30 January 2012

Lelaki Idaman

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni nak cerita pasal lelaki idaman, harap-harap entry ni boleh bagi hint kat lelaki diluar sana "bagaimana nak jadi lelaki idaman wanita". Aku cakap berdasarkan pengalaman, aku rasa semua ciri-ciri yang bakal aku sebut ni ada ciri lelaki idaman semua perempuan, kalau tak semua mesti ada lekat satu dua. So, man watch out!

ehem..ehem..Lelaki Idaman


Lelaki Soleh

Lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah pasti boleh menjaga hubungan dia sesama manusia. Tak perlu bergelar ustaz, cukuplah menunaikan suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Lelaki seperti ini pasti boleh melindungi dan membimbing keluarga ke syurgawi. 

Aku pernah ada kawan cakap macam ni "pakai tudung tu tutup dada, kalau tak pok pala". Maybe ada tak suka orang tegur macam ni tapi ayat tu betul-betul wat aku tersentuh. Untung siapa jadi bini dia. 


Good Behavior

Lelaki baik boleh menjamin kebahagiaan hidup. Lelaki yang tahu menghormati keluarga, menjaga adab sopan even seorang lelaki, yang tahu melayan perempuan dengan baik. Kalau dia seorang yang hormatkan ibu bapa, pasti dengan ibu bapa kita pun dianggap macam parents sendiri. Pasti sedap mata memandang kalau lelaki seorang yang sangat sopan santun. Sopan santun tak bermaksud "lembut". Lelaki yang pandai menjaga hati dan perasaan perempuan, tidak mengherdik, memukul, menyentuh sesuka hati.

Lelaki Berduit

Berduit bukan bermakna kaya raya tetapi berkemampuan. Mampu untuk tanggung diri sendiri pun dah ok. Tak adalah nak menyusahkan perempuan. Nama aje lelaki tapi semua benda nak mintak dari perempuan. Kalau saling give and take tak apa jugak tapi kalau asyik take je, apa kejadahnya. Topup pun nak suruh awek topupkan, tak payah ada awek la der.

Lelaki Berilmu

Selalunya perempuan akan cari lelaki bijak sebagai pasangan. Kalau korang memang yang bijak pandai, itu bonus. Kalau tak, korang cuba la tambahkan ilmu pengetahuan, isu semasa pun ok. Mana tahu boleh buat modal borak ke, baru boleh tunjuk yang korang tu luas pengetahuan. Lelaki pandai even tak handsome pun tapi nampak smart.

Good Looking

Good looking tak semestinya kacak bergaya, stylo mylo. Cukup sedap mata memandang. Memang orang cakap cinta tak mengenal rupa tapi perempuan ni still nak cari yang berupa gak.Kalau muka korang tak sekacak mana, cuba pakai sekemas mungkin pasti lagi ok. Tapi benda ni tak berapa penting sebab tu letak last sekali. Muka kacak macam Zac Efron tapi perangai macam hampeh, tak ada gunanya kan. Peribadi dilihat dari dalaman bukan luaran. 


sumber gambar : google



29 January 2012

Serius Malu!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Benda-benda yang aku nak cerita ni semua pernah terjadi kat aku, perkara-perkara yang memalukan pernah jadi dalam hidup aku...

Jatuh depan orang yang kita suka
Kalau kita ni suka seseorang, automatik jadi gadis melayu terakhir depan orang tu. Cakap kadang dengar kadang tak, jalan bersilang kaki tak ingat, jalan muka tunduk ke bawah aje, konon-konon sopan la ni. Satu hari, tengah nak turun tangga kat sekolah, nampak pulak abang senior yang aku suka, hati berbunga dah macam musin bunga. Tiba-tiba boleh pulak kaki buat hal, time tu jugak nak tersadungnye. Ambik kau, betul-betul bersimpuh depan senior tu.


