07 September 2012

Saya dan Facebook

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama nak cerita pasal facebook ni tapi selalu aje ada rintangan, selalu aje otak kata "tak payah la kau tulis benda ngarot ni, tak ada siapa nak baca pun" tapi tiba-tiba hati kata "ikut kau la nak taip apa, ni blog kau". Ok habis dah monolog, boleh taip laju apa yang tengah sarat dalam kepala otak ni. 

Sekarang boleh ada peribahasa baru, manusia dengan facebook tak dapat dipisahkan untuk siapa yang ada facebook la kan, tak aci la nak kait juga tokwan yang duduk kampung tu, sah-sah diorang takde facebook, mak aku pun tak ada fb. Macam aku, kalau online je perkara wajib buka fb kalau tak buka boleh kira serba tak kena. Even tak godek pun fb tu janji sign in. Kena la kan dengan peribahasa yang aku cipta kan..kan..

Aku ni bukan la jenis ramah sangat dalam fb tu, kira kalau coment dalam wall post tu satu dua terus bla. Kiranya aku ni tak pandai sangat la nak beramah mesra dengan orang dalam fb. Ada orang ayat bukan main best coment-coment dalam fb macam tengah borak depan-depan. Bagi aku fb ni lebih pada medium aku nak stalk orang aje * kantoi kaki stalker*. Aku boleh tak tido duduk depan laptop stalk page orang. Tengok gambar, baca status,  baca apa orang letak link kat fb dan lain-lain. Nasib aku tak main game je dalam fb tu, kalau tak mmg aku tak buat kerja la.

Friend request pulak ada la 2,3 ketul tapi aku ni jenis tak rajin nak check friend request. Untuk terima atau tak tu bergantung pada mood aku, kadang-kadang aku accept je semua, kadang-kadang pilih mana yang berkenan di hati dan kadang-kadang pandang pun tidak. Kita ni mesti jadi orang yang berhati-hati bila pilih kawan *kawan fb je kot* #sight.

Tapi banyak-banyak benda kat fb, benda yang paling annoying kat fb bila kita tak balas pm orang pastu dia pm lagi "eh, sombong betul la awak ni, macam la comel sangat". Dengan bf aku pun puas bergaduh nak ajak aku chat kat fb, kau orang yang aku tak kenal nak cakap macam tu bila aku tak layan. Aku dah approve jadi kawan dah cukup baik tapi confirm la lepas tu aku terus remove. Padan muka!

Tapi blog Anis Adila Aris ni ada page. Kalau nak ajak borak ke, fb Anis Adila tu sombong taknak layan tapi InsyaAllah page Blog Anis Adila Aris ni layan orang. Kalau ada tak puas hati ke, nak tanya pape ke, tanya je kat page nie. :)




4 comments:

boni kacak said...

saya dah like rupanya page awak tu. dah jadi penghuni rupanya.haha

najihahfara said...

dulu aku buat fanpage tapi aku delete. haha
beb, aktif la twitter.

encik cool said...

FB dah bosan sekrang main TWEET!!

♥ Cik Zack ♥ said...

hehehe ade2 jer anis ni. mne de anis smbong. ok jer ngn kak z kan :))