01 January 2012

Pemikiran Harus Diubah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dear Malaysian..

Harap ada yang membaca, tak kisah korang dari bangsa apa, agama apa dan kefahaman politik apa. Entry ini neutral dan tak berpihak pada sesiapa. Dari kecik, sejak sekolah rendah tak habis-habis aku dengar pasal politik. Dalam van nak pergi sekolah pun pakcik driver sibuk nak cakap pasal politik. Cikgu-cikgu sekolah apa kurangnya. Kejap dengar yang ni betul , pastu yang tu pulak betul.

Aku tak nampak politik ni beri sumbangan pada negara, yang aku nampak mengharubirukan negara. SATU NEGARA, SATU BANGSA dan SATU AGAMA bergaduh antara satu sama lain, berpecah belah, bergaduh sana sini. Bukan ke SUCK! Yang ni sibuk mengata orang ni buat salah itu ini, orang ni sibuk promote dia yang terbaik, orang ini sibuk mencaci orang itu ini. Sebagai negara yang ISLAM sebagai AGAMA RASMI, yang ni ke contoh terbaik nak tunjuk kat negara luar?


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang  Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Hadis Bukhari Muslim)


Terlupa hadis Rasulullah? sampai bile negara kita nak macam ni? sampai tercetusnya peperangan antara rakyat sendiri seperti negara luar? Sampai kanak-kanak kecil umur 5 tahun yang sepatutnya pegang permainan dah pandai pegang senapang? Aku tak dapat bayangkan kalau negara kita terus macam ni. Please, Malaysian, please be nice with each other. Cuba untuk sepakat, duduk berbincang molek-molek. Penat orang tua dulu buat kata pepatah "sepakat membawa berkat" , " bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" tapi orang sekarang taknak pandang pun. Belajar tinggi saje buat perabis beras, manfaat tarak.

Ingat sejarah dulu iktibar untuk masa kini. Pergi rujuk balik buku teks sejarah, yang pakcik-pakcik tanya kat anak-anak yang sekolah sekarang, apa yang diceritakan dalam buku teks. Kita dahulu berperang sebab ada yang belot dan tak ada kata sepakat. Kalau benda tu tak jadi, Tanah Melayu dah jadi negara paling MAJU di dunia, kalau la dulu masa pemerintahan zaman Melaka dah didirikan universiti, dah boleh lawan University of Oxford. Ambil ikitibar dari pengalaman,


*baca sampai habis, kau HEBAT*


3 comments:

AmirahSM said...

thats rite anis =)

Anonymous said...

tamadun yg hebat2 dunia spt krajaan Abasiah di Iraq dan kesultanan melayu melaka jatuh rebah krn masyarakatnya berpecah belah, fitnah menfitnah sesama sendiri..xkn kita pon nk jd camtu kot..renung2knlah...

ayuyuuu said...

argee 110% dengan anis :')

kalau hari ni kte tengok harubiru dah berlaku, taktahu mcmana generasi sebaya kte nanti nak memimpin negara satu waktu nanti. wallahu'alam.