Kantoi surat cinta dengan cikgu
Benda ni jadi masa sekolah rendah dulu, aku dapat surat dari senior ni kata suka kat aku. Aku ni pun balas la balik surat tu cakap nak jadi kawan aje. Aku suruh kawan aku yang bagi surat tu, boleh pulak kawan aku ni lurus bendul, bodoh pun ye, pergi bagi surat tu kat cikgu yang tengah mengajar tu suruh pas kat budak laki tu. Memang cikgu baca la sampai satu kelas dengar. Nasib baik, aku tak ada tulis jiwang. Tu la, kecik-kecik gatal dah.

Bagi meseg kat mak sendiri
Kalau dah bercouple, faham je la kan meseg mesti nak geli manja punya. Yang dah besar panjang ni pun dipanggil "baby". Benda ni baru je jadi 2,3 hari lepas. Aku nak meseg baby aku. *geli* Tulis macam ni "mana bby ans ni?" dengan confident tekan "send". Bile delivered sekali tengok " delivered to Mama Celcom". Ambik! Nasib baik mak aku tak balas " masa bila pulak ko ada adik baru ni". 






Dulu masa mula-mula pakai handphone pun pernah jadi macam ni. Aku meseg dengan bf aku, pastu kawan-kawan yang majoriti tak ada handphone jadi batak sat pakat la godek-godek handphone aku. Entah apa diorang tekan sampai terhantar meseg aku nak bagi kat bf aku tu ke abah aku. Ye la, nama "abah" atas sekali dalam contact no. Memang pastu ayah aku ngamuk la. Baik punya cover, aku cakap ada akak senior pinjam telefon salah bagi meseg. Haha.

Korang pernah jadi macam aku?
cerita la sikit :D

28 January 2012

Ohsem Tagline Contest by Kedai Kiz

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Segalanya ohsem tentang contest, hadiah-hadiah, penaja-penaja dan barang-barang yang dijual dari Kedai Kiz pun ohsem. Tak tahan nak taip laju-laju join contest ini, otak pun ligat berfikir cipta tagline paling ohsem.
Nak tengok apa yang ohsem sangat, laju-laju tangan klik sini.

Semua orang boleh join contest ni, melalui belog atau facebook. Jadi sesiapa berminat boleh la tengok di Page Kedai Kiz untuk join contest ni dan usha baju-baju cantik. Cepat sebelum 6 Februari :)

Dah nama ohsem tagline contest, mesti la kena buat tagline kan..ehem..ehem.. 
persembahkan tagline ohsem untuk Kedai Kiz


26 January 2012

Pencarian Telent oleh Fareha Rahmat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera




Mintak satu, bagi tiga. hehe

Kak Fareha nak cari model untuk kelas makeup dia, mana tau ada rezeki boleh dimakeupkan oleh Kak Fareha. Sebab join, sebab nak sangat di"makeup"kan oleh kak Fareha. Muka ni selau "bogel" je, jarang dipakaikan makeup. Selalu pakai bedak compact aje.hehe 

25 January 2012

Budak Praktikal

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari tu aku ada cerita yang aku kena praktikal cuti sem ni kan, so hari ini  bermula la aku bertugas sebagai pelajar praktikal di Punca Bahan, Senawang. Staf semua ok, baik, peramah dan sporting habis. Hari ni masuk, kena taip Bill of Quantities, seharian duduk menghadap pc, boleh rabun mata aku. Tapi ok la dari tak ada kerja, duduk melanguk tengok orang.

Sepanjang praktikal ni, aku tinggal dengan mak sedara aku di Ampangan, Seremban. Dulu masa kecik, aku duduk kat sini dari tadika sampai darjah tiga, jadi tahu la jugak jalan-jalan Seremban ni. Balik kerja tadi, pusing-pusing kat taman rumah sewa aku dulu, terbayang je dalam kepala otak dulu main basikal pusing satu taman. Mesti semua kawan-kawan aku dulu dah besar panjang kan. haha

harap praktikal berjalan dengan lancar

Laptop buat hal, lepas satu-satu nak rosak.
Touchpad kat laptop tak boleh guna.
Tak suka pakai mouse..grrrr

23 January 2012

Temerloh Dah Maju

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kalau dulu selalu mengeluh, Temerloh sangat membosankan. Kalau nak dating je, tak tau nak pergi mana. Jalan pusing satu bandar, tak ada idea nak pergi mana, terus balik rumah. Kiranya kalau budak-budak Temerloh ni tak didedahkan dengan kehidupan sosial macam orang duduk kat bandar besar. Wayang, bowling semua tak ada. Kalau nak tengok wayang kena pergi Kuantan atau KL. Sebab tu kalau nak keluar bnadar Temerloh pakai selekeh pun tak apa, tak ada siapa nak heran. Pakai stylo mylo tu yang orang pandang pelik. 

