09 December 2012

Already 4 Years

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hai, today i want to introduce my soulmate merangkap my little bro, my big bro, my punchbag * sebab bila marah, lepas kat dia* and my close friend, Nurudin Nazrin Zulkipeli. Already 4 years relationship as boyfriend girlfriend, pecah rekod lelaki paling lama bertahan dengan perangai Anis Adila *claps*.

Nak harungi 4 tahun bukan senang, lautan api, ranjau berduri, terluka, terhiris semua ada dalam perhubungan selama ni tapi semua tu la yang buat kitorang sedar " we're complete each other". Petengahan tahun 2012, krisis paling hebat berlaku, ingatkan sampai situ je hubungan kitorang tapi kitorang still happily together. Lepas krisis tu, kitorang sedar yang kitorang saling memerlukan. 

Serius, kami sangat close, we are not just like sweet couple yang jiwang-jiwang, control-cotrol macho bila jumpa. Nope, "aku sangat aku" bila dengan dia. Boleh cerita apa aje, boleh cakap apa aje, boleh buat apa aje.Sampaikan rasa macam ada 6th sense bila dengan Nurudin ni, aku dah boleh baca fikiran dia! Bestfriend pun tak macam ni.

Jadi marilah pembaca blog ni berdoa beramai-ramai supaya hubungan pakwe makwe ni akan naik taraf jadi hubungan suami isteri pulak secepat yang mungkin. Wink ;)


08 December 2012

Need Help

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aci tak dah lama tak update blog, tiba-tiba update blog nak mintak tolong. Tolong ye sayang sekalian, just klik sini dan VOTE. 
Nanti kalau menang camera boleh tangkap gambar cantik-cantik letak kat blog :)


21 November 2012

Muslim! It is important to us!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Lamanya tak mengarut kat blog ni, dah lupa macam mana nak start menaip. Alhamdullilah, Allah bagi badan yang sihat untuk kita dengan negara yang aman untuk kita hidup. Tapi kita tak sedar dalam kita gembira ber"facebook", tweet kutuk orang sana sini, makan kenyang, saudara kita, ye saudara kita menderita. 

Yeah, i talk about Gaza. Tak tahan tengok, anak-anak kecil yang sebaya dengan adik-adik kita, sepatutnya tengah main lari-lari dengan kawan, berimaginasi menjadi somebody, tengok kartun kat tv tapi MEREKA DI GAZA MENDERITA! Budak 5 tahun boleh menjerit dekat ASKAR ISRAEL. Dulu umur kita macam tu tahu jerit nak suruh beli mainan je kan.


Please friends, we are together pray for them. Semoga ISRAEL mendapat balasan yang teruk dari Allah SWT. Kita tak perlukan bahan bedilan yang canggih untuk tentang diorang, cukup doa dari MUSLIM. Kita yakin kita ada senjata yang lebih kuat, lebih berkuasa dan maha hebat. Allah SWT mendengar doa hamba-hambaNya. Tak salah kalau kita selitkan doa untuk saudara kita di Gaza selepas solat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

This is good information about Masjid Al Aqsa, click this link. http://www.myberita.com/mengapa-yahudi-menggali-di-bawah-masjid-al-aqsa/

14 October 2012

Afiqah Rozaini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


happy graduation dear :)
i'll love u forever. 
2 pucuk surat dr zmn sekolah, aku simpan sampai sekarang :)

05 October 2012

Tanpa Sedar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita dah dapat apa yang kita nak, Tuhan dah bagi apa yang kita mintak. Tapi biasalah manusia, tak pernah puas apa yang ada "bagi betis nak paha". Cuba ambil masa seminit bersyukur atas apa yang kita peroleh tanpa sedar :)


27 September 2012

Sudut Kesukaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sejak menjak duduk rumah sewa ni rasa nak decorate rumah macam rumah ni aku punya. Memandangkan rumah dikongsi kena la ambik satu sudut je nak lepas gian. Teringat dulu-dulu masa sekolah, dekat belakang kelas mesti ada sudut bacaan, sudut informasi dan sudut lepaking ;)


Rumah kita kan ada telefon rumah, kembali ke zaman cinta-cinta monyet, bergayut dengan boyfriend tengah-tengah malam bila mama dah tidur dengan mengeluarkan suara seminimum mungkin takut kantoi gayut dengan boyfriend. Telefon ni hanya dapat panggilan dari luar sahaja sebab nak jimat.


