12 January 2012

Hidup Dalam Paksaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tiba-tiba aku rasa hebat dowh bila musim exam ni, benda yang belajar dalam kelas 14 minggu tak faham, tapi belajar semalaman nak ambik exam, terus masuk dalam otak. Tu namanya situasi paksaan, apa-apa jadi kita kena buat jugak sampai faham. Aku rasa hidup aku ni hidup dalam keadaan terpaksa baru boleh jalan.

Sebagai contoh la, kerja measurement. Lecturer bagi drawing suruh measure upper floor, seminggu belum tentu siap, siap pun sebab tiru kawan tapi kalau waktu exam, 3 jam dah setttle kerja. Lagi satu, kalau lecturer suruh buat kerja yang kena pikir sikit, jawab ikut kefahaman. Sampai sudah kerja tu tak buat, kononnya tak tahu tapi kalau exam, sedap je "menggoreng". Habis keluar semua fakta dalam kepala.

Jadi lepas ni, paksa diri sendiri buat sesuatu benda. Kalau assignment minggu depan, konon-konon dah nak kena hantar esok. Baru la siap on time. hehe.. Ni kira azam baru la, dengan kata mudah " jangan tangguh kerja". 
nah ambik gambar setepek.

aku merapu panjang gila cuma
 nak cakap ayat akhir tu aje, 
nampak sangat hidup aku
 BOSAN gila sekarang.  
Orang pun taknak datang baca 
dah belog aku sebab TAK BEST!




2 comments:

.........cP~ said...

Memang macam tu kan? Last minute call jugak dapat siap kerja.

nabila faryzza said...

a'ah kan betul jugak tu. time buat assignment bukan main lama nk siap. exam, 3 jam dh boleh siap. terpaksa!