21 January 2013

Solat Anda Sah Atau Tidak?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari tu ada borak-borak dengan kawan, dia cakap "manusia sekarang sibuk nak kejar ilmu dunia, ilmu akhirat ni orang pandang sebelah mata aje". Jadi oleh kerana aku taknak kawan-kawan aku yang baca blog ni tumpu pada ilmu dunia aje, dari baca benda tak patut dalam blog aku ni, baik kongsi sedikit ilmu akhirat.

Tahukah kita, yang selama kita solat ni, sah ke tidak? Cara kita solat tu betul ke tidak? Jadi dengan perkongsian yang tak seberapa ni, kita baiki solat kita dengan lebih sempurna. Solat tu kan tiang agama. Kalau tiang pun dah tak betul, macam mana struktur lain nak dibina dengan kukuhnya. *selit consruction sikit*


Yang penting kita kena tahu rukun dalam solat. Rukun ni kalau tak buat, solat kita tak sah. Jadi, marilah kawan-kawan kita kenal rukun-rukun solat.


Rukun Qalbi ni adalah niat. Niat dengan lafaz niat berbeza ye kawan-kawan, niat ialah lintasan hati  semasa mengangkat tarbiratulihram. Jadi semasa angkat takbir "Allahuakbar", kita mesti niat dalam hati "sahaja aku solat fardhu asar, 4 rakaat tunai kerana Allah Taala" *contoh niat fardhu Asar*


Rukun Qauli adalah lafaz yang diucapkan oleh lidah, didengari oleh telinga sendiri dan dibacakan dengan betul (tajwid). Antaranya ialah takbiratulihram "Allahuakbar", membaca Al-Fatihah, membaca tahiyat akhir, membaca selawat ke atas Nabi SAW ketika tahiyat akhirat dan memberi salam pertama ke kanan.

5 perkara di atas ni wajib kita melafazkan di mulut dan didengari oleh diri sendiri. Tak perlu baca kuat macam imam baca, cukup la kita sendiri dengar apa yang kita lafazkan tu. Ingat tau 5 perkara ni kalau kita baca dalam hati atau gerak-gerak mulut je, TAK SAH SOLAT!


Rukun Fi'li pula adalah perbuatan yang wajib dilakukan ketika menunaikan solat. Antara perbuatannya ialah berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat akhir. Jika ada perbuatan -perbuatan ni tertinggal, jadi solat kita tidak sah.


Takmaninah bermaksud berhenti seketika. Takmaninah wajib dilakukan semasa rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika tiada takmaninah maka tidah sah la solat kita.

Maksudnya takmaninah ni, sebagai contoh kita nak rukuk, kita kena pastikan rukuk kita dah betul, baru start kita baca "subhanabarabbiyal azimi wabihamdih". Masa iktidal tu belum sempat lurus tulang belakang, kita dah nak sujud. Belum sempat nak sujud elok-elok, dah bangun antara duduk antara dua sujud. Solat laju macam naik bas ekpres. Buat apa laju-laju, lambat asal selamat.

InsyaAllah kalau kita faham betul-betul rukun solat, kita solat dengan betul, kita akan lebih kusyuk. Aku dah cuba, korang bila lagi? Untuk menimba lebih info tentang solat, baca kat sini.

"saya budak kecik pun solat, kalau kakak-kakak, abang-abang tak solat, buat malu je la"









6 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

nice sharing 4 today sis!saya pun sllu tegur ank yg lelaki tu,solat laju je.skrg dia dh byk bljr kt sekolah so dh tau utk takmaninah :)

MissNadia said...

info yang sangat berguna.. thanks

najihahfara said...

so comel..
thanks share syg

boni kacak said...

terima kasih ye awak sebab berkongsi :)

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Anonymous said...

aq x rase pape pon bace nih


tpi part last tuh mmg x leh bla

babi btul....kite tngok besar nati ko jadi per

kang sendat2 jugak