Hari ni nak cerita pasal lelaki idaman, harap-harap entry ni boleh bagi hint kat lelaki diluar sana "bagaimana nak jadi lelaki idaman wanita". Aku cakap berdasarkan pengalaman, aku rasa semua ciri-ciri yang bakal aku sebut ni ada ciri lelaki idaman semua perempuan, kalau tak semua mesti ada lekat satu dua. So, man watch out!
![]() |
| ehem..ehem..Lelaki Idaman |
Lelaki Soleh
Lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah pasti boleh menjaga hubungan dia sesama manusia. Tak perlu bergelar ustaz, cukuplah menunaikan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Lelaki seperti ini pasti boleh melindungi dan membimbing keluarga ke syurgawi.
Aku pernah ada kawan cakap macam ni "pakai tudung tu tutup dada, kalau tak pok pala". Maybe ada tak suka orang tegur macam ni tapi ayat tu betul-betul wat aku tersentuh. Untung siapa jadi bini dia.
Good Behavior
Lelaki baik boleh menjamin kebahagiaan hidup. Lelaki yang tahu menghormati keluarga, menjaga adab sopan even seorang lelaki, yang tahu melayan perempuan dengan baik. Kalau dia seorang yang hormatkan ibu bapa, pasti dengan ibu bapa kita pun dianggap macam parents sendiri. Pasti sedap mata memandang kalau lelaki seorang yang sangat sopan santun. Sopan santun tak bermaksud "lembut". Lelaki yang pandai menjaga hati dan perasaan perempuan, tidak mengherdik, memukul, menyentuh sesuka hati.
Lelaki Berduit
Berduit bukan bermakna kaya raya tetapi berkemampuan. Mampu untuk tanggung diri sendiri pun dah ok. Tak adalah nak menyusahkan perempuan. Nama aje lelaki tapi semua benda nak mintak dari perempuan. Kalau saling give and take tak apa jugak tapi kalau asyik take je, apa kejadahnya. Topup pun nak suruh awek topupkan, tak payah ada awek la der.
Lelaki Berilmu
Selalunya perempuan akan cari lelaki bijak sebagai pasangan. Kalau korang memang yang bijak pandai, itu bonus. Kalau tak, korang cuba la tambahkan ilmu pengetahuan, isu semasa pun ok. Mana tahu boleh buat modal borak ke, baru boleh tunjuk yang korang tu luas pengetahuan. Lelaki pandai even tak handsome pun tapi nampak smart.
Good Looking
Good looking tak semestinya kacak bergaya, stylo mylo. Cukup sedap mata memandang. Memang orang cakap cinta tak mengenal rupa tapi perempuan ni still nak cari yang berupa gak.Kalau muka korang tak sekacak mana, cuba pakai sekemas mungkin pasti lagi ok. Tapi benda ni tak berapa penting sebab tu letak last sekali. Muka kacak macam Zac Efron tapi perangai macam hampeh, tak ada gunanya kan. Peribadi dilihat dari dalaman bukan luaran.
sumber gambar : google
Lelaki Idaman










































