08 February 2012

Halangan Untuk Jadi Feminine

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kalau cakap pasal feminin, mesti terbayang high heel 4 inci, skirt kembang, dress labuh, blause yang cantik. Tak boleh nak bayang? Tengok gambar bawah ni...





Ok, dah nampak bayangan? Dalam hati, serius terdetik beribu kali nak pakai macam ni. Tapi serius banyak betul halangannya. Bukan emak bapak menghalang tapi keadaan sekeliling aku ni yang banyak menghalang. 

Contohnya "high heel", ketinggian aku yang 165 cm ni memang tak perlukan high heel tapi nak jugak nampak cantik macam orang lain, jalan penuh bergaya ala-ala catwalk memang la awesome. Tapi bila berdiri sebelah kawan-kawan yang kebanyakannya kecik molek, automatik aku jadi tinggi menjulang. Nak cakap dengan aku pun bukan main mendongak. Jadi nak jadikan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan, pakai je la sandal flat. Wedges yang tinggi simpan dalam kotak, rosak tak dipakai.

Kalau cakap pasal skirt dengan dress labuh mencecah lantai memang cantik dipakai. Tapi kalau setakat nak pergi ke kelas construction technology yang belajar pasal pembinaan bangunan memang tak sesuai la der. Lain la kalau aku ni ambik kos fesyen, memang boleh la melaram sakan. Orang akan kata "pakai la pergi jalan-jalan", jalan-jalan pun ke seksyen 17 Shah Alam pergi kedai mamak. Balik Temerloh nak pakai macam tu, memang kena bahan la "keluar Temerloh tapi dressup KL, meroyan ape!".

So, conclusion blause/ tshirt + jean = Anis Adila 







16 comments:

♥ Cik Zack's ♥ said...

org kalau dh cntik, pakai pe pun cntik dear :))) hehehe

hazanis said...

pkai macam sekarng pun awk dah cntik..

btw awk dah tinggi xperlu heels dah..lau kita perlukan heels sebab kita rendah..:(

Adila Saidi said...

sama je mcm kita.
banyak sebab tak boleh feminen mcm gurl laen.
hehe :)

MissD said...

haha. byk lah kau! budak fesyen yg paling selekeh adelah! haha!
g klas pakai slipar jepun, tshirt lusuh, jeans koyak. tudung selebet. nak pakai selendang cun2 pown nt mesti jd hampeh.. xde maknenye.. klw dah namenye student anis oii.. ko tggu je lah da keje nt.. hihihi
-budak fesyen yg x brape nk brfesyen-

teha said...

eh , tinggi nye awk.. same laa kite.. ssh nk pakai heels sbb dh tggi.. btw , awk pakai pape pon mmg dah cantik ;)

Syazwan Che Deraman said...

tinggi jugak hang ni.

cik najihah said...

ala..janji pakai ape yg patut..x yah over..aku pakai tshirt upm suda kua g jalan..hahah bangge

shiema sufian said...

hahahaha. akak akak, akak dah cantik dah lawa dengan cara. Stay ahead (:

nuruashia said...

awk tu dah hot dikkkk :)

Izzati Tatie said...

tggi sye 169cm..mmg xlah nak pkai kasut tggi nie sume.kang tersebam kat lantai xpsal2.hehe

bdway,anis dah cantik.pkai pape pun cantik.dun wori ;)

Faza said...

hey.. stay temerloh area maner?

budak penjara said...

165??tinggi jugak tu..jarak ngn aku yg 175 hehe

Mama Ema said...

betul tu.teringin nak pakai kasut tinggi..tapi terbantut bila diri sendiri dah tinggi tapi nak berjalan seiringan dengan orang yang kecil molek..rasa tersergam diri yang tinggi tu...tapi nasib baik boleh nak pakai skirt..hehehe

Faza said...

owh mine..desa murni sanggang :)

nabila faryzza said...

simple but nice :)

Nurul Aisyah Halim said...

165 xdela tggi sgt berbanding sy 174.
sgt pelik bile seorang prempuan di malaysia setinggi sy. emm kadang2 keyakinan sy hilang bile orang ramai pndang sy plik. awk sgt bertuah sbb xjd mcm sy.