Follow Me @anisadilaaris

28 March 2012

Kos Ukur Bahan@ Quantity Surveyor

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sejak dua menjak ni nak update pasal info je, ye la nak tolong adik-adik yang tengah buntu nak mintak kos apa dalam UPU. Ramai adik-adik pm kat facebook tanya pasal Ukur Bahan. Alhamdullilah makin popular ukur bahan ni. Actually ramai dah tahu perkataan "ukur bahan" tu tapi masih curious apa itu "ukur bahan". Ada yang pm kat facebook, tanya susah tak belajar? Best tak ambil ukur bahan ni? Baguslah banyak bertanya tak sesat jalan, takut nanti tersalah ambil, masa depan yang kerugian. hehe

Dulu ada buat entry sekali post pasal "apa itu ukur bahan", hari nak cerita pulak apa yang budak ukur bahan belajar. Ye la, adik-adik ni mesti nak tahu apa benda nak belajar nanti, nak study siap-siap sebelum masuk u.Ok, macam perli tak?

Adik-adik ni mesti takut kalau ambil ukur bahan ni, ada belajar physic la, kimia la, math la, civil la. Jangan risau ye sayang, kita tak belajar perkara-perkara yang memecahkan otak. Just ada measurement, kira-kira tambah tolak darab bahagi je. Tengok drawing lepas tu kira. Kira dinding, atap, lantai, paip rumah, tingkap. Senang kan? 

kitab wajib budak ukur bahan
contoh drawing
yang ni drawing untuk piling
Pastu ada la sikit-sikit sketch gambar benda berkaitan dengan construction, jangan risau kalau korang tangan bangku pun *tak reti melukis* korang boleh buat. Tak adalah se"detail" lukisan budak architect. Nak tengok contoh sketch kena buat?


sketch buruk dari Anis Adila Aris

Korang jugak kena belajar teori pasal construction, law, economy, buiding services, project management dan banyal lagi yang berkaitan construction. Lepas dah ambil ukur bahan ni, bila tengok ada construction tepi jalan terus terlintas apa yang dah belajar. Automatik mulut pun cakap " kite dah belajar semua ni, tu beam, tu column, semua kat construction tu dah belajar dah". Nak tahu lebih lanjut, Nabila Faryzza ( satu geng di UiTM) pun ada cerita kat belog dia, meh klik sini.

Ni la Nabila Faryzza tengah buat measurement. Busy betul QS yang sorang nie.


27 March 2012

Matrik, IPTA/IPTS atau STPM?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ok, dah lama tak bagi ilmu bermanfaat kat korang semua. Entry ni khas untuk adik-adik lepasan SPM kita yang baru dapat result baru ni. Congrats kepada yang mendapat result cemerlang dan yang kurang cemerlang, nevermind sebab selagi hayat dikandung badan selagi tu peluang terbuka luas. Mesti pening nak masuk mana la lepas ni, STPM ke, IPTA/IPTS ke Matrik. Meh akak nak bagi nasihat berdasarkan pengalaman sebelum ni.

Situasi ni akan terjadi bila korang dapat banyak tawaran sambung belajar. Budak pandai kan, semua form yang korang isi dulu dapat, matrik dapat, IPTA dapat, STPM dapat, IPTS lagi la berlambak tawarannya *siap boleh pilih kos nak ambik apa lagi*. Korang akan start pening bila sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Parents suruh masuk Matrik, kawan-kawan ajak ambik Diploma, bf suruh terus STPM. Jadi entry ni akan bantu korang.

Actually keputusan ni kena bergantung kepada keupayaan korang. Korang kena fikir apa yang terbaik untuk diri korang, jangan nak ikut cakap orang lain, takut menyesal di kemudian hari. Keupayaan dan pemikiran kita tak sama dengan orang lain.

IPTA/IPTS : Ni scope ambil diploma, *asasi sekali dengan matrik*. Actually not bad kalau terus ambil diploma, memang lambat sikit daripada kawan-kawan kita yang ambil matrik dan asasi tapi bak kata orang "biar lambat  asal selamat". Korang akan terus belajar perkara yang berkaitan dengan bakal kerjaya korang. Terus fokus kepada apa yang korang nak jadi in future.Selalunya diploma ni akan ambil masa dalam 3 atau 4 tahun. So, pembelajaran agak releks, sempoi dan menyeronokkan. Lagipun sekarang ni, UiTM ada wujudkan program fast track/penerapan, kalau pointer dari sem 1 sampai sem 3 cemerlang, boleh terus lompat ke degree sem hadapan. 

