25 January 2012

Budak Praktikal

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari tu aku ada cerita yang aku kena praktikal cuti sem ni kan, so hari ini  bermula la aku bertugas sebagai pelajar praktikal di Punca Bahan, Senawang. Staf semua ok, baik, peramah dan sporting habis. Hari ni masuk, kena taip Bill of Quantities, seharian duduk menghadap pc, boleh rabun mata aku. Tapi ok la dari tak ada kerja, duduk melanguk tengok orang.

Sepanjang praktikal ni, aku tinggal dengan mak sedara aku di Ampangan, Seremban. Dulu masa kecik, aku duduk kat sini dari tadika sampai darjah tiga, jadi tahu la jugak jalan-jalan Seremban ni. Balik kerja tadi, pusing-pusing kat taman rumah sewa aku dulu, terbayang je dalam kepala otak dulu main basikal pusing satu taman. Mesti semua kawan-kawan aku dulu dah besar panjang kan. haha

harap praktikal berjalan dengan lancar

Laptop buat hal, lepas satu-satu nak rosak.
Touchpad kat laptop tak boleh guna.
Tak suka pakai mouse..grrrr

9 comments:

nabila faryzza said...

wahh, first day kerja dah ada kerja. ok la tuu. hehe :)

♥ Cik Zack's ♥ said...

Gudluck anis syg :) keje elok2 eh ^^

S H I T E Q said...

eheee. hye budak praktikal! keja leklok~ :D

nuruashia ♥ said...

chaiyok2!!! keje bek2 yee.. :)

Safarina Shaari said...

gud luck ngn praktikal...:)

kalau sudi singgahlah....

http://thestoryofayna.blogspot.com/

hazanis said...

bestnya praktikal da..untung la..=)

Cik Rose Cute said...

follow sini...

nur anis said...

ada kerja qs kosong tak kat situ..? hihihi...

afiek jibriel said...

ko dah praktikal?..aku sem depan...weheee...