27 August 2012

Eid Mubarak 2012

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdullilah, ada kesempatan nak update blog. Seminggu dah raya, baru nak update cerita raya dengan gambar-gambar raya. Tak banyak manapun gambar raya sebab sebab raya tahun ni tak best, Alhamdullilah semalam dah keluar hospital. Setiap malam bermalam kat hospital, dah boleh jadi nurse dah aku ni. Tengok gambar je la ye kawan-kawan, korang bukan nak baca sangat kan...kan..kan..

cucu-cucu Yusuf dan Zabedah
Actually keluarga belah mama aku tak ada la besar, mama ada tiga orang adik beradik je. So, yang ni aje la cucu-cucu atuk dan wan aku. Cucu sulung yang pakai baju lain dari orang tu *aku la tu* pastu yang lain sekolah lagi.  

my siblings
ada dua orang je cucu lelaki dalam family ni
selebihnya perempuan 

kawan-kawan sejak zaman "budak-budak baru nak up" lagi
jalan-jalan raya ke 4
beraya rumah kawan-kawan 


22 August 2012

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pejam celik, hari ni dah masuk raya keempat, konon-konon nak buat entry khas Hari Raya tapi lambat sangat. Kuih raya dalam balang pun dah habis. Raya kali ni sedih sikit, tak dapat sambut dengan sepuas hati. Malam raya, atuk aku kena masuk hospital sebab jangkitn kuman kat paru-paru dan malam raya jugak la aku dah bermalam di hospital. Orang sibuk bersiap untuk pagi raya, dengar takbir raya tapi aku terlentok di kerusi tepi katil hospital. Tapi tak apa pasti ada hikmah kan!


Hari ni dah masuk hari ke empat atuk aku kat hospital, sekarang bergilir dengan mama aku jaga atuk kat hospital. Aku jaga malam, mama jaga siang. Kawan ajak beraya pun tak dapat nak ikut. Baju raya pun dapat pakai sepasang je masa raya pertama, baju raya lain ada tergantung kat almari. Tak pe boleh pakai raya haji nanti.Tapi ada la sikit gambar raya dengan cousins. Yang itu lain entry sebab tak ada mood bergembira lagi ni. Last, please doakan untuk atuk kita tau :)

14 August 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bismillah, terfikir-fikir nak join ke tidak contest ni, ayat aku ni bukan kebabom mana tapi belum cuba belum tahu, ye dak? Contest dari Annas Easkey, kira retis jugak ni sebab ramai orang kenal termasuk la retis di Malaysia. Great photographer with awesome talent nak bagi duit raya dengan syarat! Nak tahu syarat, dipersilakan ke blog Annas Easkey. 


  • Saya suka Annas Easkey kerana AE * singkatan Annas Easkey* menunjukkan dengan talent yang ada kita boleh develop diri kita be somebody. As we know AE bukanlah seorang siswa jurusan fotografi di mana-mana IPT tetapi fotografi adalah bakat semulajadi yang ada dalam diri AE, bak kata AE " photography is in my DNA". Karya yang dihasilkan, sama ada gambar atau sentuhan makeup awesome giler. He is like magician yang boleh ubah someone yang biasa-biasa jadi luar biasa. First time tengok karya AE dah jatuh hati dan terus lekat kat kepala.  Tak heranlah ramai artis point AE as a their photographer. Artis jumpa dia pun teruja tau apatah lagi kalau insan biasa macam aku ni, berpuluh kali teruja.

  • Baju Raya saya berwarna hitam,mustard dan kuning. Tekad satu family decida pakai jubah aje raya pertama. Simple dan senang nak dapat. Mustard untuk baju kurung, beli kain dan my mum jahitkan. Kuning untuk blause labuh, entah pakai ke tidak tu..hehe

  • Kata-kata semangat buat Annas Easkey. You had a great talent, just keep going what you do today and be more succes. Maybe one day AE akan jadi photographer terkenal seluruh dunia, InsyaAllah. Hiraukan orang-orang yang ingin menjatuhkan AE sebab ramai lagi yang support AE. Lastly, always remember Allah in anything u do, InsyaAllah kejayaan dunia akhirat di dalam tangan. Btw congrates for 90000++ likes in FB Fanpage. *kan kita cakap ramai yg support AE*

Persiapan Aidilfitri

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pejam celik, pejam celik dah nak raya dah kita. Puasa pun tinggal berapa hari je lagi. Sedih nak tinggalkan Ramadhan tapi tak sabar jugak nak sambut Syawal ni. Masing-masing mesti dah shopping raya, beli kasut baru, beli baju baru, beli beg baru, semua baru  la yang penting. Boleh kira nanti raya pertama semua yang pakai tu bau kedai lagi.

Tahun ni bersederhana aje, beli jubah sepasang dengan kain nak buat baju kurung. Tudung pulak pashmina satu, bawal plain satu. Raya ke 3,4,5 dan seterusnya pakai aje la baju lama. Kasut pulak serba salah nak beli ke tidak sebab baru je beli kasut tapi ikutkan nak pakai pergi kelas aje, kasut yang sedia ada pun sampai tak terpakai. Raya nanti baru aku tunjuk gambar, baru la suprise :)

Kuih muih beli aje, tak ada maknanya nak buat. Mak aku sibuk nak siapkan baju raya orang sampai baju raya sendiri pun tak buat, jadi tak ada maknanya la nak buat kuih. Juadah hari raya tak decide lagi, pape pun nanti raya aku post entry khas Hari Raya.