Yang ni la sudut kesukaan kita, tampal pembalut hadiah kat dinding lepas tu tampal macam-macam. 
1. Kalendar bersama waktu solat 
2. Tempat nak tampal semua memo penting
3. Jadual kelas 
4. Kalendar untuk diconteng tarikh-tarikh penting
*gambar-gambar insan tersayang*

Ok telefon rumah berbunyi, nak bergayut dulu. bye :)

21 September 2012

Dashboard Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Rasa rare gila pakai dashboard blogspot yang baru ni, tiba-tiba rasa macam blogger yang baru nak start blogging. Tolong la, ada cara tak nak tukar blogspot baru ni ke lama? Ni yang buat mood nak blogging merundum jatuh ni *alasan*, padahal memang dah lama malas nak menaip kat blog ni. 

Sorry la lama beno tak update blog, seminggu sekali baru berpeluang. Lepas ni rajin sikit kot sebab dah ada wifi kat rumah, itu pun kalau aku rajin. Serius malas gile nak perah otak cari idea nak post kat blog ni, banyak benda lagi nak fikir. Kalau setakat tulis random macam ni boleh la, kalau penulisan yang berat-berat tu payah la sikit. Baik aku perah otak untuk buat dissertation aku. Tapi InsyaAllah kalau ada kelapangan masa, ada ilmu yang best nak kongsi dengan korang, aku kongsikan jugak ye.

Lepas tu nak mintak maaf kawan-kawan blog yang rajin datang singgah baca dan komen, tak ada masa sangat nak blogwalking kat blog korang. Pergi yang nampak dimata aje, tu pun baca curi-curi. Nanti ada masa free yang banyak sangat, aku blowalking blog korang ye. Tak mau marah-marah, merajuk taknak baca blog kita ye..hehe


14 September 2012

Semester Baru Azam Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sudah seminggu berlalu minggu pertama di semeter lima, ok tak lama dah nak habis belajar. Tinggal setahun aje lagi, lepas tu boleh cari duit tolong family pulak, bayar hutang beribu-ribu dengan PTPTN, dan boleh kumpul duit nak kahwin..hehe. Setiap kali semester baru je mesti nak ada azam baru macam masuk tahun baru. List bukan main panjang ni azam semester baru ni tapi entah buat ke tidak.

Sem ni macam lain sikit sebab dah duduk kat luar. Kena pandai-pandai la sesuaikan diri sebab selama ni memang duduk kolej. Tak ada la nak shopping-shopping sebab kena jimat duit. PTPTN bukan banyak mana pun, cukup-cukup makan sampai habis sem aje. Sedih je dengar kan..sobsob


Kat atas ni jadual kelas, siapa nak ajak dating tu tengok la masa bila aku free ye. Jadual tak ada la padat sangat sem ni tapi sem ni sangat la tough, dengan dissertation *thesis* dah start kena buat. Jadi kena la pandai-pandai bahagikan masa tu supaya tak menggelebah dengan kerja yang akan bertimbun. 


Jarang update blog sebab
 rumah sewa tak ada wifi. 
Sorry :(




08 September 2012

Tamat Praktikal

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Akhirnya 7 September 2011 tamatlah praktikal sepanjang 2 bulan ni tapi sebenarnya tak sampai pun 2 bulan sebab cuti raya seminggu *nasib ada cuti raya tau*. Dan selama 2 sem dah aku tak ada cuti sem, tak duduk rumah sendiri lama-lama sebab merantau tempat orang je waktu praktikal ni. 