Matrik @ Asasi : Ini adalah salah satu trek pantas untuk sambung degree. Matrik maybe dalam satu atau dua tahun. Lepas tu terus boleh sambung degree tapi kursus yang korang bakal ambik bergantung pada result matrik korang. Kalau pointer ok, korang boleh dapat kos yang korang suka, kalau rendah, terima je la apa yang kos diberi. Actually belajar di matrik agak hard, korang akan belajar dengan cepat. Kalau korang jenis boleh flow pembelajaran yang agak laju, jenis tak main-main masa belajar, matrik tempat terbaik untuk korang. Macam aku dulu, tolak tawaran matrik sebab aku taknak belajar fizik, kimia, add math semua tu. Aku nak enjoy :)

STPM : Kalau sayang nak tinggalkan alam persekolahan, ambil la STPM. Sama macam matrik tapi lambat sikit. Ambil masa dalam dua tahun. Orang cakap STPM ni pun susah jugak tapi kalau belajar elok-elok, mesti boleh buat kan. Konsep sama dengan matrik, good result boleh dapat kos yang kita mintak.

*Nota Penting : Masa apply UPU ni, please apply kos yang bersesuaian dengan result korang. Kalau result tak seberapa, jangan demand kos yang hard sangat. Kalau korang buat jugak, tu yang menyebabkan korang tidak mendapat tawaran IPTA. Sebagai contoh, result SPM 2A, nak mintak medic, memang tak dapat la dik oi. So, apply la bidang yang bersesuaian dengan result korang. Sebab tu penting kena tahu syarat kemasukan sesuatu program sebelum apply. Syarat kemasukan boleh cek disini :)*




24 March 2012

Hari Cuti

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari Jumaat


Hari Sabtu



18 March 2012

7 Petala Cinta

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdullilah selamat sampai di Shah Alam dari Temerloh. Akibat hidup tak setia pada yang satu, ambik kau line broadband YES 4G tak boleh pakai kat rumah sebab line tak ada. Jadi terputus sekejap dengan hubungan luar *macam pendalaman sangat kampung aku tu*, nasib baik dah ada wayang kat Temerloh, boleh ubat hati pergi tengok cerita 7 Petala Cinta.

Masa tengok sebalik tabir 7 Petala Cinta ni dah macam teruja bila tengok heroin cerita ni, Shima Anuar berpurdah, ingatkan betul-betul la kan. Lepas tu tadi search kat facebook, terjumpa la Oficial Fanpage Shima Anuar. Rupanya indah khabar dari rupa, rupa comel tapi macam tertipu kejap ingatkan betul-betul berpurdah, tak berpurdah, bertudung pun jadi la. Tapi takpe, harap dibukakan hati menutup aurat sepenuhnya. :) 


Suka tengok pelakon cerita islamik Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi. Baru betul-betul real. Baru boleh dijadikan contoh teladan.




10 March 2012

Sunway Lagoon, Keseronokan Tanpa Batasan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tajuk entry macam nak promote Sunway Lagoon, tapi tak sebenarnya. Ini nak cerita keseronokan kami *satu kelas* pergi Sunway Lagoon di awal sem. Biasalah, masa awal sem ni la nak bersuka ria sebab kelas pun mostly tak start belajar lagi, assignment pun tak ada. Otak tengah kosong tanpa beban, tanpa amanah boleh la berseronok tanpa batasan. 

Hari Rabu yang lepas, habis je kelas Building Services pagi tu, kitorang terus pergi ke Sunway Lagoon. Semua ni dirancang sehari sebelum hari kejadian, kalau rancang lama-lama selalu tak menjadi, so kena rush baru menjadi plan. Kitorang ambil yang 3 parks, bayar RM 60. Jom tengok gambar...

semua excited nak masuk Sunway Lagoon


yang pegang duit tu, treasurer kelas kitorang

cikgu nak beli tiket masuk untuk anak-anak murid

ok, ni la yang kami dapat untuk masuk ke Sunway Lagoon.
Addition RM 10, nanti dapat balik duit bila pulangkan "jam" ni