Jadi di Ramadhan yang terakhir ni, fokus beribadat. Tambahkan amalan sebab kita tak tahu tahun depan bertemu lagi ke tidak dengan Ramadhan. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk menambah pahala bawa ke syurga. Sekian, disertakan gambar bersama jerawat raya. *macam surat aje*

di dagu tu ala-ala tahi lalat, manis aje nampak..coii


07 August 2012

What QS do?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku rasa staff ni baca la blog aku, lepas je update post bosan terus dapat kerja berlambak sampai kena datang hari Sabtu buat kerja. Tapi takpe dapat pengetahuan, rupanya cara measure drawing masa zaman belajar dengan kerja sangat lain. Masa belajar sangat la detail kena kira, benda yang kecik-kecik pun kena add dan less tapi bila dah kerja ni actually simple sangat, kalau floor just ambik je m2 dari drawing tapi simple-simple pun pinar jugak la mata aku ni tatap drawing. Biasalah waktu belajar kena la susah sikit, bak kata pepatah " bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian".


benda penting
drawing
scale ruler
colours


03 August 2012

Result Exam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari Jumaat yang penuh barakah ni hari yang ditunggu-tunggu oleh semua siswa siswi UiTM. Mana tidaknya hari ni la penentu atas usaha satu sem, tertunggang tonggek buat assignment, jawab test, sampai nak pengsan jawab exam yang gap menyeksakan.Bayangkan kitorang habiskan 6 paper dalam masa 7 hari dengan study week yang 3 hari aje, memang stress gila baban la. Sampai rasa nak collapse kot masa jawab exam Measurement. 

Alhamdullilah hari ni dah terjawab segalanya, buat pelajar yang biasa-biasa macam aku ni, yang otak kurang geliga ni, semua lulus sudah mencukupi. Tak dekan pun tak apa, janji tak ada yang repeat. Di sini ada sertakan keputusan exam bersama markah sekali, kalau nak tahu pointer aku kira sendiri. Usaha la sikit..hehe


Sampai termimpi-mimpi kot pasal result, bangun sahur tadi terus laju-laju check email. Alhamdullilah syukur, ada peningkatan dari sem lepas. Jadi boleh la senang hati nak masuk sem 5, cuma satu aje lagi problem ni pasal rumah sewa. Kalau ada yang nak membantu, pm kat facebook ok :) Ok la, nak cau dulu, banyak drawing nak kena measure ni..tatatititutu..

tersenyum riang

01 August 2012

Kebosanan Melanda

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Melompat terbang tinggi capai bintang di langit 
Menjerit namamu sekuat hati biar kau dengar datang ke sini

Tau tak macam mana perasaan ngantuk sampai tak boleh bukak mata tapi kena tahan mata tu!!!

Merokok Tidak Macho Ok

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Balik rumah baru ni, ada mama cerita pasal rokok. Mama selalu dengar Radio Ikim sambil menjahit,so banyak benda la info mama dapat dari Ikim ni. Pastu baru ni ada la mama cakap pasal rokok sebab dia suruh pesankan kat Nurudin *nurudin merokok*, alang-alang aku pesankan kat korang sekali. Kalau korang tak merokok sampaikan kat kawan, saudara mara yang merokok ye. Ini untuk kepentingan kita bersama jugak.


Semua tahu merokok tu membahayakan kesihatan tapi semua kan degil taknak dengar. Best sangat agaknya isap 4000 bahan kimia yang ada dalam rokok tu, antaranya nikotin (tar), monia (awetkan mayat), arsenik (racun tikus) dan carbon monokside (asap lori). Baru-baru ini ada kajian dilakukan dan mengatakan terdapat kandungan arak dalam rokok. Sebab tu kalau rokok tu dihidupkan api, kalau tak ditenyeh dia tak padam, rokok akan terus membara sampai ke putong rokok.



Fatwa kebangsaan mengatakan merokok tu haram sebab membahayakan kesihatan tapi semua buat tak tahu. Tak makan babi ikut pulak, bila bab merokok ni taknak ikut. Merokok tu diharamkan kerana membahayakan kesihatan. Dalam Al-Quran sendiri ada sebut yang kita tak boleh membahayakan tubuh badan kita. Merokok ni sama je prinsip kau bunuh diri terjun bangunan, terjun bangunan terus mati tapi merokok ni ambik masa sikit nak mati.



Penyakit tak usah cerita la, memang tak dinafikan ajal di tangan Tuhan tapi kalau kau sendiri yang cari ajal macam mana tu? Asap rokok yang melalui dalam organ dalam tu yang menyebabkan barah kerana unknown cell yang tercipta dari asap rokok ni tak tahu nak menapak kat mana dalam badan kita, so cell tu akan singgah kat mana-mana dan menyebabkan barah.

Kalau la korang jenis tak sayangkan badan korang nikmat Allah bagi tu, tolong la kesian kat orang lain. Korang tau tak penghidu asap rokok akan dapat "manfaat" yang sama dengan perokok. Sseorang isteri yang bersuamikan perokok pada mulanya tak boleh tahan dengan asap rokok tapi akan terbiasa dengan asap rokok sebab kandungan dalam asap tu buat penghidu jadi biasa. Dari kau isap rokok depan awek kau, baik kau bagi je rokok tu suruh dia isap.

Jadi yang merokok tu sudah-sudah la buat benda lagha, duit beli rokok tu simpan buat kahwin ada jugak maknanya. Atuk aku yang merokok dah berpuluh-puluh tahun * 60 tahun merokok* boleh berhenti merokok, tak kan korang yang baru berapa tahun tak boleh berhenti. Semua ni atas niat aje nak berhenti ke tidak. Sekarang ni pun dah ada satu produk yang boleh berhentikan merokok iaitu I-Quit, cuba tengok kat facebook. Lagi-lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, mana tau boleh buat korang berhenti.