27 July 2012

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berkenalan
Budak sekolah dulu kalau nak berkenalan tulis biadota dalam buku kulit tebal, habis pass kat satu kelas suruh tulis biadota. Ada yang buat cantik-cantik, habis semua colour nak guna kalah folio sejarah, ada yang buat cincai aje. 

Budak sekolah sekarang kalau nak berkenalan, tanya nama facebook je dah cukup. Nanti balik add kat facebook. Facebook la tempat nak kenal-kenal, borak-borak, ngorat-ngorat dan gaduh-gaduh.

Bercinta

Budak sekolah dulu kalau nak ngorat, suruh orang tengah bagi salam. Kalau ada respon baik, main balas-balas surat pulak. Simpan duit syiling bukan main banyak, stok nak bergayut kat public. Tak puas bergayut kat public, malam-malam mak bapak dah tidur pakai telefon rumah lak sampai bil telefon melambung.

Budak sekolah sekarang kalau nak mengorat, mintak je no telefon orang yang minat tu kat kawan. Meseg sampai lebam, bergayut sampai panas telinga. Tak puas bercakap telefon, skype pulak lepas rindu dapat tengok muka.

Hubungan Dengan Cikgu

Budak sekolah dulu nak jumpa cikgu pun terketar-ketar kaki. Kalau nak jumpa cikgu kat bilik guru tu sampai beribu kali fikir nak pergi ke tidak. Kalau dalam kelas, cikgu tak tanya kita tak jawab. Apatah lagi nak tanya cikgu even pasal pelajaran.

Budak sekolah sekarang ni anggap cikgu macam kawan. Jumpa cikgu tegur macam jumpa kawan sebaya. " Amboi cikgu, lawa hari ni". Dalam kelas, sama naik suara cikgu dengan anak murid. Kalau soalan tu bukan setakat soalan pasal tak faham belajar, pasal peribadi pun ada. " Cikgu, tak keluar dengan boyfriend ke cuti ni?"

Gambar

Budak sekolah dulu pakai kamera kodak tu je. Tu pun dapat pinjam dari mak sekali sekala aje. Daripada budak satu kelas, sorang aje yang bawak. Nanti dah siap cuci gambar, bagi kawan tengok. Siapa nak gambar dia, bagi nama nanti pemilik kamera ni tolong cucikan yang lain. Nanti simpan dalam album buat kenangan.

Budak sekolah sekarang, bukan setakat digital camera je ada, dslr pun ada. Tangkap gambar beribu keping pun tak apa, nanti save dalam laptop. Siapa nak bagi pendrive/hard disk nanti pemilik camera copykan aje. Tak ada camera pun tak apa, handset masing-masing kan canggih, tangkap aje gambar pakai handset.

Banyak dah perbezaan budak sekolah dulu dengan sekarang. Ini bukan pakai cerita aje, atas pengalaman jugak. Cikgu -cikgu pun dah kena ikut rentak anak-anak murid. Ni zaman sekarang dah macam ni, cuba bayangkan budak-budak sekolah masa hadapan, baya-baya cucu aku nanti, macam mana la gayanya budak sekolah.

15 comments:

nur anis said...

betul betull...setuju sangat nih..:)

♥ Cik Zack ♥ said...

Mesti anis penah buat smua tu kan ? hehehe hemm nak2 pulak dh bley bwk fon g skul. lg haruuu jd nyeee

- abdul hadi abdul muti - said...

baru nak suruh akak tengok my generasi tu. rindu zaman sekolah dedulu

AmirahSM said...

akak kategori budak zaman dulu je =(

Faqihah Husni said...

Hahahaha. Terasa. 'Espesiali' yang last tu dan hubungan ngan cikgu. hahaha yang lain tu tak rasanya..

----- ----- said...

Selamat berpuasa~..

yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..^.^
NINJA

anis scha said...

hahahah. teringat masa sekola rendah dulu. main past past surat, then kena rmpas dgn ckgu. lpstu ckgu bce dkt perhimpunan :D

Hak Milik Saya said...

Haha setuju-II. Mak kita pon memang selalu cakap benda yang sama macam tu."Dulu mak sekolah blablablabla tapi ko ni sekarang blablablabla" Hehe :P

zulhilmi tempoyak said...

adkah ni teknik...

smpai rini xde awek lg ni.. heee

S H I T E Q said...

kite dulu zaman berbuku biodata. hewhew

Puteri Nur Aqiliah said...

Students nowadays. Totally different!

Anonymous said...

betul2...sokong...

man said...

zaman dah brubah..cara pun kena ubah..hehhehe

Anonymous said...

Lots of helpful information. I have bookmarked your site.

cik najihah said...

budak2 sekarang ni terlebih2 advance nye