31 July 2012

Masa Free

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sayang sekalian, dah beli baju raya belum? Semalam aku pergi beli jubah kat First Lady, berebut-rebut dengan orang nak ambik baju. Aku rasa ada jugak baju sama dengan orang raya nanti. Korang baik beli baju raya awal-awal sebab kalau beli lambat, baju yang cantik-cantik dah habis, korang juga yang putih mata nanti.

Hari ni kat office seperti sedia kala, duduk goyang kaki sambil pusing-pusing kerusi. Betapa lapangnya masa aku sampaikan aku boleh habiskan satu novel dalam masa 5 jam aje. Aku kalau membaca benda-benda lagha ni memang fokus sikit tapi bab-bab belajar, otak taknak bagi kerjasama.


By the way kat rumah aku duduk sekrang ni * umah abang saudara* ada baby. Baru je lahir 19 Julai hari tu, nama dia Khalisa Husna Binti Hamzaisham. Comel sangat, kecik aje, aku nak pegang pun tak berani. 




30 July 2012

Hari Bahagia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Cuti upadate blog 2 hari sebab balik rumah, broadband tak topup so tak boleh online kat rumah. Tapi sedih balik kejap aje, Jumaat balik Temerloh, Ahad dah kena balik ke Kuala Lumpur. Sempat sehari je buka puasa dengan family..sobsob. Kejam betul buat praktikal masa cuti sem ni tau.

Hari bahagia start dari hari Jumaat, balik ke Temerloh dengan Nurudin Nazrin. Nurudin yang dari Penang sampai dulu kat Pekeliling dari aku yang duduk KL ni je. Lepas jumpa terus pergi Bukit Bintang, nak beli McD untuk juadah berbuka puasa. Bas pukul 745 pm, berbuka la kat tepi jalan tempat tunggu bas tu.


Sampai Temerlove *nampak tak kasihnya kat Temerloh* dalam pukul 930 pm, balik rumah borak-borak dengan Mama sampai lewat malam, tolong jahit silang pangkah baju raya orang. Semua benda nak cerita kat mama, serius macam kawan. #rindu

Esoknya pergi jalan Starmall dengan Nurudin, adik ikut sekali. Tiba-tiba dapat hadiah birthday even dah sebulan lepas, banyak pulak tu...weee....Thanks ye Nurudin Nazrin :) Sebab tu la bahagia sangat balik kali ni.

Terima kasih daun keladi
next time bagi lagi 



terselah kebahagiaan

hye..my name Bubu :)


27 July 2012

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berkenalan
Budak sekolah dulu kalau nak berkenalan tulis biadota dalam buku kulit tebal, habis pass kat satu kelas suruh tulis biadota. Ada yang buat cantik-cantik, habis semua colour nak guna kalah folio sejarah, ada yang buat cincai aje. 

Budak sekolah sekarang kalau nak berkenalan, tanya nama facebook je dah cukup. Nanti balik add kat facebook. Facebook la tempat nak kenal-kenal, borak-borak, ngorat-ngorat dan gaduh-gaduh.

Bercinta

Budak sekolah dulu kalau nak ngorat, suruh orang tengah bagi salam. Kalau ada respon baik, main balas-balas surat pulak. Simpan duit syiling bukan main banyak, stok nak bergayut kat public. Tak puas bergayut kat public, malam-malam mak bapak dah tidur pakai telefon rumah lak sampai bil telefon melambung.

Budak sekolah sekarang kalau nak mengorat, mintak je no telefon orang yang minat tu kat kawan. Meseg sampai lebam, bergayut sampai panas telinga. Tak puas bercakap telefon, skype pulak lepas rindu dapat tengok muka.

Hubungan Dengan Cikgu

Budak sekolah dulu nak jumpa cikgu pun terketar-ketar kaki. Kalau nak jumpa cikgu kat bilik guru tu sampai beribu kali fikir nak pergi ke tidak. Kalau dalam kelas, cikgu tak tanya kita tak jawab. Apatah lagi nak tanya cikgu even pasal pelajaran.

Budak sekolah sekarang ni anggap cikgu macam kawan. Jumpa cikgu tegur macam jumpa kawan sebaya. " Amboi cikgu, lawa hari ni". Dalam kelas, sama naik suara cikgu dengan anak murid. Kalau soalan tu bukan setakat soalan pasal tak faham belajar, pasal peribadi pun ada. " Cikgu, tak keluar dengan boyfriend ke cuti ni?"