Gambar selepas ni semua lepas bersuka ria di Sunway Lagoon. Dah siap mandi, dah siap ketakutan naik roller coaster, macam-macam kami buat. Camera tak ade waktu tu, so tak ada siapa tangkap gambar. Nak harapkan photographer Sunway Lagoon tu, satu gambar RM35, memang tak makan seminggu la gamaknya.

classmates sejak sem 2 lagi :)

AP 224 4B
tak sempat nak masuk WildLife sebab hujan




<3





08 March 2012

Long distance realationship

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni nak share tips cinta, topik pasal "long distance realtionship" dalam bahasa ibunda tercinta "perhubungan jarak jauh". Seorang di utara dan seorang di selatan, lepas tu bercinta. Boleh bertahan ke? Bukan ke kalau bercinta ni kena selalu jumpa? 

Actually semua ni bergantung kepada diri masing-masing, to trust each other. Distance bukan satu halangan untuk satu relationship. Sekarang bukan zaman dulu, kena berutus surat bagai. Even jauh macam dekat, boleh call, facebook, skype, ym dan banyak lagi platform nak berhubung. 

Macam mama dan abah aku, abah aku selalu kerja jauh sebelum dia sakit. Kena travel India, Arab, Indonesia   bertahun lamanya, tapi setiap hari abah akan call mama. Even jauh, tapi still boleh contact family, boleh tanya khabar, boleh lepas rindu * yang ni yang penting* Dah nampak distance bukan satu halangan untuk perhubungan.

Lain contoh Anis Adila dengan Nurudin Nazrin, even rumah kitorang dekat tapi kitorang jauh. Start dari mula-mula couple, dah start hidup berjauhan.


2009 : Lepas SPM, aku kena masuk PLKN kat Kemaman. First time jauh. Habis PLKN, masing-masing dah start belajar, aku di UiTM Sri Iskandar dan Nurudin kat Matrik Gambang, Pahang.

2010 : Aku still di Perak, Nurudin habis matrik, dia kerja kat Genting Highland kejap.

2011- 2012: Aku sambung degree kat UiTM Shah Alam, Nurudin sambung belajar kat UiTM Penang.

Jumpa kalau masing-masing balik Temerloh, tu pun ada la dalam 3 bulan sekali. Tapi yang best bila dah lama tak jumpa, banyak benda boleh cerita, kutuk-kutuk, boleh tengok perubahan diri masing-masing, jalan-jalan sambil mulut tak berhenti bercakap. 

Macam mana kitorang lalui 3 tahun dengan long distance relationship? Keep in touch everyday, ambik tahu pasal diri masing-masing, kenal kawan-kawan dia, understanding dan paling penting trust each other. Kalau kita percaya kat diri dia, kita tak akan bersangka buruk. Sebenarnya bersangka buruk tu yang buat sesuatu realtionship tu musnah. Berdasarkan pengalaman aku, kita akan bersangka buruk kat couple kita kalau kita sendiri curang.

waktu sambut birthday Nurudin Nazrin
sorang kat Penang, sorang kat Seremban





06 March 2012

New Spirit for New Semester

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah, akhirnya habis jugak praktikal di Puncaban Sdn Bhd, thanks to all staff and supervisor yang super awesome. Get a lot of knowledge and experience, dah nampak sikit-sikit masa depan aku. Habis je praktikal Jumaat lepas, semalam dah kena start kelas for new semester. 




Bila awal sem ni selalu tekad azam menggunung, nak buat yang terbaik untuk sem kali ni. InsyaAllah, kalau perangai berubah ke arah yang baik, hasil yang dapat pun mesti terbaik. Awal sem dah diduga dengan tak dapat kolej tapi setelah merayu, dapat jugak akhirnya. Kolej Mawar, we meet again. Effort lebih nak dapat kolej Mawar ni, so kena nikmati kolej sepenuhnya ni. hehe



New timetable for new semesterm. OMG dah sem 4 dah kau Anis! Tak pernah merasa lagi jejak sem 4 ni, dulu masa diploma pun tak sempat nak jejak sem 4 dah lompat maksuk degree. Jadi subjek pun yang baru-baru, tak pernah belajar, kena fokus lebih-lebih, tak boleh main-main. Nak dapat pointer 4.00! *cepat Amin*

Ada senarai sikit azam baru untuk semester baru. Ingat tahun baru je ke ada azam, semester baru pun kena ada azam. Saja tulis kat belog, nanti kalau tengah tengok baca blog sendiri, terbaca entry ni, terus insaf.