Apa yang aku dapat masa praktikal ni? Amboi dah macam soalan lecturer masa viva aku baru ni. Sebenarnya alam pekejaan mostly sangat berbeza dengan zaman belajar. Kerja yang almost 8 hours duduk dalam office menatap laptop dari start waktu berkerja sampai la habis kerja. Kalau mata aku rabun lepas ni salahkan praktikal.  Selain tu, berkerja ni tak ada la complicated macam kita belajar dalam kelas.

Actually kat ofis yang aku praktikal ni, mostly staff lelaki. Hanya kami bertiga yang praktikal ni je perempuan. Kitorang ada la buat makan-makan sikit sempena perpisahan kitorang yang dah nak tamat perkhidmatan kat firm ni. Sepanjang kat sini, happy aje. Staff baik hati, pemurah, penyayang dan semua yang baik-baik la. Bahagia la praktikal kat sini. Jadi sem depan boleh bergembira cuti sem di rumah.










07 September 2012

Saya dan Facebook

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama nak cerita pasal facebook ni tapi selalu aje ada rintangan, selalu aje otak kata "tak payah la kau tulis benda ngarot ni, tak ada siapa nak baca pun" tapi tiba-tiba hati kata "ikut kau la nak taip apa, ni blog kau". Ok habis dah monolog, boleh taip laju apa yang tengah sarat dalam kepala otak ni. 

Sekarang boleh ada peribahasa baru, manusia dengan facebook tak dapat dipisahkan untuk siapa yang ada facebook la kan, tak aci la nak kait juga tokwan yang duduk kampung tu, sah-sah diorang takde facebook, mak aku pun tak ada fb. Macam aku, kalau online je perkara wajib buka fb kalau tak buka boleh kira serba tak kena. Even tak godek pun fb tu janji sign in. Kena la kan dengan peribahasa yang aku cipta kan..kan..

Aku ni bukan la jenis ramah sangat dalam fb tu, kira kalau coment dalam wall post tu satu dua terus bla. Kiranya aku ni tak pandai sangat la nak beramah mesra dengan orang dalam fb. Ada orang ayat bukan main best coment-coment dalam fb macam tengah borak depan-depan. Bagi aku fb ni lebih pada medium aku nak stalk orang aje * kantoi kaki stalker*. Aku boleh tak tido duduk depan laptop stalk page orang. Tengok gambar, baca status,  baca apa orang letak link kat fb dan lain-lain. Nasib aku tak main game je dalam fb tu, kalau tak mmg aku tak buat kerja la.

Friend request pulak ada la 2,3 ketul tapi aku ni jenis tak rajin nak check friend request. Untuk terima atau tak tu bergantung pada mood aku, kadang-kadang aku accept je semua, kadang-kadang pilih mana yang berkenan di hati dan kadang-kadang pandang pun tidak. Kita ni mesti jadi orang yang berhati-hati bila pilih kawan *kawan fb je kot* #sight.

Tapi banyak-banyak benda kat fb, benda yang paling annoying kat fb bila kita tak balas pm orang pastu dia pm lagi "eh, sombong betul la awak ni, macam la comel sangat". Dengan bf aku pun puas bergaduh nak ajak aku chat kat fb, kau orang yang aku tak kenal nak cakap macam tu bila aku tak layan. Aku dah approve jadi kawan dah cukup baik tapi confirm la lepas tu aku terus remove. Padan muka!

Tapi blog Anis Adila Aris ni ada page. Kalau nak ajak borak ke, fb Anis Adila tu sombong taknak layan tapi InsyaAllah page Blog Anis Adila Aris ni layan orang. Kalau ada tak puas hati ke, nak tanya pape ke, tanya je kat page nie. :)




Fenomena Oppa Gangnam Style

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Tiba-tiba rasa diri ni munafik giler, konon nak selalu update entry tapi 2 minggu sekali baru la update. Tapi boleh dimaafkan kot sebab lately busy sikit dengan report praktikal, ECA, dan remeasure drawing yang tak sudah. Viva pun dah siap dengan lecturer dan hari ni hari last praktikal dan hari last menikmati unifi free superlaju. 



