17 June 2013

Kisah misteri

Seperti dijanjikan... kisah misteri Warisan Pahlawan Resort.

Dalam pukul 5 petang, kami satu bas sampai dekat tempat penginapan.
Klasik. Rumah lama, kayu terukir cantik.
Kejar-kejar cop bilik. Tapi tak cukup besar nak tampung kami budak perempuan. Tukar bilik dengan budak lelaki.

Masuk dalam rumah. Al Quran gantung kat dinding tepi pintu. Malap aje rumah. Dalam rumah ada empat bilik.
2 bilik kanan dan kiri dekat ruang tamu.
2 bilik lagi kat bawah sikit dari ruang tamu.
Tandas kat bawah. Kena turun tangga curam.
Dalam bantal ada buku yassin.

Tak kisah. Letak barang. Pergi keliling resort tangkap gambar. Dah dekat senja. Siap-siap untuk solat maghrib dan makan malam.
Senja tu. Sorang kawan aku duduk lepak dalam bilik dekat ruang tamu.
Zakiah ni ada 6th sense, boleh nampak apa yang kita tak nampak tapi dari tepi mata.
Tengah baring, rasa macam ada something tepi katil.
Pandang. Tak ada apa-apa.
Pandang depan balik. Ada lagi. Baju putih, rambut.
Sudah, keluar dari bilik. Nasib bukan bilik dia. Bilik kawan lain. Senyap.

Malam tu. Penghuni bilik itu. Berlima. Ayin, adzie, wan, fyan dan debbie. Ayin pakai baju tidur warna putih. Tido sebelah adzie.
Dalam pukul 5.30. Wan bangun first pergi mandi.
Adzie tengok pintu. Nampak perempuan baju putih keluar bilik, rambut sama paras dengan ayin. Dalam hati "ayin dah keluar nak pergi mandi kot". Pusing. Tengok sebelah. Damn, ayin tak bangun lagi. Siapa tadi?

Malam yang sama. Rumah budak perempuan sunyi sepi dalam pukul 2. Tapi budak lelaki cakap kami bising sampai pagi.

Bunyi dehem-dehem dari belakang. Tapi tak ada orang.

Dalam dunia bukan kita aja ada. Banyak makhluk lagi. Tak heran. Mungkin sebelah kau pun ada sekarang.

3 comments:

Nurhayati Mohd said...

Adoi seram dik...naik segala bulu akak baca citer ni malam2..huhu

Nurhayati Mohd said...

Adoi seram dik...naik segala bulu akak baca citer ni malam2..huhu

Azney Shamsuddin said...

kat terengganu kan :) tempat nie cantik sangat ..