Gambar

Budak sekolah dulu pakai kamera kodak tu je. Tu pun dapat pinjam dari mak sekali sekala aje. Daripada budak satu kelas, sorang aje yang bawak. Nanti dah siap cuci gambar, bagi kawan tengok. Siapa nak gambar dia, bagi nama nanti pemilik kamera ni tolong cucikan yang lain. Nanti simpan dalam album buat kenangan.

Budak sekolah sekarang, bukan setakat digital camera je ada, dslr pun ada. Tangkap gambar beribu keping pun tak apa, nanti save dalam laptop. Siapa nak bagi pendrive/hard disk nanti pemilik camera copykan aje. Tak ada camera pun tak apa, handset masing-masing kan canggih, tangkap aje gambar pakai handset.

Banyak dah perbezaan budak sekolah dulu dengan sekarang. Ini bukan pakai cerita aje, atas pengalaman jugak. Cikgu -cikgu pun dah kena ikut rentak anak-anak murid. Ni zaman sekarang dah macam ni, cuba bayangkan budak-budak sekolah masa hadapan, baya-baya cucu aku nanti, macam mana la gayanya budak sekolah.

Practical Life

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai rakan tersayang, 4 bulan tak update blog macam-macam jadi, dah selamat ambik exam, selamat bercuti 5 hari dan selamat juga berpraktikal. Thanks yang sudi singgah blog ni even tak berupdate, sayang lebih la kat korang. Hari ni genap la 2 minggu aku praktikal kat consultant firm di Kuala Lumpur, nama firm tak boleh bagi tahu, takut anak bos ada baca, mati aku. haa


Masuk kerja 9am balik kerja 530am, tapi bulan puasa ni pukul 5 dah balik. 8 jam duduk office, apa yang aku buat? Waktu office camni pun aku boleh update blog, nampak tak kelapangan masa yang tak terhingga kat aku sekarang. Sampai naik sakit bontot la duduk atas kerusi menghadap laptop tapi kadang-kadang ada gak pergi bawah meja kawan pergi tidur. Btw aku praktikal sini dengan 2 orang kawan aku.



Heip janganlah cakap aku ni pemalas tapi memang tak ada kerja nak buat. Serius weh, mulanya aku ingat minggu pertama tak ada kerja sebab bagi kitorang rest dulu ke tapi masuk minggu ke dua ni macam tu jugak. Maybe minggu depan ada kot kerja bagi kitorang ni. tsk..Tapi apa pun staff sporting habis, baik, pemurah tu yang kitorang pun senang hati tengok runningman gelak kuat-kuat ;D

kitorang budak praktikal



26 July 2012

Diserang Hacker dan Facker

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dengan lafaz bismillah, kita update ni. Tangan sejuk beku sebab happy sangat. Oh ye tengok link blog aku, ye aku skang update blog akuqute.blogspot.com. Dah dekat 4 bulan aku tak dapat bukak blog aku yang ni sebab kena hack, password tukar, recovery email tukar tapi dengan kuasa Tuhan berkat bulan Ramadhan ni, tiba-tiba tadi aku boleh buka blog ni. Serius, aku happy gile kot sekarang, macam baru dapat straight A dalam SPM je.

Mana tidaknya, dulu waktu blog ni tak boleh bukak, menangis kot aku. Hari-hari bukak blog sendiri, tengok nuffnang berapa orang datang singgah. Hari-hari cuba buka tapi tetap tak boleh sampai la aku buat blog baru http://anisadilaaris.blogspot.com/. Tapi mana nak sama dengan blog lama ni kan. Alhamdullilah, hari ni aku dapat blog ni. Tak dapat nak gambarkan la perasaan aku sekarang.


Lepas tu ada orang comment..


Kalau aku tak bukak ni sampai sudah aku tak tahu ada orang guna gambar aku. Bukan satu dua gambar dia guna, banyak kot. Gambar aku dengan nurudin pun dia ambik. Please report ye facebook ni https://www.facebook.com/izwan.natasyah dengan  yang lama https://www.facebook.com/profile.php?id=100001908412455.