21 January 2013

Solat Anda Sah Atau Tidak?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari tu ada borak-borak dengan kawan, dia cakap "manusia sekarang sibuk nak kejar ilmu dunia, ilmu akhirat ni orang pandang sebelah mata aje". Jadi oleh kerana aku taknak kawan-kawan aku yang baca blog ni tumpu pada ilmu dunia aje, dari baca benda tak patut dalam blog aku ni, baik kongsi sedikit ilmu akhirat.

Tahukah kita, yang selama kita solat ni, sah ke tidak? Cara kita solat tu betul ke tidak? Jadi dengan perkongsian yang tak seberapa ni, kita baiki solat kita dengan lebih sempurna. Solat tu kan tiang agama. Kalau tiang pun dah tak betul, macam mana struktur lain nak dibina dengan kukuhnya. *selit consruction sikit*


Yang penting kita kena tahu rukun dalam solat. Rukun ni kalau tak buat, solat kita tak sah. Jadi, marilah kawan-kawan kita kenal rukun-rukun solat.


Rukun Qalbi ni adalah niat. Niat dengan lafaz niat berbeza ye kawan-kawan, niat ialah lintasan hati  semasa mengangkat tarbiratulihram. Jadi semasa angkat takbir "Allahuakbar", kita mesti niat dalam hati "sahaja aku solat fardhu asar, 4 rakaat tunai kerana Allah Taala" *contoh niat fardhu Asar*


Rukun Qauli adalah lafaz yang diucapkan oleh lidah, didengari oleh telinga sendiri dan dibacakan dengan betul (tajwid). Antaranya ialah takbiratulihram "Allahuakbar", membaca Al-Fatihah, membaca tahiyat akhir, membaca selawat ke atas Nabi SAW ketika tahiyat akhirat dan memberi salam pertama ke kanan.

5 perkara di atas ni wajib kita melafazkan di mulut dan didengari oleh diri sendiri. Tak perlu baca kuat macam imam baca, cukup la kita sendiri dengar apa yang kita lafazkan tu. Ingat tau 5 perkara ni kalau kita baca dalam hati atau gerak-gerak mulut je, TAK SAH SOLAT!


Rukun Fi'li pula adalah perbuatan yang wajib dilakukan ketika menunaikan solat. Antara perbuatannya ialah berdiri tegak, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat akhir. Jika ada perbuatan -perbuatan ni tertinggal, jadi solat kita tidak sah.


Takmaninah bermaksud berhenti seketika. Takmaninah wajib dilakukan semasa rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Jika tiada takmaninah maka tidah sah la solat kita.

Maksudnya takmaninah ni, sebagai contoh kita nak rukuk, kita kena pastikan rukuk kita dah betul, baru start kita baca "subhanabarabbiyal azimi wabihamdih". Masa iktidal tu belum sempat lurus tulang belakang, kita dah nak sujud. Belum sempat nak sujud elok-elok, dah bangun antara duduk antara dua sujud. Solat laju macam naik bas ekpres. Buat apa laju-laju, lambat asal selamat.

InsyaAllah kalau kita faham betul-betul rukun solat, kita solat dengan betul, kita akan lebih kusyuk. Aku dah cuba, korang bila lagi? Untuk menimba lebih info tentang solat, baca kat sini.

"saya budak kecik pun solat, kalau kakak-kakak, abang-abang tak solat, buat malu je la"









16 January 2013

Habaq Mai Hang Nak Apa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku dah jadi kaya dah sekarang ni, tadi baru je dapat email..

Congratulations!! Congratulations!!

      This is to inform you that your E-mail Address was selected on the 15th of January  2013 as one of the lucky winner in Uk Lotto Mega Jackpot...of 1,000,000.00 GBP(One Million Pound Sterling)and The Draw No:1593. Send your Names:Address:Country:Sex:Age & Tel.Contact.

Published by the US Federal Trade Commission (FTC)

Jadi dengan bermurah hatinya, aku nak bagi apa aje untuk 5 komen pertama post ni. Aku kan baru je dapat 1 million pound stering. hehehe

xoxo Anis ;)

11 January 2013

Budak Yang Malas

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ya Allah, kenapa la malas sangat ni, Ahad ni ada paper tapi tak sentuh pape lagi ni. Dengan mood tak menentu, tau nak moody je. Boyfriend pun tak membantu langsung. Jadi aku pun meluahkan perasaan di blog kesayangan, mana tau ada yang sudi bagi kata-kata semangat kan.

Tadi baca post-post masa 2011, rindu zaman-zaman ada idea menulis blog, macam-macam topik tulis bukan post yang meluahkan perasaan macam ni. InsyaAllah, nanti habis exam, cuba cari idea, bagi korang baca cerita-cerita yang menarik sikit, bukan post-post yang lemau macam ni

tengok tu, laptop atas note. Macam mana la nak study ni.
Pengaruh laptop lagi kuat :'(

xoxo Anis

09 January 2013

Exam ooo exam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hye kawan-kawan sekalian jumpa lagi di tahun 2013, salah satu azam tahun baru, nak update blog rajin-rajin, nanti dapat ramai kawan, senang nak cari kerja. Mentang-mentang dah nak habis belajar tahun ini, ambik kesempatan sangat.

Terima kasih tak terhingga kepada pembaca-pembaca blog ini walaupun tak berupdate, maaf tak sempat nak balas komen sebab sekarang tengah musim exam. Curi-curi online je, tak boleh lama-lama. Exam dah habis 2 paper, ada lagi 4 paper tunggu nak di"goreng". Yang comment kat post kite pun, sorry tau. Nanti cuti sem kita komen-komen kat blog awak pulak tau. XOXO


Tinggal 12 hari je lagi nak menamatkan sem 5. Harap dipermudahkan segalanya, dimudahkan ilmu senang masuk dalam otak even study last minute *adik-adik jangan ikut, ni amalan tak berguna* dan idea mencurah-curah keluar masa jawab exam. Doakan kite ye kawan-kawan. Tak lupa jugak kawan-kawan yang seperjuangan yang kite ni. Banyakkan usaha, doa dan akhir sekali tawakal.

Good luck kawan-kawan :)

03 January 2013

Kenangan 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dengan harapna nak update hari-hari waktu study week tapi harapan tinggal harapan. Balik rumah tak ada line internet, jadi tertangguh la lagi nak post kat blog tersayang ni. Dah masuk tahun baru, baru la nak update blog kan, jadi kira ni post pertama untuk tahun 2013. 

Jadi, jom kita tengok kenangan masa silam yang berlaku tahun 2012. Kira nak summary je cerita yang jadi pada tahun 2012. Patutnya post ni buat akhir tahun baru ni akibat tak ada masa la sangat kan, so tertunda la.Gambar tak teratur mengikut waktu kerana kurang ingatan.


First time join family day persatuan kat UiTM Shah Alam dan kitorang pungut banyak hadiah


Makan Seoul Garden buat kali pertama.


Makan Seoul Garden buat kali kedua


Jamuan kelas yang pertama, makan steambot kat Flaming Steambot. *betul tak aku eja steambot tu*


Had fun dengan budak kelas buat kali pertama kat Sunway Lagoon. Syok wooo..


First time pergi camp masa masuk universiti ni. 'Adventure Camp Raub"


Adventure Camp, macam-macam aktiviti kitorang buat.

First time pergi site visit selama masuk universiti ni. Site kat Johor Bahru. 



Cousin paling rapat dah kawin dan mom to be :)


Lepas stress kat Bukit Cerakah


unperfect Hari Raya- Atuk sakit kat hospital, then kena tidur hospital malam raya.