Kos Ukur Bahan@ Quantity Surveyor

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sejak dua menjak ni nak update pasal info je, ye la nak tolong adik-adik yang tengah buntu nak mintak kos apa dalam UPU. Ramai adik-adik pm kat facebook tanya pasal Ukur Bahan. Alhamdullilah makin popular ukur bahan ni. Actually ramai dah tahu perkataan "ukur bahan" tu tapi masih curious apa itu "ukur bahan". Ada yang pm kat facebook, tanya susah tak belajar? Best tak ambil ukur bahan ni? Baguslah banyak bertanya tak sesat jalan, takut nanti tersalah ambil, masa depan yang kerugian. hehe

Dulu ada buat entry sekali post pasal "apa itu ukur bahan", hari nak cerita pulak apa yang budak ukur bahan belajar. Ye la, adik-adik ni mesti nak tahu apa benda nak belajar nanti, nak study siap-siap sebelum masuk u.Ok, macam perli tak?

Adik-adik ni mesti takut kalau ambil ukur bahan ni, ada belajar physic la, kimia la, math la, civil la. Jangan risau ye sayang, kita tak belajar perkara-perkara yang memecahkan otak. Just ada measurement, kira-kira tambah tolak darab bahagi je. Tengok drawing lepas tu kira. Kira dinding, atap, lantai, paip rumah, tingkap. Senang kan? 

kitab wajib budak ukur bahan
contoh drawing
yang ni drawing untuk piling
Pastu ada la sikit-sikit sketch gambar benda berkaitan dengan construction, jangan risau kalau korang tangan bangku pun *tak reti melukis* korang boleh buat. Tak adalah se"detail" lukisan budak architect. Nak tengok contoh sketch kena buat?


sketch buruk dari Anis Adila Aris

Korang jugak kena belajar teori pasal construction, law, economy, buiding services, project management dan banyal lagi yang berkaitan construction. Lepas dah ambil ukur bahan ni, bila tengok ada construction tepi jalan terus terlintas apa yang dah belajar. Automatik mulut pun cakap " kite dah belajar semua ni, tu beam, tu column, semua kat construction tu dah belajar dah". Nak tahu lebih lanjut, Nabila Faryzza ( satu geng di UiTM) pun ada cerita kat belog dia, meh klik sini.

Ni la Nabila Faryzza tengah buat measurement. Busy betul QS yang sorang nie.


34 taking off list:

♥ Cik Zack ♥ said...

tibe tibe adik rasa mcm nk tukar kos kak. lalalala :PP

shiema sufian said...

goodluck!

[wani_mn] said...

like seriously, saya mmg dari dulu nak amek kos ni. ada rezeki, insyaA. ukur bahan nampak best. lelagi sbb tak ngadap dah fizik kimia tu semua. haha

thanks share ilmu psl QS ni. :)

shahrazali said...

dulu masa nk masuk diploma 2 kali mntk ukur bahan x dapat....pak cik la dulu surhu mntk,,nnti habis belajar bleh kerja terus ngn dia..

skrg amik math pun dah ok..

lisa said...

ada banyak kira-kira. alamak :D

Ihsan Arifin said...

ramai junior amek course ni ! busy bebeno le sangat ! kah kah kah

Rtp Farra Arisha said...

as you guys know, kefahaman dan usaha sangat diperlukan dalam pelajran dan pembelajaran hiks. good luck btw!

cik zureen said...

wahh.. satu faculty tapi lain universiti la kite.. hihihi.. Course yang berkaitan dengan construction ni memang best kan.. :)

cik najihah said...

waw..sensasi...pecah pale huhu

steffany daph said...

ni kira mcm engineer kot? hehe,, ye ker? XD

applegreen said...

kite pon amek kos nie jgk .. tp bru first sem .. kne struggle sket da nk final niyh .. mule2 dlu tkowt laa tp skunk da biase sket ngn situasi blajo sal qs nie ..

Ain Dzaya said...

yeke senang..pastu asal dak qs salu je merungut bila ada je assingment subjek core korang nie...huhuhuhu...nice to meet u...ain student building :)...student uitm si ea? part brapa?

"Hadiah dari Allah.".

Trica Jus said...

widih mantep !

Shyraa said...

ada mintak kos nie, tapi ade orang kata kos nie ramai lelaki. ye kee ?

afifaa. said...

Kita yg tak blaja benda ni pn nak tahu jugak pasal apa ukur bahan ni. Yay! Dah tahu!

Hihi.

Blaja law apa?

Kita commercial law.

UiTM Di Hatiku!

Always Unlucky said...

I am happy to get a blog as nice as I can find today. Fate led me to enjoy the beautiful words to me From Self Shot

Cikgu Asrul said...

saya baru ja suruh adik saya terima kursus ini yg ditawarkan oleh politeknik ...

kalau ikut dia, memang dia xnak la ... sebab xtahu "apa itu ukur bahan"

Aleen Kimi said...

biasanya, kalau semester satu, topik apa yang diajar eh? nak buat persiapan awal ne :D

Aleen Kimi said...

biasanya kalau semester satu, topik apa yang akan diajar eh? nak buat persiapan awal ne

Anis Adila Aris said...

@Aleen Kimi

uitm ke dik? semester satu diploma ke?
dia depends on unvrsiti yg kita masuk, kalau uitm, baisanya measurement, construction technology, structure, price analysis..

muhammad afiq faiq said...

Study dlu ambek kos architecture tp bile keje kat m&e lak. .
Skrg nk try keje ukur bahan lak. Cm best jew. . :) gaji pon
masyukk. . Haha. .

Muhd Hakimi said...

tlong ajr syew tntang ukur bhan.

Anonymous said...

Kalau xboleh imagine stiap elemen mmg pyh nk measure..so better g site tgk rupa cmne..nti nk kira sng..
Mmg bst course ni..leh jd site supervisor jgk..yg trer bab kire2..kje la kt firm qs..yg xtrer kire,tp taw bab tender2,n contract kje la ngn konteaktor..bkn xde kire lgsg,ade..tp xbnyk..tp kna trer wt claim n lain2 la...hehe..

Anonymous said...

Kira kira bahan tu perlu buat macam belajar akaun tak? Hehehe.. Mohon respon.

idham razi said...

cam best je an,,,

ema naimah said...

akak...??? adik msih x fham lagi apa itu QS...wlau pon adik student QS???

ema naimah said...

sye msih x fham apa it QS...wlau pon sye stdent QS

ema naimah said...

sya msih x fham...apa itu QS.. wlau pon sya student QS

Chenta Hati said...

qs bwh engineering ey? pless help me,, want to fill upu form,,

Imperiaedu said...

Thanks for sharing a nice blog for ! Quantity Surveying Course Quantity Surveying Course .

ilina A said...

kalau qs kat uitm. kena hantar kat uitm mana? im 18 and still searching for the best U's to further my studies. reply me asap plssss. and apa syarat kelayakan untk qs?

Anis Adila said...

@ilina A

buat masa ni diploma qs uitm ada di seri iskandar, perak dan sarawak :)

Hamiz Azuddin said...

Ooo susah kerr nak blajr QS ni.. sya takut nak pilih ni..~_~

Hamiz Azuddin said...

Ooo sya nak ambil course qs ni.. tapi mcm ssah je..
brapa tahun bljar qs??