Tapi sekarang, bandar Temerloh dah berubah dengan adanya Starmall yang baru siap kat Mentakab. Tapi tu pun banyak lagi kedai dalam mall tu tak bukak lagi. Yang paling menarik perhatian, mesti la sebab adanya GSC Lite dibina dalam mall tu. Tak payah nak pergi jauh-jauh. tengok wayang. Lepas ni, boleh dress up KL dah kat Temerloh.hehe

Semalam bawak la adik-adik pergi Starmall tu, ikutkan nak tengok wayang tapi still tak bukak lagi. Kempunan la adik aku nak tengok wayang. Last-last duk lepak kat McD aje. Jom tengok gambar.. :D





Update entry ni ambil masa setengah jam.
Serius broadband ni sangat menyakitkan hati.
grrrrrrrrrr.....

21 January 2012

Badan Cantik, Hati Gembira.. Jom Workout!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dengan berbekalkan azam baru " biar umur meningkat tapi jangan berat badan meningkat", tekad nak dapatkan berat yang ideal, badan yang slim melim. Ramai cakap, jangan makan nasi 3 bulan baru boleh dapat badan idaman. Tapi aku ni jenis payah nak tolak rezeki, lagi-lagi duduk rumah. Makanan yang sedap dan free memang susah nak ditolak. Jadi, usaha untuk diet ditolak tepi, cuma kurangkan je jumlah yang diambil. 

So, bukak youtube cari exercise yang sesuai. Terjumpa video dibawah ni, hari ni dah hari kedua aku buat, badan dah sakit tapi tak apa maknanya menjadi la, badan berinteraksi dengan WORKOUT ni. Tak lama, ambik masa 20 minit je nak buat, dah berpeluh-peluh macam lari satu padang. Nak cantik kena la usaha sikit.



Tak sabar nak kurus...weee

20 January 2012

Running Man datang Malaysia?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Ingat lagi bila mula-mula diperkenalkan dengan Running Man, mulut mengomel even baru tengok 5 minit "cerita apa ni, ala macam tak best je" tapi sabarkan diri tengok sampai habis. Lepas tu terus melekat dari satu episod ke satu episod, gelak sorang-sorang tak ingat dunia. Sampai lagu Kim Jong Kook jadi ringtone handphone.

Tiba-tiba kecoh kat facebook, Running Man nak datang Malaysia. OMG! Mari peminat tegar Running Man, kita like sama-sama supaya impian menjadi kenyataan. Dengan like beribu-ribu kali di link bawah ini..




kan best kalau Joong Ki pun ada :)


Ehem...ehem.. fakers

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dulu aku sibuk fikir, kenapa la orang ni kecoh sangat ada fackers tapi bila batang hidung kena sendiri, baru terasa membaranya jiwa. Selalunya orang dah terkenal je yang ada fackers, adakah ini petanda... :) Boleh lagi aku senyum kan, aku dah add Minah Sopan ni, tapi tak approve lagi. Nak pm tak boleh, gila private facebook. Baru nak kenal-kenal. ceh, sombong betul.

nasib baik ambik gambar saya yang comel

19 January 2012

Sambungan Rezeki Awal Tahun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Dah janji kan nak update pasal Rezeki Awal Tahun ni, hari tu just letak gambar setepek pastu bla. Sebenarnya, girrlfriend cousin aku, Kak Ika mintak tolong jadi model untuk selendang yang dia jual. Cantik sangat half moon shawl tu ok. Rasa nak ambik, bawak balik je. Layan gambar dibawah, aku tak adalah secantik model-model yang lain. Ni pun first time kena makeup macam ni. Btw, korang boleh tengok kat page Aara Closet, kat situ ada jual banyak kain pasang dan selendang. 




