07 September 2012

Fenomena Oppa Gangnam Style

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tiba-tiba rasa diri ni munafik giler, konon nak selalu update entry tapi 2 minggu sekali baru la update. Tapi boleh dimaafkan kot sebab lately busy sikit dengan report praktikal, ECA, dan remeasure drawing yang tak sudah. Viva pun dah siap dengan lecturer dan hari ni hari last praktikal dan hari last menikmati unifi free superlaju. 



Cakap pasal tajuk entry, mesti semua orang tahu pasal lagu "Oppa Gangnam Style" ni, hits kot sampai 114 juta viewers. Aku rasa lagu ni meletop-letop seluruh dunia. Orang tak minat kpop pun boleh suka dengan lagu ni. Rentak lagu best dengan tarian yang senang orang nak ikut. Kira semua orang boleh tiru tarian lagu OPG ni. Sebab tu la berlambak parody lagu Oppa Gangnam Style ni kat Youtube.

Lagu Oppa Gangnam Style ni menceritakan kehidupan penduduk daerah Gangnam yang dikira mewah dari daerah lain. Kehidupan mewah tu mempengaruhi penduduk yang kurang mewah menyebabkan diorang sanggup mementingkan keperluan tambahan dari keperluan asas seperti sanggup makan magee untuk minum di kedai kopi yang mahal. Contoh kalau kat negara kita ni, sanggup makan roti gardenia aje untuk makan Tutti Fruti. 

Jom layan parody lagu Oppa Gangnam Style yang Malaysian buat. Jom joget-joget!

2 comments:

najihahfara said...

rasa annoying pon ada kadang2

boni kacak said...

hehehe.. takpe. walaupun jarang2 update, tetap ada pembaca setia yang akan baca setiap update kat sini.hehehe

gangnam style ni dah jadi fenomena macam mana fenomena justin bieber dengan lady gaga tu.ahaha.