa sehari. Pergi tandas-- tak payah cakap la berapa kali kan.

Fact : 25kg of our body need 1 litre water. Calculate yourself how much your body need water.

1600 ml of plain water + 1 1/2 small spoon tea mix
Belum sampai pukul 1 pm, dah tinggal sikit tu aje air yang aku minum

Tapi tak ada lagi gambar sebelum dan selepas. Sebab aku pun baru start.
Kita tengok nanti, jadi ke tidak weight loss challenge ni.
Anyone yang rasa nak start pemakanan yang sihat.
loss weight or gain weight.
Contact me- 0145318906.
Nak order adha skincare pun boleh :)