21 September 2012

Dashboard Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Rasa rare gila pakai dashboard blogspot yang baru ni, tiba-tiba rasa macam blogger yang baru nak start blogging. Tolong la, ada cara tak nak tukar blogspot baru ni ke lama? Ni yang buat mood nak blogging merundum jatuh ni *alasan*, padahal memang dah lama malas nak menaip kat blog ni. 

Sorry la lama beno tak update blog, seminggu sekali baru berpeluang. Lepas ni rajin sikit kot sebab dah ada wifi kat rumah, itu pun kalau aku rajin. Serius malas gile nak perah otak cari idea nak post kat blog ni, banyak benda lagi nak fikir. Kalau setakat tulis random macam ni boleh la, kalau penulisan yang berat-berat tu payah la sikit. Baik aku perah otak untuk buat dissertation aku. Tapi InsyaAllah kalau ada kelapangan masa, ada ilmu yang best nak kongsi dengan korang, aku kongsikan jugak ye.

Lepas tu nak mintak maaf kawan-kawan blog yang rajin datang singgah baca dan komen, tak ada masa sangat nak blogwalking kat blog korang. Pergi yang nampak dimata aje, tu pun baca curi-curi. Nanti ada masa free yang banyak sangat, aku blowalking blog korang ye. Tak mau marah-marah, merajuk taknak baca blog kita ye..hehe


5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

tak apa, update yang ringan ringan pon tak apa.

hehhehe.
saje nak suruh anis blog.
dah lama dok diam je.

cik nana said...

agak stress dashboard baru ni. tapi lama2 ok kot. hihi

najihahfara said...

aku pon kekok..
hahahaha
weh cepat2 update entry baru tau

ehana said...

taw tape..dh la mlas je nk explore..:P

fandyz said...

okay la tuh.. cantek gambar laptop tu..hehe
Bukan ke boleh tukar ke dashboard lama..takleh ke?