Aku dengan Kak Ika @ owner Aara Closet @ MUA 



18 January 2012

Aduhai broadbandku "sayang"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Macam mana nak update entry 230691 kali sehari, nak upload gambar pun dah macam download movie. Ni la masalahnya kalau balik rumah, broadband CELCOM langsung taknak beri kerjasama. Bil nak bayar on time je, tapi pakai sikit dah terus line slow macam siput. Rasa na tukar broadband la, ada cadangan?

17 January 2012

Exam? Apa tu?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Memandangkan exam dah habis bermakna cuti sem bermula hari ini memang membuatkan terus lupa apa maksud "exam". Akhirnya habis jugak sem 3, selamat menduduki semua exam tanpa ada kecedaraan mental atau fizikal *hiperbola gila aku ni* Jadi misi seterusnya, tengok Runningman sampai lebam, update entry sampai muntah dan facebooking sampai pengsan, tidur sampai tak bangun-bangun.

Aness, roomate yang disayangi
study duapuluhempat jam bersama-sama

detik-detik terakhir sebelum masuk dewan
last paper dowh :D


Ceh, terus hilang angan-angan nak bersenang lenang di rumah makan keropok moli tengok cerita kartun kat Astro Ceria yang diulang 230691 kali. Dengan dukacitanya, cuti sem tak ada, praktikal sebagai ganti. :'(




16 January 2012

Rezeki Awal Tahun

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


update later ok.
tak sabar hari Selasa even tak study apa-apa lagi.

15 January 2012

Review Blog Bersama NorNadiah Dot Com

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Nak join jugak klik sini, cepat sebelum 16 Januari.

Nak komen sikit ni, lepas baca jangan marah pulak.hehe.. Belog comel lote warna pink, *sukasuka* tapi kena kemaskan sikit, maybe pakai 2 column dah ok kot, gadget yang tak berkaitan, tak payah letak rasanya. Lepas tu besarkan sikit tulisan untuk "title post", melilau mata cari tajuk post..hehe
Sekian, jangan marah. Ambil yang membina, buang yang tak guna..hehe


14 January 2012

Perempuan Cantik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Perempuan yang mengatakan dirinya cantik ialah perempuan yang bersyukur dengan anugerah Illahi
 by Ustaz Azhar Idrus

Pernah tak korang pandang cermin pastu korang puji diri sendiri. " wooo, cantik jugak aku ni".
 Aku dah selalu buat, korang bila lagi? 


bukan niat nak riak, tapi hakikat.
*ok rasa nak sepak laju-laju tak?*

13 January 2012

Tak Sabarnya Nak.....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
 

Bila dah besar sikit


Bila dah masuk u....





Packing

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Even last paper, Construction Technology lagi 5 hari lagi tapi.....




QS Fun Time

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tahun lepas, * macam dah lama je padahal bulan lepas* budak sem 3 Quantity Surveyor ada anjurkan QS Fun Time, konon-konon macam sukaneka la. Mula tak nak join tapi nak support event batch sendiri, jadi join jugak la jadi peserta even kawan-kawan lain jadi urusetia. Dengan mengorbankan masa tidur di hari cuti, kitorang join la game ni. Tak sia-sia, gabungan tenaga Anis, Zakiah, Eja, Miedah dengan Yong, kitorang dapat 3 hamper yang BESAR.

Dari 4 game, satu game je kitorang kalah. Yang lain dapat no satu dengan dua. Hebat kan! Nah layan gambar. Gambar yang cantik diambil oleh kamera mahal orang lain dan gambar yang buruk diambil oleh tepon aku yang 5.0 mega pixel ni je.

pape tangkap gambar dulu sebelum bertarung
detik kemenangan, no satu dowh



game kedua ni pun menang. Aku conduct kat belakang



dari kiri : Miedah, Anis, Eja, Zakiah & Yong
Kamilah JUARA


bersiap sedia nak berperang, masa ni kitorang men tembak-tembak air

Mampu dapat hamper sebanyak tu?

Lepas ni aku nak update belog sampai
korang tak daya nak tengok nama
belog aku dalam dashboard..haha