Cakap pasal tajuk entry, mesti semua orang tahu pasal lagu "Oppa Gangnam Style" ni, hits kot sampai 114 juta viewers. Aku rasa lagu ni meletop-letop seluruh dunia. Orang tak minat kpop pun boleh suka dengan lagu ni. Rentak lagu best dengan tarian yang senang orang nak ikut. Kira semua orang boleh tiru tarian lagu OPG ni. Sebab tu la berlambak parody lagu Oppa Gangnam Style ni kat Youtube.

Lagu Oppa Gangnam Style ni menceritakan kehidupan penduduk daerah Gangnam yang dikira mewah dari daerah lain. Kehidupan mewah tu mempengaruhi penduduk yang kurang mewah menyebabkan diorang sanggup mementingkan keperluan tambahan dari keperluan asas seperti sanggup makan magee untuk minum di kedai kopi yang mahal. Contoh kalau kat negara kita ni, sanggup makan roti gardenia aje untuk makan Tutti Fruti. 

Jom layan parody lagu Oppa Gangnam Style yang Malaysian buat. Jom joget-joget!

27 August 2012

Eid Mubarak 2012

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdullilah, ada kesempatan nak update blog. Seminggu dah raya, baru nak update cerita raya dengan gambar-gambar raya. Tak banyak manapun gambar raya sebab sebab raya tahun ni tak best, Alhamdullilah semalam dah keluar hospital. Setiap malam bermalam kat hospital, dah boleh jadi nurse dah aku ni. Tengok gambar je la ye kawan-kawan, korang bukan nak baca sangat kan...kan..kan..

cucu-cucu Yusuf dan Zabedah
Actually keluarga belah mama aku tak ada la besar, mama ada tiga orang adik beradik je. So, yang ni aje la cucu-cucu atuk dan wan aku. Cucu sulung yang pakai baju lain dari orang tu *aku la tu* pastu yang lain sekolah lagi.  

my siblings
ada dua orang je cucu lelaki dalam family ni
selebihnya perempuan 

kawan-kawan sejak zaman "budak-budak baru nak up" lagi
jalan-jalan raya ke 4
beraya rumah kawan-kawan 


22 August 2012

Cerita Hari Raya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pejam celik, hari ni dah masuk raya keempat, konon-konon nak buat entry khas Hari Raya tapi lambat sangat. Kuih raya dalam balang pun dah habis. Raya kali ni sedih sikit, tak dapat sambut dengan sepuas hati. Malam raya, atuk aku kena masuk hospital sebab jangkitn kuman kat paru-paru dan malam raya jugak la aku dah bermalam di hospital. Orang sibuk bersiap untuk pagi raya, dengar takbir raya tapi aku terlentok di kerusi tepi katil hospital. Tapi tak apa pasti ada hikmah kan!


Hari ni dah masuk hari ke empat atuk aku kat hospital, sekarang bergilir dengan mama aku jaga atuk kat hospital. Aku jaga malam, mama jaga siang. Kawan ajak beraya pun tak dapat nak ikut. Baju raya pun dapat pakai sepasang je masa raya pertama, baju raya lain ada tergantung kat almari. Tak pe boleh pakai raya haji nanti.Tapi ada la sikit gambar raya dengan cousins. Yang itu lain entry sebab tak ada mood bergembira lagi ni. Last, please doakan untuk atuk kita tau :)

14 August 2012

Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bismillah, terfikir-fikir nak join ke tidak contest ni, ayat aku ni bukan kebabom mana tapi belum cuba belum tahu, ye dak? Contest dari Annas Easkey, kira retis jugak ni sebab ramai orang kenal termasuk la retis di Malaysia. Great photographer with awesome talent nak bagi duit raya dengan syarat! Nak tahu syarat, dipersilakan ke blog Annas Easkey. 


