29 February 2012

How Celebrate Birthday?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Ungkit-Ungkit

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni nak cerita pasal hidup ungkit mengungkit. Sebenarnya idea tercetus selepas membaca status-status orang di facebook. Situasi ni sedar tak sedar je berlaku dalam hidup kita.


Kita bekerja, berkhidmat, buat baik, tolong orang lepas tu bila something happen, kita mengeluh, ungkit balik perkara baik yang kita buat. Mula-mula menggunung pahala dapat, lepas tu terus hilang pahala tu. Maybe sebab benda tu "pahala" tak nampak di mata, cuba kalau duit. Contoh, kita topup RM 10, tiba-tiba kena tarik  RM 10, panas hati kan? So, apa-apa kita buat mestilah niat kerana Allah. Kalau niat kerana Allah, InsyaAllah kes ungkit-mengungkit ni takkan terjadi. Nak buat kebaikan mestilah kena ikhlas. :)


25 February 2012

Birthday Boy

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



:)
taksabar nak bergayut sampai lebam telinga

20 February 2012

Baucer 1 Malaysia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sebelum ni ramai dah update pasal Baucer 1 Malaysia ni, aku je lambat sikit. Orang dah habis guna RM 200, aku baru guna RM 100, tu pun puas nak habiskan, tak tahu apa nak beli. Cuba bagi baucer Parkson, dalam sehari habis aku buat shopping. Baru ni pergi la kedai Sinaran kat Seremban, aku bayar 40 sen je untuk semua barang. hehe



seronok beli barang tapi tak keluar duit :D

17 February 2012

Religion

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Siapa mereka untuk mempersoalkan ketentuan Allah? Siapa mereka untuk menghina Maha Pencipta? 

Sirah nabi pun salah nak judge kuasa Tuhan. Bercakap tak menggunakan akal, ini la ungkapan orang tak berilmu tapi nak cakap banyak. Just talk nonsense. Watch out people, Allah Maha Besar, tunggu sahaja balasan azab dunia akhirat. Tak sedar diuntung, Allah bagi nikmat bahagia dunia boleh lagi buat macam ni. Semoga mereka kembali taubat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

14 February 2012

Tasha Manshahar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat tak tahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya 
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever 

Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar
Thank you Aizat Amir for the recording and Clora Studio.

Serius sweet gila lagu ciptaan bakal cikgu ni " Tasha Manshahar". Masuk ni dah berapa kali aku repeat. maybe penggunaan bahasa yang bercampur tapi rentak lagu dia sangat la sedap telinga mendengar. Tasha Manshahar ni ada blog dan juga fanpage di Facebook. Papepun yang main gitar baju merah tu handsome kan :) 

Serupa Tapi Tak Sama

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Kecoh pasal pegang anjing, memang haram tapi boleh samak tapi kalau yang ini...



jawab la sendiri :)

13 February 2012

Cantik Mata Memandang #tak kenal maka tak cinta#

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Segmen "Tak Kenal Maka Tak Cinta" tak mendapat sambutan. Aku dah agak sebab segmen ni macam rumit sebab kena buat review bagai, kalau aku pun, tengok segmen yang ngarut-ngarut macam ni dah tekan pangkah laju-laju. Tapi ada jugak yang sudi join, terima kasih sangat kepada 4 anak dara yang comel lote merajinkan diri join segmen ni. So, entry ini khas nak kenalkan 4 blogger yang cantik mata memandang iaitu Shiteq, Sharifah Zakiah, Nurul Ainul Farhain dan Adila Saidi.



Pemilik blog penuh warna pink ni baru je start blogging October 2011, even baru tapi blog beliau tak macam budak baru. Cara penulisan ok, blog pun kemas je sedap mata memandang. Tak rugi korang jenguk dan follow blog pink cantik menarik ni. Jadi cepat tekan laju-laju banner di atas.



Kak Zack ni setahun tua dari aku, rasanya ni dah kali kedua aku review belog sis yang cantik ni. Anak bongsu + manja ni orang Kuantan. Senior Nurudin Nazrin masa sekolah menengah. #sekolah agama tu# Boleh dikatakan sis ni pembaca setia belog Anis Adila Aris. Selalu support segmen yang aku buat dan juga comment entry aku. Kalau korang rajin singgah blog ni, aku percaya dia akan blogwalking balik blog korang. Kalau nak tengok muka anak syed yang cantik ni, cepat la pergi blog dia :) 


Blognya kemas aje, pemilik blog ni pun comel lote ada lesum pipit dipipi. Blog ni simple aje, rasanya blogger ni pun ada jual online shopping. Barang yang dijual pun cantik-cantik. Ok boleh la singgah blog dia sekarang dan shopping :)


Blog ni pun baru je dibuat, Ogos tahun lepas. Blog kemas, simple dan comel ni milik Adila Saidi. Cerita dalam blog pun pelbagai, ada pasal diri empunya blog sendiri dengan hal isu semasa. Macam-macam ada. Jangan lupa tau singgah belog dia ye.




