31 March 2013

Perhatian Lepasan SPM!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ikutkan bukak laptop nak buat assignment, terbuka blog pastu tertaip pulak new entry ni.. Ramai jugak yang singgah blog ni nak tahu apa itu "ukur bahan @ quantity surveyor". Bagus la adik-adik ye, research dulu sebelum mohon apa-apa. Tak adalah menyesal tak sudah dikemudian hari.

Cerita pasal nak mohon UPU ni, nak masuk u mana, kos apa. Penting la bagi adik-adik sekalian yang disayangi ni tahu minat adik-adik ke arah mana. Jangan nak apply ikut cakap mak, ayah, abang, kakak, kawan dan orang di sekeliling kita,

Know what, baru ni masa ice breaking dengan lecturer dalam kelas, mostly satu kelas tak nak jadi quantitiy surveyor *termasuk la den ni ha*. Ada yang kata nak ambik second degree kos lain, hate qs, and perkara-perkara lain yang negatif la. Tapi ape boleh buat, nak patah balik, dah terlambat. Kenapa jadi macam ni ye kawan-kawan?

Mostly in my class, ambik kos qs sebab dorongan dari parents, sibling, cousin dan ada pakai apply je masa UPU. So, mereka bukan berminat pun nak jadi qs ni tapi disebabkan dorongan pihak lain. Bila tak minat, semua benda jadi tak menarik, dan kualiti yang dihasilkan pun tak bagus. Bila dah kerja nanti, kerja sambil lewa, banyak merungut, tak boleh buat kerja lebih sikit. Sebab apa? Sebab TAK MINAT. Terpaksa kerja qs sebab ijazah bidang tu, no choice.

My lecturer said, bila kita minat dengan sesuatu benda, even kita kena bersusah payah, kena berkorban masa, berkorban duit, kita sanggup sebab kita dengan rela hati dan suka hati buat benda tu. Tak ada paksaan, tak ada sakit hati. Dan kualiti yang dihasilkan pun menarik.

Jadi adik-adik, daripada cerita yang panjang lebar, adik fikir-fikirkan la. What your interested? What you want to be in the future? Yang akan menghadapi kehidupan akan datang adalah diri kita sendiri, not our parents, or siblings or our friends. Pilih la kos yang berkaitan dengan minat adik-adik. Kalau kita buat atas dasar minat, In Sha Allah semuanya akan lebih mudah :)

qs : quatity surveyor


Bila dah jadi quantity surveyor
benda ini yang akan hadap
construction industy tak lekang dengan isu "bawah meja"
Hanya iman di dada benteng segalanya
harap aku bukan salah seorang yang terjebak

Jangan dah terhantuk baru nak tergadah 

8 comments:

Amanina said...

wah entry yg menarik..tq

Diya Yaya said...

hi! nice post to read.. i hope you can visit my blog..
http://nordianamatsalleh.blogspot.com/

Lavender said...

nice advise =))

boni kacak said...

terbaik..hehehe

intan nur afrina said...

Salam.. Saya apply senibina tp satupun x dpt. Menyimpang jauh dari pilihan terakhir iaitu diploma sains komputer. Sy sgt sedih. Dan tak tahu nak buat apa sekarang ni. Saya dpt utm. Ramai kata x blh tukar course. Betul ke? Sy buntu.

intan nur afrina said...

Salam.. Saya apply senibina tp satupun x dpt. Menyimpang jauh dari pilihan terakhir iaitu diploma sains komputer. Sy sgt sedih. Dan tak tahu nak buat apa sekarang ni. Saya dpt utm. Ramai kata x blh tukar course. Betul ke? Sy buntu.

Lavender said...

yupe, nak tukar course memang susah. banyak sangat prosedur nye.. so, my opinion is, u apply lagi utk kemasukan next semester. InsyaAllah dapat kalau result bagus & melayakkan u untuk ambik course senibina. Course senibina ni ade temuduga, adik dapat tak panggilan temuduga?

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

Hi.. Newbie here. I am following you :)

Happy blogging! Jom jadi kawan saya by old follower OR follower G+. Mana2 pun boleh.

http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com