  • Saya suka Annas Easkey kerana AE * singkatan Annas Easkey* menunjukkan dengan talent yang ada kita boleh develop diri kita be somebody. As we know AE bukanlah seorang siswa jurusan fotografi di mana-mana IPT tetapi fotografi adalah bakat semulajadi yang ada dalam diri AE, bak kata AE " photography is in my DNA". Karya yang dihasilkan, sama ada gambar atau sentuhan makeup awesome giler. He is like magician yang boleh ubah someone yang biasa-biasa jadi luar biasa. First time tengok karya AE dah jatuh hati dan terus lekat kat kepala.  Tak heranlah ramai artis point AE as a their photographer. Artis jumpa dia pun teruja tau apatah lagi kalau insan biasa macam aku ni, berpuluh kali teruja.

  • Baju Raya saya berwarna hitam,mustard dan kuning. Tekad satu family decida pakai jubah aje raya pertama. Simple dan senang nak dapat. Mustard untuk baju kurung, beli kain dan my mum jahitkan. Kuning untuk blause labuh, entah pakai ke tidak tu..hehe

  • Kata-kata semangat buat Annas Easkey. You had a great talent, just keep going what you do today and be more succes. Maybe one day AE akan jadi photographer terkenal seluruh dunia, InsyaAllah. Hiraukan orang-orang yang ingin menjatuhkan AE sebab ramai lagi yang support AE. Lastly, always remember Allah in anything u do, InsyaAllah kejayaan dunia akhirat di dalam tangan. Btw congrates for 90000++ likes in FB Fanpage. *kan kita cakap ramai yg support AE*

Persiapan Aidilfitri

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pejam celik, pejam celik dah nak raya dah kita. Puasa pun tinggal berapa hari je lagi. Sedih nak tinggalkan Ramadhan tapi tak sabar jugak nak sambut Syawal ni. Masing-masing mesti dah shopping raya, beli kasut baru, beli baju baru, beli beg baru, semua baru  la yang penting. Boleh kira nanti raya pertama semua yang pakai tu bau kedai lagi.

Tahun ni bersederhana aje, beli jubah sepasang dengan kain nak buat baju kurung. Tudung pulak pashmina satu, bawal plain satu. Raya ke 3,4,5 dan seterusnya pakai aje la baju lama. Kasut pulak serba salah nak beli ke tidak sebab baru je beli kasut tapi ikutkan nak pakai pergi kelas aje, kasut yang sedia ada pun sampai tak terpakai. Raya nanti baru aku tunjuk gambar, baru la suprise :)

Kuih muih beli aje, tak ada maknanya nak buat. Mak aku sibuk nak siapkan baju raya orang sampai baju raya sendiri pun tak buat, jadi tak ada maknanya la nak buat kuih. Juadah hari raya tak decide lagi, pape pun nanti raya aku post entry khas Hari Raya.

Jadi di Ramadhan yang terakhir ni, fokus beribadat. Tambahkan amalan sebab kita tak tahu tahun depan bertemu lagi ke tidak dengan Ramadhan. Jadi gunakan kesempatan yang ada untuk menambah pahala bawa ke syurga. Sekian, disertakan gambar bersama jerawat raya. *macam surat aje*

di dagu tu ala-ala tahi lalat, manis aje nampak..coii


07 August 2012

What QS do?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Aku rasa staff ni baca la blog aku, lepas je update post bosan terus dapat kerja berlambak sampai kena datang hari Sabtu buat kerja. Tapi takpe dapat pengetahuan, rupanya cara measure drawing masa zaman belajar dengan kerja sangat lain. Masa belajar sangat la detail kena kira, benda yang kecik-kecik pun kena add dan less tapi bila dah kerja ni actually simple sangat, kalau floor just ambik je m2 dari drawing tapi simple-simple pun pinar jugak la mata aku ni tatap drawing. Biasalah waktu belajar kena la susah sikit, bak kata pepatah " bersusah-susah dahulu, bersenang lenang kemudian".


benda penting
drawing
scale ruler
colours


03 August 2012

Result Exam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari Jumaat yang penuh barakah ni hari yang ditunggu-tunggu oleh semua siswa siswi UiTM. Mana tidaknya hari ni la penentu atas usaha satu sem, tertunggang tonggek buat assignment, jawab test, sampai nak pengsan jawab exam yang gap menyeksakan.Bayangkan kitorang habiskan 6 paper dalam masa 7 hari dengan study week yang 3 hari aje, memang stress gila baban la. Sampai rasa nak collapse kot masa jawab exam Measurement. 

