09 June 2013

Class Trip to Terengganu



Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Yay, terbuka hati nak update blog setelah sekian lama. Ok! serius lama, last update bulan 3. Awal semester hari tu sibuk siapkan dissertation dan dah selamat submit bulan lepas. Lepas hantar dissertation tu rasa macam dah habis degree ni ha. Separuh beban dah lepas, tinggal exam aje.

Konon-konon untuk celebrate kepayahan 3 sem buat dissertation tu, class trip dibuat seminggu selepas hantar dissertation. Destinasi pilihan kali ni Terengganu, kena dengan tema tahun melawat Terengganu. Kitorang satu kelas pergi 4 hari, 3 malam. Mula-mula stay Kuala Berang sebab 1st site visit dekat Tasik Kenyir, kemudian stay dekat Kuala Terengganu 2 malam.

Meh baca cerita sambil tengok gambar.. :)

Hari Pertama #18 Mei 2013

Berkumpul kat bus stop fakulti pagi Sabtu. Kitorang satu kelas pergi
dengan sorang guru pengiring, eh lecturer pengiring, En Raden.

Berhenti dekat RNR Gambang. Lunch dulu sebelum terus gerak ke Kuala Berang
Ini la anak-anak dara kelas kitorang.

Dalam pukul 5, sampai kat Kuala Berang. Kitorang stay dekat Warisan Pahlawan Resort.
Ada kejadian misteri dekat resort ni tapi next entry ok :) * dah memalam tak berani aku nak taip cerita hantu*

Ini gambar sebelum kitorang kena tukar rumah dengan budak lelaki sebab rumah diorang cam besar sikit.
Happy girls 
lepas tu, kitoang kena duduk rumah ni. Ok kisah misteri tu kat sini la. *oh my dah seram sejuk ingat balik*
Lepas letak-letak beg, cop-cop bilik semua. Kitorang lepak kat kawasan resort ni,
 tangkap-tangkap gambar.





Lepas dah puas tangkap-tangkap gambar. Semua masuk rumah, mandi-mandi, solat dan siap-siap nak pergi makan malam. Family ketua rombongan ( Jabri) belanja makan! :D

ha, tu la abe jab kite. Dia orang Kuala Berang

Hari Kedua #19 Mei 2013

Pagi Ahad tu kitorang terus gerak ke Tasik Kenyir. Tapi tak pergi pun tasik tu, kitorang pergi site Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu. Tengok construction of dam dengan tunnel.


Kitorang kena naik van yang disediakan untuk pergi ke meeting room dengan melawat tapak projek.

Ni la lecturer pengiring, En Raden :)

makanan pun disediakan sebelum start taklimat. 

Ni la kawasan yang akan dijadikan empangan. Nanti dah siap, kawasan ni akan dipenuhi dengan air.





Lepas dah habis semua, kami bergerak ke Kuala Terengganu. Sebelum check in homestay, kitorang lepak dekat Pantai Pandak, Kuala Terengganu. Main-main air laut sambil tangkap gambar kenangan. Indahnya :)







Hari Ketiga #20 Mei 2013

Hari ini, kitorang pergi tengok breakwater dekat Pantai Batu Burok. 

punya la panas terik. Jauh pulak kena berjalan tu



ni la breakwaternya. Function: 



Dah sampai Terengganu, tak sah tak ke Pasar Payang. Jadi cuci-cuci mata *itulah yang mampunya, nak beli tak kain-kain sutera tak mampu* dan beli persiapan untuk bbq malam nanti :)








Ni dah start bergotong-royong nak buat bahan-bahan untuk bbq.








anak dara, eh anak teruna rajin basuh barang lepas makan-makan.
Untuk mengelakkan korang berteka teki "eh, diorang ni duduk satu rumah ke laki perempuan ?" jadi nak menjawab persoalan di minda korang. Kitorang sewa satu homestay tapi besar gila rumah, even satu rumah tapi ada gap laki perempuan. Cuma dapur dengan halaman depan rumah je yang boleh campur laki perempuan tapi tu pun ada limit masanya.

Hari Keempat # 21 Mei 2013

Hari terakhir class trip kitorang. :(

singgah tengok Masjid Kristal




sebelum balik, singgah beli keropok lekor losong. Sambil beli sambil makan. Btw baju hitam tu la abang drebar bas kami

memborong sakan masing-masing. 

Singgah makan dekat Dungun masa on the way balik Shah Alam

key chain sorang satu dapat. 
Sekian sahaja cerita class trip. Class trip terakhir kami. Ok sedih :'(