31 March 2013

Perhatian Lepasan SPM!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ikutkan bukak laptop nak buat assignment, terbuka blog pastu tertaip pulak new entry ni.. Ramai jugak yang singgah blog ni nak tahu apa itu "ukur bahan @ quantity surveyor". Bagus la adik-adik ye, research dulu sebelum mohon apa-apa. Tak adalah menyesal tak sudah dikemudian hari.

Cerita pasal nak mohon UPU ni, nak masuk u mana, kos apa. Penting la bagi adik-adik sekalian yang disayangi ni tahu minat adik-adik ke arah mana. Jangan nak apply ikut cakap mak, ayah, abang, kakak, kawan dan orang di sekeliling kita,

Know what, baru ni masa ice breaking dengan lecturer dalam kelas, mostly satu kelas tak nak jadi quantitiy surveyor *termasuk la den ni ha*. Ada yang kata nak ambik second degree kos lain, hate qs, and perkara-perkara lain yang negatif la. Tapi ape boleh buat, nak patah balik, dah terlambat. Kenapa jadi macam ni ye kawan-kawan?

Mostly in my class, ambik kos qs sebab dorongan dari parents, sibling, cousin dan ada pakai apply je masa UPU. So, mereka bukan berminat pun nak jadi qs ni tapi disebabkan dorongan pihak lain. Bila tak minat, semua benda jadi tak menarik, dan kualiti yang dihasilkan pun tak bagus. Bila dah kerja nanti, kerja sambil lewa, banyak merungut, tak boleh buat kerja lebih sikit. Sebab apa? Sebab TAK MINAT. Terpaksa kerja qs sebab ijazah bidang tu, no choice.

My lecturer said, bila kita minat dengan sesuatu benda, even kita kena bersusah payah, kena berkorban masa, berkorban duit, kita sanggup sebab kita dengan rela hati dan suka hati buat benda tu. Tak ada paksaan, tak ada sakit hati. Dan kualiti yang dihasilkan pun menarik.

Jadi adik-adik, daripada cerita yang panjang lebar, adik fikir-fikirkan la. What your interested? What you want to be in the future? Yang akan menghadapi kehidupan akan datang adalah diri kita sendiri, not our parents, or siblings or our friends. Pilih la kos yang berkaitan dengan minat adik-adik. Kalau kita buat atas dasar minat, In Sha Allah semuanya akan lebih mudah :)

qs : quatity surveyor


Bila dah jadi quantity surveyor
benda ini yang akan hadap
construction industy tak lekang dengan isu "bawah meja"
Hanya iman di dada benteng segalanya
harap aku bukan salah seorang yang terjebak

Jangan dah terhantuk baru nak tergadah 

15 March 2013

Coretan Senior

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Akhirnya ada masa jugak nak menaip kat sini, lamanya tak menaip. Janji tinggal janji, cuti semester sebulan lebih macam tu je berlalu. Sekarang dah pun start sem akhir aku, semester 6. InsyaAllah kalau semua ok aje, bulan 7 ni tamatlah aku menjadi seorang pelajar. Finally after 16 years be a student.

Final Semester Bachelor of Quantity Surveying..

Buat masa ni ok lagi, kelas pun tak banyak. Rabu dengan Jumaat tak ada kelas TAPI dissertation sangat la membebankan. Ya Allah, permudahkan segalanya. Dissertation ni macam thesis la, buat research pasal something, 6 jam kredit! Tajuk aku "Readiness of contractor to faced Defect Liability Period", kena jumpa kontraktor, hantar questionnaire bagai. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Ameen

Macam mana rasa nak habis belajar?

Sekarang pun masih pening lagi fikir nak kerja apa lepas habis belajar, be a quantity surveyor not my top choice. Tak tahu kenapa, tak ada hati nak jadi qs. Tapi takpe, mana tahu minat tu dipupuk waktu sem-sem akhir ni. Kalau boleh nak jadi pelakon ! LOL *tetibe*

Yang penting habis belajar ni, nak kerja tolong mama. Tak kisah la kerja apa pun, janji ada duit sikit boleh ringankan beban mama dengan adik-adik. Kerja kedai makan pun jadi la. Nak bayar hutang PTPTN lagi. Nak kawin lagi..ops!

Jadi kawan-kawan yang disayangi, tolonglah doakan semoga aku dan kawan-kawan yang lain dapat habiskan semester akhir ni denga jayanya. :D

Last..boleh la follow instagram aku " MissAnisi".. kat situ hari-hari aku post gambar..hehe




Salam Sayang
xoxo