Alhamdullilah hari ni dah terjawab segalanya, buat pelajar yang biasa-biasa macam aku ni, yang otak kurang geliga ni, semua lulus sudah mencukupi. Tak dekan pun tak apa, janji tak ada yang repeat. Di sini ada sertakan keputusan exam bersama markah sekali, kalau nak tahu pointer aku kira sendiri. Usaha la sikit..hehe


Sampai termimpi-mimpi kot pasal result, bangun sahur tadi terus laju-laju check email. Alhamdullilah syukur, ada peningkatan dari sem lepas. Jadi boleh la senang hati nak masuk sem 5, cuma satu aje lagi problem ni pasal rumah sewa. Kalau ada yang nak membantu, pm kat facebook ok :) Ok la, nak cau dulu, banyak drawing nak kena measure ni..tatatititutu..

tersenyum riang

01 August 2012

Kebosanan Melanda

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Melompat terbang tinggi capai bintang di langit 
Menjerit namamu sekuat hati biar kau dengar datang ke sini

Tau tak macam mana perasaan ngantuk sampai tak boleh bukak mata tapi kena tahan mata tu!!!

Merokok Tidak Macho Ok

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Balik rumah baru ni, ada mama cerita pasal rokok. Mama selalu dengar Radio Ikim sambil menjahit,so banyak benda la info mama dapat dari Ikim ni. Pastu baru ni ada la mama cakap pasal rokok sebab dia suruh pesankan kat Nurudin *nurudin merokok*, alang-alang aku pesankan kat korang sekali. Kalau korang tak merokok sampaikan kat kawan, saudara mara yang merokok ye. Ini untuk kepentingan kita bersama jugak.


Semua tahu merokok tu membahayakan kesihatan tapi semua kan degil taknak dengar. Best sangat agaknya isap 4000 bahan kimia yang ada dalam rokok tu, antaranya nikotin (tar), monia (awetkan mayat), arsenik (racun tikus) dan carbon monokside (asap lori). Baru-baru ini ada kajian dilakukan dan mengatakan terdapat kandungan arak dalam rokok. Sebab tu kalau rokok tu dihidupkan api, kalau tak ditenyeh dia tak padam, rokok akan terus membara sampai ke putong rokok.



Fatwa kebangsaan mengatakan merokok tu haram sebab membahayakan kesihatan tapi semua buat tak tahu. Tak makan babi ikut pulak, bila bab merokok ni taknak ikut. Merokok tu diharamkan kerana membahayakan kesihatan. Dalam Al-Quran sendiri ada sebut yang kita tak boleh membahayakan tubuh badan kita. Merokok ni sama je prinsip kau bunuh diri terjun bangunan, terjun bangunan terus mati tapi merokok ni ambik masa sikit nak mati.



Penyakit tak usah cerita la, memang tak dinafikan ajal di tangan Tuhan tapi kalau kau sendiri yang cari ajal macam mana tu? Asap rokok yang melalui dalam organ dalam tu yang menyebabkan barah kerana unknown cell yang tercipta dari asap rokok ni tak tahu nak menapak kat mana dalam badan kita, so cell tu akan singgah kat mana-mana dan menyebabkan barah.