10 February 2012

Segmen " Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Konsep segmen ni "tak kenal maka tak cinta" bertujuan nak berkenalan dengan ramai blogger-blogger lain yang kita tak pernah tahu pun kewujudan blog antara satu sama lain. Jadi segmen yang aku buat ni lain dari yang lain, ia adalah seperti berikut..

Sesiapa yang join segmen ini, bila dah "tarikh tutup segmen" ni aku akan beri satu blog kat korang untuk di"review", maksudnya buat satu entry tentang blog tersebut. Tapi blog yang di"review" oleh korang bukanlah orang yang sama review blog korang. So, korang kena cari sendiri siapa yang review blog korang. 

Macam mana nak tahu nama belog yang akan direview?

Aku akan bagi nama blog yang akan direview oleh korang melalui comment entry segmen " tak kenal maka tak cinta" yang korang buat. Tak kisah lah korang nak buat entry pasal apa pun, nak comment pasal blog orang tu ke, nak promote ke. Janji korang buat satu entry khas untuk sidia. 

Macam mana nak tahu siapa yang review belog korang?

Aku akan letak senarai link belog yang join segmen ni dan korang akan cari sendiri siapa yang yang review blog korang. Jadi kena blogwalking la sikit nak tahu apa orang cakap pasal belog korang. Blogwalking sambil kenal blog lain. :)

Macam mana nak join segmen ni?

Buat satu entry bertajuk "segmen : Tak Kenal Maka Tak Cinta", letak banner di atas dan bagi link tersebut di comment bawah ni. Dan tunggu tarih tutup, aku akan bagi nama blog yang korang kena review. Tarikh tutup 12/2/2012 Ahad, 12pm. 

Sesiapa yang rasa tak berdaya nak review blog orang, tidak digalakkan menyertai. Takut nanti ada yang blog tak direview. Bila korang sertai, korang kena bertanggungjawab. Kesian kat orang yang mencari-cari "siapa yang review blog beliau".



09 February 2012

10 Entry Wajib Baca

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sekarang ni ramai muka-muka baru yang bertandang dalam belog ni. Alhamdullilah, ramai yang sudi berkawan, sudi comment entry, yang penting sudi baca entry dalam belog ni. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lagi. Jadi kepada yang baru kenal Belog Anis Adila Aris ni, disini aku ada letak 10 entry sebelum ni yang aku taip kerahan kepala otak untuk berkongsi ilmu, teguran, nasihat dan pedoman untuk korang baca. Yang baik ambik, yang nakal letak tepi ok. 











Kalau korang nak baca entry yang lain, boleh la tengok kat side bar " Cerita HOT ", #bajek orang suka baca entry aku aje#. Selamat membaca ye :)



08 February 2012

Halangan Untuk Jadi Feminine

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kalau cakap pasal feminin, mesti terbayang high heel 4 inci, skirt kembang, dress labuh, blause yang cantik. Tak boleh nak bayang? Tengok gambar bawah ni...





Ok, dah nampak bayangan? Dalam hati, serius terdetik beribu kali nak pakai macam ni. Tapi serius banyak betul halangannya. Bukan emak bapak menghalang tapi keadaan sekeliling aku ni yang banyak menghalang. 

Contohnya "high heel", ketinggian aku yang 165 cm ni memang tak perlukan high heel tapi nak jugak nampak cantik macam orang lain, jalan penuh bergaya ala-ala catwalk memang la awesome. Tapi bila berdiri sebelah kawan-kawan yang kebanyakannya kecik molek, automatik aku jadi tinggi menjulang. Nak cakap dengan aku pun bukan main mendongak. Jadi nak jadikan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan, pakai je la sandal flat. Wedges yang tinggi simpan dalam kotak, rosak tak dipakai.

Kalau cakap pasal skirt dengan dress labuh mencecah lantai memang cantik dipakai. Tapi kalau setakat nak pergi ke kelas construction technology yang belajar pasal pembinaan bangunan memang tak sesuai la der. Lain la kalau aku ni ambik kos fesyen, memang boleh la melaram sakan. Orang akan kata "pakai la pergi jalan-jalan", jalan-jalan pun ke seksyen 17 Shah Alam pergi kedai mamak. Balik Temerloh nak pakai macam tu, memang kena bahan la "keluar Temerloh tapi dressup KL, meroyan ape!".

