02 July 2013

Finishing School And I'm 22

Hei. suka kita nak update blog pagi-pagi buta ni kan.
Tadi tengok Monster University kat wayang lepas tu
 sambung tengok Monster Inc kat rumah pulak.
Keluar berempat, Anis. Eja. Zakiah. Midah. As usual.
Mungkin dating berempat yang terakhir. * sedih*

Hari ini baru habis paper final exam kedua. Construction Technology.
Jumaat lepas Construction Economic.
Ok taknak cakap. Benda careless paling bodoh pernah buat.
Tak baca penerangan dalam kertas exam elok-elok.
Dan, benda senang jadi bodoh. Maaf kasar.

23 June lepas, ye..ye.. hari jadi aku.
22 tahun. Alhamdullilah, hidup, bernyawa, bergembira, bersedih.
Cara nak tulis blog pun dah lain. Jenis malas nak cerita panjang.
Tua dah agaknya. Belajar jadi orang besar pulak.

Finishing school. Kurang 11 hari lagi.
Tamat segalanya. Dah tau kan, dah banyak kali sebut.
Tapi sedih. Tapi tak sabar. Tapi...

Kau. Pengomen pasal tanya mengandung ke tidak.
Please. Aku bukan doktor. Aku bakal QS kot.
Kalau kau tanya construction jetty. Aku tahu.
Kau mengandung ke tidak. Tak tahu.

Kau. Pembaca blog ni.
Maaf kasar bahasa. Maaf mengarut tak tentu hala.
Terima kasih sudi singgah, sudi tatap, sudi baca.


3 comments:

Umie Artoqiemie said...

sabarlah ye.. perkara dah lepas,,, yeay cuti panjang lepas ni.

Anak pak cik Azhar :) said...

akak dah nak hbs dah...sy bru je masuk...perjalanan masih jauh..huhu

LelakiS said...

hui muda yer dia.