Kalau la korang jenis tak sayangkan badan korang nikmat Allah bagi tu, tolong la kesian kat orang lain. Korang tau tak penghidu asap rokok akan dapat "manfaat" yang sama dengan perokok. Sseorang isteri yang bersuamikan perokok pada mulanya tak boleh tahan dengan asap rokok tapi akan terbiasa dengan asap rokok sebab kandungan dalam asap tu buat penghidu jadi biasa. Dari kau isap rokok depan awek kau, baik kau bagi je rokok tu suruh dia isap.

Jadi yang merokok tu sudah-sudah la buat benda lagha, duit beli rokok tu simpan buat kahwin ada jugak maknanya. Atuk aku yang merokok dah berpuluh-puluh tahun * 60 tahun merokok* boleh berhenti merokok, tak kan korang yang baru berapa tahun tak boleh berhenti. Semua ni atas niat aje nak berhenti ke tidak. Sekarang ni pun dah ada satu produk yang boleh berhentikan merokok iaitu I-Quit, cuba tengok kat facebook. Lagi-lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, mana tau boleh buat korang berhenti.

31 July 2012

Masa Free

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sayang sekalian, dah beli baju raya belum? Semalam aku pergi beli jubah kat First Lady, berebut-rebut dengan orang nak ambik baju. Aku rasa ada jugak baju sama dengan orang raya nanti. Korang baik beli baju raya awal-awal sebab kalau beli lambat, baju yang cantik-cantik dah habis, korang juga yang putih mata nanti.

Hari ni kat office seperti sedia kala, duduk goyang kaki sambil pusing-pusing kerusi. Betapa lapangnya masa aku sampaikan aku boleh habiskan satu novel dalam masa 5 jam aje. Aku kalau membaca benda-benda lagha ni memang fokus sikit tapi bab-bab belajar, otak taknak bagi kerjasama.


By the way kat rumah aku duduk sekrang ni * umah abang saudara* ada baby. Baru je lahir 19 Julai hari tu, nama dia Khalisa Husna Binti Hamzaisham. Comel sangat, kecik aje, aku nak pegang pun tak berani. 




30 July 2012

Hari Bahagia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Cuti upadate blog 2 hari sebab balik rumah, broadband tak topup so tak boleh online kat rumah. Tapi sedih balik kejap aje, Jumaat balik Temerloh, Ahad dah kena balik ke Kuala Lumpur. Sempat sehari je buka puasa dengan family..sobsob. Kejam betul buat praktikal masa cuti sem ni tau.

Hari bahagia start dari hari Jumaat, balik ke Temerloh dengan Nurudin Nazrin. Nurudin yang dari Penang sampai dulu kat Pekeliling dari aku yang duduk KL ni je. Lepas jumpa terus pergi Bukit Bintang, nak beli McD untuk juadah berbuka puasa. Bas pukul 745 pm, berbuka la kat tepi jalan tempat tunggu bas tu.


Sampai Temerlove *nampak tak kasihnya kat Temerloh* dalam pukul 930 pm, balik rumah borak-borak dengan Mama sampai lewat malam, tolong jahit silang pangkah baju raya orang. Semua benda nak cerita kat mama, serius macam kawan. #rindu

Esoknya pergi jalan Starmall dengan Nurudin, adik ikut sekali. Tiba-tiba dapat hadiah birthday even dah sebulan lepas, banyak pulak tu...weee....Thanks ye Nurudin Nazrin :) Sebab tu la bahagia sangat balik kali ni.

Terima kasih daun keladi
next time bagi lagi 



terselah kebahagiaan

hye..my name Bubu :)


27 July 2012

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berkenalan
Budak sekolah dulu kalau nak berkenalan tulis biadota dalam buku kulit tebal, habis pass kat satu kelas suruh tulis biadota. Ada yang buat cantik-cantik, habis semua colour nak guna kalah folio sejarah, ada yang buat cincai aje. 

Budak sekolah sekarang kalau nak berkenalan, tanya nama facebook je dah cukup. Nanti balik add kat facebook. Facebook la tempat nak kenal-kenal, borak-borak, ngorat-ngorat dan gaduh-gaduh.

