22 August 2012

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pejam celik, hari ni dah masuk raya keempat, konon-konon nak buat entry khas Hari Raya tapi lambat sangat. Kuih raya dalam balang pun dah habis. Raya kali ni sedih sikit, tak dapat sambut dengan sepuas hati. Malam raya, atuk aku kena masuk hospital sebab jangkitn kuman kat paru-paru dan malam raya jugak la aku dah bermalam di hospital. Orang sibuk bersiap untuk pagi raya, dengar takbir raya tapi aku terlentok di kerusi tepi katil hospital. Tapi tak apa pasti ada hikmah kan!


Hari ni dah masuk hari ke empat atuk aku kat hospital, sekarang bergilir dengan mama aku jaga atuk kat hospital. Aku jaga malam, mama jaga siang. Kawan ajak beraya pun tak dapat nak ikut. Baju raya pun dapat pakai sepasang je masa raya pertama, baju raya lain ada tergantung kat almari. Tak pe boleh pakai raya haji nanti.Tapi ada la sikit gambar raya dengan cousins. Yang itu lain entry sebab tak ada mood bergembira lagi ni. Last, please doakan untuk atuk kita tau :)

6 comments:

Athirah Hasan said...

semoga atok anis cepat sembuh! amin.. :)

Athirah Hasan said...

semoga atok anis cepat sembuh! amin.. :)

boni kacak said...

ada hikmahnya setiap yang berlaku tu awak... saya doakan agar atuk awak kembali sihat dan dapat jalani kehidupan seperti biasa..amin...

apa2pun, saya ucapkan selamat hari raya aidilfiri ye.. maaf zahir dan batin :)

Nur Hayati @ nur.. said...

kesian atuk..semoga dia kembali sembuh

najihahfara said...

ayah ko camne anis?

Elih Japahar said...

Semoga atuk cepat sembuh ye..banyak doa dan bsabar