27 March 2012

Matrik, IPTA/IPTS atau STPM?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ok, dah lama tak bagi ilmu bermanfaat kat korang semua. Entry ni khas untuk adik-adik lepasan SPM kita yang baru dapat result baru ni. Congrats kepada yang mendapat result cemerlang dan yang kurang cemerlang, nevermind sebab selagi hayat dikandung badan selagi tu peluang terbuka luas. Mesti pening nak masuk mana la lepas ni, STPM ke, IPTA/IPTS ke Matrik. Meh akak nak bagi nasihat berdasarkan pengalaman sebelum ni.

Situasi ni akan terjadi bila korang dapat banyak tawaran sambung belajar. Budak pandai kan, semua form yang korang isi dulu dapat, matrik dapat, IPTA dapat, STPM dapat, IPTS lagi la berlambak tawarannya *siap boleh pilih kos nak ambik apa lagi*. Korang akan start pening bila sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Parents suruh masuk Matrik, kawan-kawan ajak ambik Diploma, bf suruh terus STPM. Jadi entry ni akan bantu korang.

Actually keputusan ni kena bergantung kepada keupayaan korang. Korang kena fikir apa yang terbaik untuk diri korang, jangan nak ikut cakap orang lain, takut menyesal di kemudian hari. Keupayaan dan pemikiran kita tak sama dengan orang lain.

IPTA/IPTS : Ni scope ambil diploma, *asasi sekali dengan matrik*. Actually not bad kalau terus ambil diploma, memang lambat sikit daripada kawan-kawan kita yang ambil matrik dan asasi tapi bak kata orang "biar lambat  asal selamat". Korang akan terus belajar perkara yang berkaitan dengan bakal kerjaya korang. Terus fokus kepada apa yang korang nak jadi in future.Selalunya diploma ni akan ambil masa dalam 3 atau 4 tahun. So, pembelajaran agak releks, sempoi dan menyeronokkan. Lagipun sekarang ni, UiTM ada wujudkan program fast track/penerapan, kalau pointer dari sem 1 sampai sem 3 cemerlang, boleh terus lompat ke degree sem hadapan. 

Matrik @ Asasi : Ini adalah salah satu trek pantas untuk sambung degree. Matrik maybe dalam satu atau dua tahun. Lepas tu terus boleh sambung degree tapi kursus yang korang bakal ambik bergantung pada result matrik korang. Kalau pointer ok, korang boleh dapat kos yang korang suka, kalau rendah, terima je la apa yang kos diberi. Actually belajar di matrik agak hard, korang akan belajar dengan cepat. Kalau korang jenis boleh flow pembelajaran yang agak laju, jenis tak main-main masa belajar, matrik tempat terbaik untuk korang. Macam aku dulu, tolak tawaran matrik sebab aku taknak belajar fizik, kimia, add math semua tu. Aku nak enjoy :)

STPM : Kalau sayang nak tinggalkan alam persekolahan, ambil la STPM. Sama macam matrik tapi lambat sikit. Ambil masa dalam dua tahun. Orang cakap STPM ni pun susah jugak tapi kalau belajar elok-elok, mesti boleh buat kan. Konsep sama dengan matrik, good result boleh dapat kos yang kita mintak.

*Nota Penting : Masa apply UPU ni, please apply kos yang bersesuaian dengan result korang. Kalau result tak seberapa, jangan demand kos yang hard sangat. Kalau korang buat jugak, tu yang menyebabkan korang tidak mendapat tawaran IPTA. Sebagai contoh, result SPM 2A, nak mintak medic, memang tak dapat la dik oi. So, apply la bidang yang bersesuaian dengan result korang. Sebab tu penting kena tahu syarat kemasukan sesuatu program sebelum apply. Syarat kemasukan boleh cek disini :)*




9 comments:

shahrazali said...

dulu lepas SPM sy masuk matrik,,tp at the end,,x lulus...rugi masa setahun sbb sy belajar main2..

nk apply IPT pun xleh main2..dulu masa apply diploma lepas kantoi matrik,,mntk kos math n engineering, tp sje letak diploma seni lakon pilihan ke 8,,terus dpt kos tu,,tp x pegi sbb main2 jek letak kos tu..

lepas tu dah x main2 dah..hehe..skrg dh degree, belajar pun dah x main2..cuma malas2 jek..haha..

ILA SYAMILA ♥♥ said...

aih kita rasa mcm kita pulak yg nak isi form upu. rindu mase serabut isi borg upu dulu. hehe

azalia hjsalleh said...

good luck utk adik2
buatlah pilihan yg tepat utk masa dpn

cik najihah said...

yup..pilih ikut result..jgn nak demand sgt nk pilih kos yg hebat2..

shiema sufian said...

Nice info akak (:

ReeneeRaaid said...

setuju dgn anis. bg akak zaman belajar diploma paling seronok :)

steffany daph said...

errr, matrik tu .. menyeramkan gak bunyinya. mesti study tol2 ni kat matrik. (:

[wani_mn] said...

betul tu. kena pilih kos bsesuain dengan result kita :)

Fid Yuuji said...

buat pilihan yg terbaik..diploma bagus jika btol2 dh bersedia :)