So, conclusion blause/ tshirt + jean = Anis Adila 







06 February 2012

Alone

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Selalu kalau keluar rumah mesti ada yang orang teman, tak kawan mesti adik. Tadi kena keluar Temerloh beli tiket bas nak balik Seremban. Puas cari orang nak ajak teman tapi tak ada. Nak ajak adik, celik mata cari dia, dia dah tak ada kat rumah. Jadi kena la keluar sorang-sorang. Pusing satu bandar Temerloh, masuk keluar kedai. Satu benda tak dapat. Ikutkan nak beli seluar, disebabkan tak ada pengkritik jadi tak ada confident dengan diri sendiri untuk membeli.

Serius keluar sorang memang tak best. Pergi dari satu kedai ke satu kedai macam jauh je, kalau ada orang teman tu kejap ke dah sampai sebab sibuk berborak. Nak makan sedap-sedap pun tak payah fikir dua tiga kali sebab boleh share duit kalau mahal.


keluar sorang-sorang, mesti la tangkap gambar sendiri

04 February 2012

Tinggalkan & Ditinggalkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

resource: 9gag.com
Berdasarkan gambar diatas, pernah tak jadi kat korang? Tinggalkan our boyfriend/girlfriend untuk someone yang tiba-tiba datang dalam hidup kita. Seriously, aku pernah buat. Tinggalkan bf untuk lelaki yang kononnya lebih baik buat kita dan lastly macam hukum karma, tinggalkan dan ditinggalkan.

Betullah orang cakap, yang pahit memberi pengajaran yang paling bererti. Selepas peristiwa di atas berlaku, i had found Nurudin Nazrin, siapa yang dah lama baca belog ni akan kenal siapa Nurudin Nazrin #dah mintak izin mention nama dalam entry ni#. Dalam masa hubungan aku dengan dia, aku jumpa ramai lelaki, biasalah aku ni kan suka berkawan. Lagipun kita sebagai perempuan ni kena cari yang terbaik untuk diri kita Tapi aku tak pernah tipu, kalau kawan dengan mana-mana lelaki, aku akan bagitahu aku dah ada boyfriend. Jadi terpulang pada lelaki tu still nak ngorat aku ke tidak. 

Ada la jugak seorang dua buat hati aku terusik, sampai aku pernah fikir "kan bagus kalau aku tak ada boyfriend", u know what i mean right. Tapi benda yang pernah jadi kat aku dulu betul-betul bagi pengajaran kat aku, jangan senang nak percayakan dengan orang yang baru kita kenal. Kita tak tahu masa depan orang tu macam mana dengan kita. Sekarang macam baik tapi nanti entah macam mana perangainya. Sekarang memang nampak sempurna tapi nanti ada jugak cacatnya.



Bila aku kenal lelaki lain sepanjang hubungan aku dengan Nurudin, how perfect he is, Nurudin still the best among them. Pernah satu hari aku keliru sangat, aku meseg kawan aku #Afiqah# tanya pendapat dia. Meseg dia betul-betul buat aku terpukul dan aku rasa aku perempuan paling tak bersyukur dalam dunia. Dipertemukan dengan lelaki yang baik, lelaki yang terima aku seadanya, yang jarang sekali marah aku, jauh sekali nak sakiti aku tapi aku still boleh jatuh hati kat lelaki lain. Then, i realise that him is the best man i ever had. Taknak dah terpengaruh dengan mana-mana lelaki sebab lelaki idaman aku ada depan mata. wink. Jangan lupa doakan jodoh kami berkekalan ok . :)

Jangan sebabkan kaca menyilau di depan mata, kita tinggalkan permata yang berharga.


siapa baca sampai habis tahu kesimpulan cerita
ambil yang baik buang yang nakal :) 


02 February 2012

She is Iman Hidayah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sekarang tepon aku penuh gambar budak ni, dia sepupu aku, cucu Yusof paling kecik #buat masa ni#. Aku sekarang tinggal dengan dia la masa praktikal ni. Budak ni jenis jual mahal dengan aku, kalau aku nak ambik mesti lari, tu yang buat aku geram gila. 4hb ni birthday Iman Hidayah yang ke 2. Satu motif je dia panggil nama aku " Kakak Anis.. taman". Maknanya nak ajak pergi taman permainan, kalau tak haram nak dekat.










01 February 2012