01 August 2012

Merokok Tidak Macho Ok

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Balik rumah baru ni, ada mama cerita pasal rokok. Mama selalu dengar Radio Ikim sambil menjahit,so banyak benda la info mama dapat dari Ikim ni. Pastu baru ni ada la mama cakap pasal rokok sebab dia suruh pesankan kat Nurudin *nurudin merokok*, alang-alang aku pesankan kat korang sekali. Kalau korang tak merokok sampaikan kat kawan, saudara mara yang merokok ye. Ini untuk kepentingan kita bersama jugak.


Semua tahu merokok tu membahayakan kesihatan tapi semua kan degil taknak dengar. Best sangat agaknya isap 4000 bahan kimia yang ada dalam rokok tu, antaranya nikotin (tar), monia (awetkan mayat), arsenik (racun tikus) dan carbon monokside (asap lori). Baru-baru ini ada kajian dilakukan dan mengatakan terdapat kandungan arak dalam rokok. Sebab tu kalau rokok tu dihidupkan api, kalau tak ditenyeh dia tak padam, rokok akan terus membara sampai ke putong rokok.



Fatwa kebangsaan mengatakan merokok tu haram sebab membahayakan kesihatan tapi semua buat tak tahu. Tak makan babi ikut pulak, bila bab merokok ni taknak ikut. Merokok tu diharamkan kerana membahayakan kesihatan. Dalam Al-Quran sendiri ada sebut yang kita tak boleh membahayakan tubuh badan kita. Merokok ni sama je prinsip kau bunuh diri terjun bangunan, terjun bangunan terus mati tapi merokok ni ambik masa sikit nak mati.



Penyakit tak usah cerita la, memang tak dinafikan ajal di tangan Tuhan tapi kalau kau sendiri yang cari ajal macam mana tu? Asap rokok yang melalui dalam organ dalam tu yang menyebabkan barah kerana unknown cell yang tercipta dari asap rokok ni tak tahu nak menapak kat mana dalam badan kita, so cell tu akan singgah kat mana-mana dan menyebabkan barah.

Kalau la korang jenis tak sayangkan badan korang nikmat Allah bagi tu, tolong la kesian kat orang lain. Korang tau tak penghidu asap rokok akan dapat "manfaat" yang sama dengan perokok. Sseorang isteri yang bersuamikan perokok pada mulanya tak boleh tahan dengan asap rokok tapi akan terbiasa dengan asap rokok sebab kandungan dalam asap tu buat penghidu jadi biasa. Dari kau isap rokok depan awek kau, baik kau bagi je rokok tu suruh dia isap.

Jadi yang merokok tu sudah-sudah la buat benda lagha, duit beli rokok tu simpan buat kahwin ada jugak maknanya. Atuk aku yang merokok dah berpuluh-puluh tahun * 60 tahun merokok* boleh berhenti merokok, tak kan korang yang baru berapa tahun tak boleh berhenti. Semua ni atas niat aje nak berhenti ke tidak. Sekarang ni pun dah ada satu produk yang boleh berhentikan merokok iaitu I-Quit, cuba tengok kat facebook. Lagi-lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, mana tau boleh buat korang berhenti.

7 comments:

nur anis said...

orang yang dah merokok ni, payah betul nak suruh berhenti kan..

Phat said...

berjaya benti ;-)

cik najihah said...

pyh nk benti kalau dah addicted sgt..

♥ Cik Zack ♥ said...

bley jer brhnti.antara nak dgn tknak jer :)

Ummu Aiman said...

my boyfriend pun merokok jugak. tp sy kata klau merokok lagi mkna nya tk syg sy, hihi. dy stop sbb sy kata, kita msti nk hidup sama2 smpai ke tua. klau dy smoke sy mati dulu kan? acane tuuu. hehe.

* FAR * said...

memang susah nk berhenti kalau dah ketagih..

Ayu said...

Nie ada cadangan. Cuba produk I-QUIT solusi berhenti rokok. Mana le tau berkesan. Insya Allah boleh cuba.