30 January 2012

Lelaki Idaman

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni nak cerita pasal lelaki idaman, harap-harap entry ni boleh bagi hint kat lelaki diluar sana "bagaimana nak jadi lelaki idaman wanita". Aku cakap berdasarkan pengalaman, aku rasa semua ciri-ciri yang bakal aku sebut ni ada ciri lelaki idaman semua perempuan, kalau tak semua mesti ada lekat satu dua. So, man watch out!

ehem..ehem..Lelaki Idaman


Lelaki Soleh

Lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah pasti boleh menjaga hubungan dia sesama manusia. Tak perlu bergelar ustaz, cukuplah menunaikan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Lelaki seperti ini pasti boleh melindungi dan membimbing keluarga ke syurgawi. 

Aku pernah ada kawan cakap macam ni "pakai tudung tu tutup dada, kalau tak pok pala". Maybe ada tak suka orang tegur macam ni tapi ayat tu betul-betul wat aku tersentuh. Untung siapa jadi bini dia. 


Good Behavior

Lelaki baik boleh menjamin kebahagiaan hidup. Lelaki yang tahu menghormati keluarga, menjaga adab sopan even seorang lelaki, yang tahu melayan perempuan dengan baik. Kalau dia seorang yang hormatkan ibu bapa, pasti dengan ibu bapa kita pun dianggap macam parents sendiri. Pasti sedap mata memandang kalau lelaki seorang yang sangat sopan santun. Sopan santun tak bermaksud "lembut". Lelaki yang pandai menjaga hati dan perasaan perempuan, tidak mengherdik, memukul, menyentuh sesuka hati.

Lelaki Berduit

Berduit bukan bermakna kaya raya tetapi berkemampuan. Mampu untuk tanggung diri sendiri pun dah ok. Tak adalah nak menyusahkan perempuan. Nama aje lelaki tapi semua benda nak mintak dari perempuan. Kalau saling give and take tak apa jugak tapi kalau asyik take je, apa kejadahnya. Topup pun nak suruh awek topupkan, tak payah ada awek la der.

Lelaki Berilmu

Selalunya perempuan akan cari lelaki bijak sebagai pasangan. Kalau korang memang yang bijak pandai, itu bonus. Kalau tak, korang cuba la tambahkan ilmu pengetahuan, isu semasa pun ok. Mana tahu boleh buat modal borak ke, baru boleh tunjuk yang korang tu luas pengetahuan. Lelaki pandai even tak handsome pun tapi nampak smart.

Good Looking

Good looking tak semestinya kacak bergaya, stylo mylo. Cukup sedap mata memandang. Memang orang cakap cinta tak mengenal rupa tapi perempuan ni still nak cari yang berupa gak.Kalau muka korang tak sekacak mana, cuba pakai sekemas mungkin pasti lagi ok. Tapi benda ni tak berapa penting sebab tu letak last sekali. Muka kacak macam Zac Efron tapi perangai macam hampeh, tak ada gunanya kan. Peribadi dilihat dari dalaman bukan luaran. 


sumber gambar : google



16 comments:

Izzati Tatie said...

ustaz don nie mmg glemer gler kat kolej ktorang.ble tiap kali die jd imam kat msjid jer..sume jd xhusyuk solat..sbb sdap sgt.haha

AmirahSM said...

akak setuju nie anis..sume ske ustaz don kan..haha

daya said...

aww. mama kite suke sangat ustaz don ni. :)

♥ Cik Zack's ♥ said...

Anissss, ust don tu sis dh chopppp ! HAHAHA emm stuju sgt dgn ciri2 lelaki idaman ni. xpyh ncem, jnji baik, ade agama, cukup :)

----- ----- said...

Hehe..
budak kuis rupanya tuan blog ni...

NINJA

steffany daph said...

semua tu suka. cukup sifat. hehe. especially bab suruhan agama. mesti ada. ^^

Syazwan Che Deraman said...

macam brad pitt plak ustaz don tu.

aku tak kenal lagi dia.

AdaNaz87 said...

ustaz don bergaya sungguh! :P

lisa said...

semua tu mmg ciri2 lelaki idaman lisa hehe.. yang paling mustahak, mestilah perlu beriman :)

ehana said...

sokong bab "brduit"..hehe
mmg kdang2 bajet lari..p lau dah tiap2 blan lari..kite pon ase nak LARI jgak..kan..:)

nuruashia ♥ said...

aiyaaa...npe mesti gmbr SIWON??
die xhensem..hahaha..cari lain..

Halia Kentang @ Annpaan said...

iye..sy mencari lelaki sebegini..ada jumpa tak?/;p
gurau je..
btw nice entry

wanie mn said...

pesanan buat lelaki,

Janganlah jadi baik kerana inginkan wanita solehah..

Tetapi


Jadilah baik hingga kamu diinginkan oleh wanita solehah..:)

-syahirul.com


kiranya pesanan untuk wanita,

Janganlah jadi baik kerana inginkan lelaki soleh..

Tetapi


Jadilah baik hingga kamu diinginkan oleh lelaki soleh..:)


meaningful kan?? :)

cik najihah said...

walamak...hahha..
insyaAllah nudin cmtu

teha said...

paling penting , mesti laa yg soleh kan :) hehe

Hanie Dew said...

ohooo..gambar ustad don tuuu.encemnyeee..

tu dia ciri ciri lelaki idaman cik anis. sesape yg rasa cukup qualification tu bole le iklankan diri. hihi