29 January 2012

Serius Malu!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Benda-benda yang aku nak cerita ni semua pernah terjadi kat aku, perkara-perkara yang memalukan pernah jadi dalam hidup aku...

Jatuh depan orang yang kita suka
Kalau kita ni suka seseorang, automatik jadi gadis melayu terakhir depan orang tu. Cakap kadang dengar kadang tak, jalan bersilang kaki tak ingat, jalan muka tunduk ke bawah aje, konon-konon sopan la ni. Satu hari, tengah nak turun tangga kat sekolah, nampak pulak abang senior yang aku suka, hati berbunga dah macam musin bunga. Tiba-tiba boleh pulak kaki buat hal, time tu jugak nak tersadungnye. Ambik kau, betul-betul bersimpuh depan senior tu.


Kantoi surat cinta dengan cikgu
Benda ni jadi masa sekolah rendah dulu, aku dapat surat dari senior ni kata suka kat aku. Aku ni pun balas la balik surat tu cakap nak jadi kawan aje. Aku suruh kawan aku yang bagi surat tu, boleh pulak kawan aku ni lurus bendul, bodoh pun ye, pergi bagi surat tu kat cikgu yang tengah mengajar tu suruh pas kat budak laki tu. Memang cikgu baca la sampai satu kelas dengar. Nasib baik, aku tak ada tulis jiwang. Tu la, kecik-kecik gatal dah.

Bagi meseg kat mak sendiri
Kalau dah bercouple, faham je la kan meseg mesti nak geli manja punya. Yang dah besar panjang ni pun dipanggil "baby". Benda ni baru je jadi 2,3 hari lepas. Aku nak meseg baby aku. *geli* Tulis macam ni "mana bby ans ni?" dengan confident tekan "send". Bile delivered sekali tengok " delivered to Mama Celcom". Ambik! Nasib baik mak aku tak balas " masa bila pulak ko ada adik baru ni". 






Dulu masa mula-mula pakai handphone pun pernah jadi macam ni. Aku meseg dengan bf aku, pastu kawan-kawan yang majoriti tak ada handphone jadi batak sat pakat la godek-godek handphone aku. Entah apa diorang tekan sampai terhantar meseg aku nak bagi kat bf aku tu ke abah aku. Ye la, nama "abah" atas sekali dalam contact no. Memang pastu ayah aku ngamuk la. Baik punya cover, aku cakap ada akak senior pinjam telefon salah bagi meseg. Haha.

Korang pernah jadi macam aku?
cerita la sikit :D

13 comments:

S H I T E Q said...

penah kna yg msg tuh. ngeh3. tp send kt member laa. nasib member tu cool -.-'

shiema sufian said...

semua yang pernah jadi dekat akak jugak terjadi dekat Shiema (:

.........cP~ said...

Pernah. Ok, memang sangat malu.

.........cP~ said...

Read my new entry. ^_-

http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/2012/01/bahaya-laptoping-sambil-baring-18sg.html

Hahah

cik najihah said...

sume aku penah kene hahaha

Raisya Haris said...

Pernah jatuh tangga depan orang yang kita suka, serius malu siutt! -,-'

♥ Cik Zack's ♥ said...

serkup muka dgn tdung periuk ah kalo jd mcm ni. hahaha maluuu maluuuu :DD tp klo trsalah send tu biase brlaku kan. kuikui

Anis Adila Aris said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

x xde pun yg t'jd pd sy <3

hahahah....

steffany daph said...

waa.. pernah. hehe. memang malu time kanoti tu. parent bca mesej lah, mcm2 lagi. kwn2 pun suka selongkar handpon. nak bca text tu..^^

- M A S H - said...

pernah nak tulis 'sy' ntah macam mane tertulis 'syg' .. hahaha. memang x bolei bla

lisa said...

tiga2 tak pernah dilalui dan mintak2 takkan pernah dilalui hehe ;D tapi mmg betul pun kalau jatuh dpn org yg kita suka, swear malu gila! to the max!

Hanie Dew said...

pasal salah send memang byk kali termalu. hurrmm nasibla.

tp tak tahan yg ko jatuh gedebuk depan abg senior tu..aiishh..jatuh merudum saham oi. hahhhaa