10 February 2012

Segmen " Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Konsep segmen ni "tak kenal maka tak cinta" bertujuan nak berkenalan dengan ramai blogger-blogger lain yang kita tak pernah tahu pun kewujudan blog antara satu sama lain. Jadi segmen yang aku buat ni lain dari yang lain, ia adalah seperti berikut..

Sesiapa yang join segmen ini, bila dah "tarikh tutup segmen" ni aku akan beri satu blog kat korang untuk di"review", maksudnya buat satu entry tentang blog tersebut. Tapi blog yang di"review" oleh korang bukanlah orang yang sama review blog korang. So, korang kena cari sendiri siapa yang review blog korang. 

Macam mana nak tahu nama belog yang akan direview?

Aku akan bagi nama blog yang akan direview oleh korang melalui comment entry segmen " tak kenal maka tak cinta" yang korang buat. Tak kisah lah korang nak buat entry pasal apa pun, nak comment pasal blog orang tu ke, nak promote ke. Janji korang buat satu entry khas untuk sidia. 

Macam mana nak tahu siapa yang review belog korang?

Aku akan letak senarai link belog yang join segmen ni dan korang akan cari sendiri siapa yang yang review blog korang. Jadi kena blogwalking la sikit nak tahu apa orang cakap pasal belog korang. Blogwalking sambil kenal blog lain. :)

Macam mana nak join segmen ni?

Buat satu entry bertajuk "segmen : Tak Kenal Maka Tak Cinta", letak banner di atas dan bagi link tersebut di comment bawah ni. Dan tunggu tarih tutup, aku akan bagi nama blog yang korang kena review. Tarikh tutup 12/2/2012 Ahad, 12pm. 

Sesiapa yang rasa tak berdaya nak review blog orang, tidak digalakkan menyertai. Takut nanti ada yang blog tak direview. Bila korang sertai, korang kena bertanggungjawab. Kesian kat orang yang mencari-cari "siapa yang review blog beliau".



11 comments:

Lea Isnawi said...

wahh mcm menarik

S H I T E Q said...

join2!

http://shiteqkhadeejahh.blogspot.com/2012/02/segmen-tak-kenal-maka-tak-cinta.html

naf. said...

join:))

http://nurulainulfarhain.blogspot.com/2012/02/segmen-tak-kenal-maka-tak-cinta.html

zulhilmi tempoyak said...

kang sy jatuh cinta ngan tuan blog ni camne...

hahahahak

iyka zulaika said...

best menarik. InsyaAllah Iyka join :)

♥ Cik Zack's ♥ said...

anis ! sis join tau :)))



http://shazakiah.blogspot.com/2012/02/segmen-tak-kenal-maka-tak-cinta.html

Adila Saidi said...

menarik menarik. laen dari laen :)

Adila Saidi said...

http://adilasaidi.blogspot.com/2012/02/segmen-tak-kenal-maka-tak-cinta.html

join segmen nih :)

Faza said...

x pernah bercinta soo x bleh masuk :'(

izzah as watakutama said...

tak sempat nak join lorh :(

wani said...

aduhaii x sempat nk join T______T