Bercinta

Budak sekolah dulu kalau nak ngorat, suruh orang tengah bagi salam. Kalau ada respon baik, main balas-balas surat pulak. Simpan duit syiling bukan main banyak, stok nak bergayut kat public. Tak puas bergayut kat public, malam-malam mak bapak dah tidur pakai telefon rumah lak sampai bil telefon melambung.

Budak sekolah sekarang kalau nak mengorat, mintak je no telefon orang yang minat tu kat kawan. Meseg sampai lebam, bergayut sampai panas telinga. Tak puas bercakap telefon, skype pulak lepas rindu dapat tengok muka.

Hubungan Dengan Cikgu

Budak sekolah dulu nak jumpa cikgu pun terketar-ketar kaki. Kalau nak jumpa cikgu kat bilik guru tu sampai beribu kali fikir nak pergi ke tidak. Kalau dalam kelas, cikgu tak tanya kita tak jawab. Apatah lagi nak tanya cikgu even pasal pelajaran.

Budak sekolah sekarang ni anggap cikgu macam kawan. Jumpa cikgu tegur macam jumpa kawan sebaya. " Amboi cikgu, lawa hari ni". Dalam kelas, sama naik suara cikgu dengan anak murid. Kalau soalan tu bukan setakat soalan pasal tak faham belajar, pasal peribadi pun ada. " Cikgu, tak keluar dengan boyfriend ke cuti ni?"

Gambar

Budak sekolah dulu pakai kamera kodak tu je. Tu pun dapat pinjam dari mak sekali sekala aje. Daripada budak satu kelas, sorang aje yang bawak. Nanti dah siap cuci gambar, bagi kawan tengok. Siapa nak gambar dia, bagi nama nanti pemilik kamera ni tolong cucikan yang lain. Nanti simpan dalam album buat kenangan.

Budak sekolah sekarang, bukan setakat digital camera je ada, dslr pun ada. Tangkap gambar beribu keping pun tak apa, nanti save dalam laptop. Siapa nak bagi pendrive/hard disk nanti pemilik camera copykan aje. Tak ada camera pun tak apa, handset masing-masing kan canggih, tangkap aje gambar pakai handset.

Banyak dah perbezaan budak sekolah dulu dengan sekarang. Ini bukan pakai cerita aje, atas pengalaman jugak. Cikgu -cikgu pun dah kena ikut rentak anak-anak murid. Ni zaman sekarang dah macam ni, cuba bayangkan budak-budak sekolah masa hadapan, baya-baya cucu aku nanti, macam mana la gayanya budak sekolah.

Practical Life

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hai rakan tersayang, 4 bulan tak update blog macam-macam jadi, dah selamat ambik exam, selamat bercuti 5 hari dan selamat juga berpraktikal. Thanks yang sudi singgah blog ni even tak berupdate, sayang lebih la kat korang. Hari ni genap la 2 minggu aku praktikal kat consultant firm di Kuala Lumpur, nama firm tak boleh bagi tahu, takut anak bos ada baca, mati aku. haa


Masuk kerja 9am balik kerja 530am, tapi bulan puasa ni pukul 5 dah balik. 8 jam duduk office, apa yang aku buat? Waktu office camni pun aku boleh update blog, nampak tak kelapangan masa yang tak terhingga kat aku sekarang. Sampai naik sakit bontot la duduk atas kerusi menghadap laptop tapi kadang-kadang ada gak pergi bawah meja kawan pergi tidur. Btw aku praktikal sini dengan 2 orang kawan aku.



Heip janganlah cakap aku ni pemalas tapi memang tak ada kerja nak buat. Serius weh, mulanya aku ingat minggu pertama tak ada kerja sebab bagi kitorang rest dulu ke tapi masuk minggu ke dua ni macam tu jugak. Maybe minggu depan ada kot kerja bagi kitorang ni. tsk..Tapi apa pun staff sporting habis, baik, pemurah tu yang kitorang pun senang hati tengok runningman gelak kuat-kuat ;D

kitorang budak praktikal